Monday 12 September 2016

Sejarah kampung Mengkabong : Asal-usul Nama Kampung Mengkabong, Tuaran



Mengkabong

Kata pepatah,"langkah pertama lebih penting daripada kata pertama". 

Manusia kecil hanya mampu melangkah dengan langkah kecil, berbanding dengan manusia besar, jiwanya besar maka tindakannya perlu besar. 

Tapi dalam erti kejiwaan manusia kecil perlu mempunyai jiwa yang besar.

Mengkabong terletak kira-kira 7 km daripada bandar Tuaran, Sabah. Anggaran penduduk melebihi angka 1000 orang. Kampung Mengkabong merupakan perkampungan air yang suatu ketika dahulu menjadi tarikan pelancong. Pembinaan rumah di atas air yang beratapkan nipah dan bertiangkan kayu nibong menjadi salah-satu keunikan pemandangan yang menarik.

Melalui cerita orang-orang tua di Kampung Mengkabong, perkataan "Mengkabong" berasal daripada sebuah pokok yang mempunyai buah yang dipanggil buah kabung. 

Kononnya dijaga oleh seekor makhluk yang dipanggil "Tembuakar".

Cerita kedua "Mengkabong" berasal daripada perkataan pokok nibong yang tumbuh banyak berdekatan dengan persisiran Teluk Mengkabong, Tuaran. Pokok nibong menjadi berbagai guna di kampung Mengkabong, Tuaran ketika itu terutamanya untuk membuat rumah dan pucuk boleh dimakan sebagai ulam atau sayuran.

Cerita ketiga "Mengkabong" berasal daripada gabungan beberapa buah kampung seperti Kampung Pensurun, Ensoang, Gerinsing, Belud Empalam, Torong Tembiluk (Buansa), dan beberapa kampung lain yang berdekatan.

Menurut cerita yang keempat yang tidak dapat dipastikan iaitu mengisahkan seorang pahlawan orang darat yang berbangsa dusun yang bernama "si Kabong" bersama orang-orangnya telah bergabung tenaga untuk membuka kawasan kampung Mengkabong, Tuaran. Sempena memperingati jasa beliau nama Kampung Mengkabong, Tuaran dikaitan dengan nama pahlawan tersebut iaitu "Mengka" (bermaksud pengkaan / membuat pengkaan) dan "Kabong" (nama pahlawan darat), maka digabungkan "Mengkabong". Dikatakan selepas daripada peristiwa tersebut permusuhan antara orang-orang Dusun dan orang-orang Bajau dapat diselesai dan suasana harmoni masih terasa dan patut dikekalkan hingga ke hari ini.

Selain itu, terdapat juga cerita-cerita yang mengatakan bahawa pembukaan Kampung Mengkabong ini dilakukan oleh golongan yang berketurunan "Sharif" dan "Pangeran", tetapi nama beliau tidak dapat dipastikan dengan tepat dan jelas. bermula dengan situasi ini golong "Sharif" dan "Pangeran" dikatakan pihak yang bertanggungjawab mentadbir Kampung Mengkabong, Tuaran ketika itu. ini terbukti dengan pusara lama yang terdapat di Tanah Perkuburan Kampung Pensurun, Tuaran dan yang berdekatan.

Cerita Asal: Nurul Farihah.W Bt.Z


Rujukan & Disunting Dari :Sinar Saman Baru - http://norinahmazlan.blogspot.com/

1 comment: