Monday 24 October 2016

MENYUSURI PEWARIS BRUNEI DI KARAMBUNAI

MENYUSURI PEWARIS BRUNEI DI KARAMBUNAI

Roslan Haji Masran

Pelajarilah nasab-nasab kalian yang dengan itu kalian dapat menyambung tali silaturahim. Sebab, menyambung silaturahim dapat mendatangkan kasih-sayang dalam keluarga, mendatangkan harta dan memanjangkan usia. 
-(Riwayat Al-Tirmizi)-

Pengenalan

Perkataan menyusuri terbit daripada kata dasar susur manakala menyusur bermaksud antaranya menyelidik atau meneliti asal usul sesuatu (1). Dalam konteks pembentangan ini ia bersesuaian dengan tajuk menyusuri pewaris Brunei di Karambunai bermaksud menyelidiki atau meneliti asal usul pewaris Brunei di Karambunai. Asal usul pewaris Brunei di Karambunai amat sinonim dengan Kesultanan Brunei kerana Karambunai yang letaknya dalam jajahan tulin Mengkabong adalah milik kepada Pengiran Abd Rauf Ibnu Pengiran Abd Rajid (2) yang merupakan kerabat terdekat Sultan Brunei.

Perkataan pewaris terbit daripada kata dasar waris yang bermaksud orang yang berhak menerima pusaka orang yang telah meninggal dunia. Pewaris pula bermaksud orang yang mewarisi. Dalam konteks artikel ini, pewaris yang berhak mendapat bahagian sesuatu pusaka berpandukan kepada hukum faraid (3). Artikel ini akan merujuk kepada Salasilah Pengiran-Pengiran di Karambunai dan berasaskan Triti yang berlaku antara Pengiran Jalaludin Ibnu Pengiran Abd Rauf dengan British Charted Company pada tahun 1898 iaitu Pengiran Jalaludin Ibnu Pengiran Abd Rauf menjadi pentadbir pusaka Pengiran  Abd Rauf (4). Oleh itu yang dimaksudkan dengan Pewaris Brunei dalam tajuk artikel ini merujuk kepada waris Pengiran Abd Rauf, waris Pengiran Jalaludin  dan Waris Pengiran Siti Fatimah.

Latar Belakang Kajian  

Lokasi Kajian  
     
Karambunai amat terkenal sehingga keperingkat antarabangsa kerana Karambunai merupakan destinasi pelancong bertaraf antarabangsa yang sering menjadi tumpuan pelancong pelancong dari serata dunia (5). Suatu ketika dahulu Karambunai terletak dalam kawasan sungai tulin Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajid yang merupakan kerabat Sultan Brunei (6).  Sultan sultan Brunei yang memerintah sezaman dengan Pengiran Abdul Rauf dan Pengiran Abdul Rajit ialah Sultan Omar Ali Saifuddien I (1740-1795) ,  Sultan Muhammad Tajuddin alam I (1795-1804), Sultan Muhammad Jamalul Alam I (1804), Sultan Muhammad Tajuddin alam I (1804-1807), Sultan Muhammad Kanzul Alam (1807-1826), Sultan Muhammad Alam - Kanzul Alam II (1826-1828), Sultan Omar Ali Saifuddin II (1828-1852) dan Sultan Abdul Momin (1852-1885) (7).

Kedudukan Karambunai dalam peta jajahan tulin kesultanan Brunei di North Borneo (8).

Latar Belakang Penduduk di Karambunai

Dalam artikel ini, akan merujuk kepada penduduk berbangsa Brunei yang menduduki kawasan Karambunai. Kebanyakan bangsa Brunei yang menetap di Karambunai sejak munculnya nama Karambunai itu sendiri telah berkahwin dengan penduduk setempat yang berbangsa Bajau. Jika kita merujuk kepada taburan penduduk pelbagai kaum di Sabah dalam tahun 1870-an (9), suku kaum Bajau merupakan suku kaum utama yang terdapat di Kawasan Karambunai termasuk dalam jajahan tulin Pengiran Abdul Rauf.

Kawasan pemerintahan Kesultanan Brunei terletak di Pantai Barat Sabah manakala Pantai Timur pula di bawah kawalan Kesultanan Sulu (10). Hal ini menunjukkan bahawa bangsa Brunei banyak mendiami Pantai Barat Sabah termasuklah di Karambunai. Pada abad ke 19, pembahagian Negeri Sabah kepada tiga zon pentadbiran juga merupakan kesulitan untuk menentukan suku kaum yang menjadi penduduk tetap di Sabah. Hal ini kerana pada abad ke 16, Sabah merupakan jajahan kesultanan Brunei, kemudian pada abad ke 19 pula sebahagian besar wilayah di Pantai Timur Sabah dari Teluk Marudu hingga Sungai Sibuku diserahkan oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu. Kawasan pedalaman pula ditadbir secara bebas oleh ketua-ketua pribumi atau tokoh yang mendapat sokongan atau kepercayaan daripada penduduk di kawasan tersebut (11).

Ketiadaan sempadan yang jelas di antara ketiga-tiga zon pentadbiran itu menyebabkan penduduk dari sebarang kawasan tersebut bebas bergerak masuk dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Kesukaran ini menyebabkan kebanyakan pegawai syarikat British Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) mengklasifikasikan kelompok Melayu Muslim dan Masyarakat Pagan. Masyarakat Melayu Muslim merujuk kepada masyarakat yang tinggal di pesisir pantai dan menganut agama islam manakala masyarakat pagan pula ialah masyarakat yang mendiami kawasan pedalaman dan mengamalkan kepercayaan animisme. Masyarkat Melayu Muslim terdiri daripada suku kaum Bajau, Iranun, Suluk, Melayu Brunei, Bisaya, Kedayan, Tidong, dan termasuk juga masyarakat Dusun dan Murut yang telah menganut agama Islam. Masyarakat pagan pula terdiri daripada suku kaum dusun dan murut den sub-kelompok masing masing yang tidak menganut agama Islam (12) .

Asal Usul Bangsa Brunei di Karambunai.

Salasilah Pengiran-Pengiran di Karambunai. 

Karambunai asalnya merupakan kawasan sungai tulin Pengiran Abd Rauf Ibnu Pengiran Abd Rajid. Asal usul Pengiran-Pengiran di Karambunai amat berkait rapat dengan Peristiwa Kapal Karam oleh Pengiran Besar Abdullah di Karambunai dalam pertengahan abad ke 18. Pengiran Besar Abdullah merupakan salah seorang anak pengiran Abdul Rauf, Penguasa Mengkabong dan kekanda kepada Pengiran Jalaluddin (13). Sejarah lisan menyatakan bahawa terbitnya Karambunai ialah berasal daripada peristiwa orang Brunei karam. Oleh itu, penduduk tempatan di Karambunai ketika itu mengatakan "Karam Brunei". Sejak itu, tempat karamnya orang Brunei yang diketuai oleh Pengiran Abdullah dinamakan Karambunai. Pengiran Abdullah bersama pengikutnya ketika itu membuka penempatan dan menetap di sana sehinggalah waris Brunei iaitu Pengiran - Pengiran di Karambunai.

Struktur Pentadbiran Kesultanan Brunei

Pendahuluan

Pada zaman Sultan Bolkiah, Brunei mempunyai kawasan jajahan yang luas sehingga Kepulauan Sulu dan mencapai zaman kegemilangannya. Di bawah pemerintahan Sultan Bolkiah, ramai saudagar Eropah berkunjung ke Brunei, menyebabkan Brunei dan Borneo menjadi terkenal dalam kalangan saudagar itu. Sultan Brunei juga mengadakan hubungan diplomatik dengan Raja Raja di Indonesia, dan juga dengan Negeri China. Zaman kegemilangan pemerintahan Brunei tersebut bukan sahaja meliputi keseluruhan Pulau Borneo, seperti Sambas, Tanjung Pura, Kota Waringan, Banjarmasin, Pasir, Kutai, Bolongan, dan lain lain bahkan Pulau-Pulau Suluk, Palawan, Keramian sehingga Seludang (Luzon), iaitu daerah-daerah yang sekarang dikenali sebagai Filipina (14).

Sejarah merekodkan bahawa Negeri Sabah pernah berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei sebelum ditadbir oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) bermula pada tahun 1881. Terletak di Utara Pulau Borneo, 'Sabah' merupakan nama yang diberikan oleh Kesultanan Brunei kepada Wilayah yang menjadi sebahagian daripada jajahan kesultanan tersebut pada akhir abad 16 (15). Bagi Kerajaan Brunei, Sabah meliputi seluruh bahagian Utara Pantai Barat, dari Sungai Sulaman hingga ke Teluk Marudu dan dari Sungai Paitan serta seluruh Wilayah Pantai Timur sejauh Sungai Sibuku yang meliputi Wilayah Paitan, Sugut, Banggaya, Labuk, Sandakan, Kinabatangan, dan Mumiang. Termasuk juga dalam Wilayah ini ialah kawasan Kimanis, Benoni, Teluk Gaya, Teluk Sepanggar, dan Pulau Bangi (16).

Semasa Perang Saudara di Pulau Cermin yang berlarutan selama 12 tahun, Sultan Muhyiddin (1673-1690) telah berjanji menyerahkan sebahagian besar Wilayah Pantai Timur Sabah dari Teluk Marudu hingga Sungai Sibuku kepada Sultan Sulu sebagai membalas jasa sekiranya Sultan Sulu membantu mengalahkan Sultan Abdul Hakkul Mubin (1661-1673) dalam peperangan merebut taktha Kesultanan Brunei ketika itu (17). Hal ini telah menyebabkan Wilayah Sabah dibahagikan kepada dua zon pentadbiran Kesultanan iaitu di Kawasan Pantai Barat Sabah dimiliki oleh Kesultanan Brunei dan kawasan Pantai Timur Sabah pula dimiliki oleh Kesultanan Sulu.

Setelah kedua-dua zon pentadbiran milik Sultan Brunei dan Sultan Sulu diserahkan oleh kedua-dua Sultan tersebut kepada (SBBUB) (18) pihak SBBUB telah menggunakan nama Borneo Utara (North Borneo) bagi wilayah tersebut dan nama itu dikekalkan sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan kolonial British di negeri Sabah pada tahun 1963.

Struktur Pemerintahan Kesultanan Brunei

Kerajaan Brunei mengamalkan sistem kesultanan yang berkonsepkan sistem pemerintahan islam. Raja di lihat sebagai wakil Tuhan atau Khalifah. Sultan atau Yang di Pertua melambangkan kuasa yang tertinggi dalam Negeri Brunei. Sistem pemerintahan Kesultanan Brunei membahagikan wilayah pemerintahannya kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama kawasan yang di perintah terus yang meliputi Brunei, Sabah dan Sarawak; bahagian kedua, bahagian wilayah naungan iaitu negeri mengiktiraf Kerajaan Brunei meliputi Sambas hingga ke Bolongan; bahagian ketiga, wilayah di sekitar Kepulauan Filipina iaitu Mindanao di bawah Kesultanan Mindanao, Kepulauan Sulu da Kepulauan di utara Filipina seperti Luzon di bawah Raja Manila.

Struktur pemerintahan dan kedudukan jawatan dalam kerajaan Brunei adalah seperti berikut, mengikut hierarki iaitu Sultan sebagai Yang Di Pertua, Wazir, Cheteria, Menteri dan Ketua Kampung. Sultan, Wazir dan Cheteria adalah daripada golongan bangsawan, manakala menteri dan ketua kampung bukan daripada golongan bangsawan. Selain Ketua Kampung, yang dipilih oleh penduduk bawahnya, lantikan lantikan lain yang dilantik secara langsung dengan pengetahuan dan kebenaran  Sultan (19).

Sistem Pentadbiran Wilayah Kesultanan Brunei di Pantai Barat Sabah

Setelah melihat corak pentadbiran tradisional Kerajaan Brunei, adalah perlu juga untuk mengkaji sistem pentadbiran tanah di Brunei, sebab kajian ini nanti akan memudahkan kita memahami proses penyerahan dan pemajakan tanah yang berlaku pada tahap kedua abad ke 19. Semasa zaman kegemilangan, Kerajaan Brunei pada kurun ke 16 dan 17 mempunyai wilayah jajahan yang sangat luas. Satu sistem unik digubal bagi membahagikan kawasan jajahannya. Sistem ini bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan kuasa antara pihak Sultan, wazir dan lain-lain penguasa yang dilantik oleh Sultan.

Kuasa Pusat terletak pada kuasa Sultan yang dipanggil sebagai negeri, manakala wilayah lain dibawah pemerintahan Sultan dipanggil sebagai jajahan ataupun Sungai. Pada tahun 1870 dan 1880an terdapat beberapa wilayah jajahan Kerajaan Brunei yang terletak dikawasan Pantai Barat Sabah iaitu Tempasuk, Tuaran, Menggatal, Mengkabong, Inanam, Api-Api, Simbulan, Tanjung Aru, Putatan, Kinarut, Kawang, Panglat Besar, Panglat Kecil, Papar, Benoni, Kimanis, Bongawan, Membakut, Padas Klias dan Pandai Damit. Setiap tanah jajahan ini dikenali mengikut sungai-sungai seperti wilayah jajahan Putatan adalah dari ulu ke hilir Sungai Putatan. Berdasarkan sistem pentadbiran Kerajaan Sultan Brunei masa itu, jajahan dibahagikan kepada dua kategori, pertama pemilikan rasmi dan kedua pemilikan yang diwarisi. Pemilikan rasmi pula dibahagiakan kepada dua, iaitu Sungai Kerajaan yang dimiliki oleh Sultan dan kedua Sungai Kuripan dimiliki oleh menteri menteri yang digelar sebagai wazir. Pemilikan jajahan ini tidak boleh diwarisi secara turun-temurun.

Kategori kedua jajahan ialah Sungai Tulin, Ianya merupakan penurunan kuasa turun temurun, tanpa melalui proses pentadbiran kuasa. Tanah tulin ini merupakan tanah milik peribadi Sultan, para menteri dan pembesar pembesar kerajaan Brunei atau Pengiran. Sultan masih mempunyai hak kedaultan ke atas tanah tulin, tapi pemilik tanah tulin berkenaan mempunyai hak dan boleh mentadbir serta mengutip cukai. Pemilik tanah tulin perlu melaksanakan pentadbiran mengikut peraturan yang ditetapkan daripada kuasa pusat dan perlu juga membayar sejumlah cukai kepada pusat.

Berbeza dengan Sungai Kerajaan dan Sungai Kuripan, Sungai Tulin atau pesaka boleh diwarisi secara turun temurun. Ianya juga boleh di jual, kecuali dalam kes yang melibatkan kuasa dari luar negara perlu mendapatkan persetujuan Sultan. Sebagai contohnya, pada abad ke 19 apabila pemajakan tanah yang diperolehi oleh A.H. Everret melalui perjanjian yang ditandatangani pada 23 June 1883 dengan Sultan Abdul Mumin (1853-1885) untuk meneroka galian di beberapa wilayah jajahan Brunei, hak meneroka galian diberikan di 15 jajahan termasuk Belait, Tutong, Limbang, Temburong, Lubi, Bakob Linggongan, Bangawan, Kawang dan Tuaran selama 15 tahun. Mengikut pejanjian tersebut, Everret perlu membayar 500 dollar setiap tahun kepada Sultan atau waris pengantinya. Sebagai tambahan, perlu membayar 4,000 dollar setiap tahun bagi pemilik setiap sungai tulin. Sekiranya Sungai Tulin berkenaan dimiliki oleh Sultan, bayaran tersebut diberi terus kepada Sultan, dan kepada pewaris selepas kematiannya (20).

Perjanjian Awal dan Pengukuhan Kuasa Barat 1763-1881 di Borneo Utara (Sabah)

Persaingan antara kuasa kuasa maritim Eropah dalam menguasai rantau Asia Tenggara menjelang abad ke 17 telah menyaksikan satu pertembungan antara nilai nilai politik dan ekonomi yang merubah sejarah rantau ini daripada period kolonialism domestik kepada kolonialism Barat. Kejayaan kuasa Belanda melalui Verenigde Oostindische Compagnie - VOC menguasai kerajaan tradisi Pulau Pulau Indonesia telah memberi impak kepada negara eropah yang lain. Kuasa VOC yang lebih luas berbanding dengan Syarikat Hindia Timur Eropah yang lain adalah faktor utama kepada kejayaan pada abad ke 17 dan abad ke 18 manakala British melalui English East India Company (EEIC) yang diasaskan pada tahun 1600 adalah jauh ketinggalan dalam membangunkan empayar perdagangan khususnya di peringkat awal penubuhannya kerana bidang kuasa maritim yang terhad (21).

Pulau Balambangan ialah sebuah pulau di Kudat yang terletak di hujung utara pulau Borneo di Sabah. Ia terletak di dalam Bahagian Kudat dan terletak kira-kira 3 kilometer di barat Pulau Banggi. Pulau ini merupakan antara lokasi pertama di mana pedagang British mendirikan kedai jual beli, pihak British menamakan pulau ini Felicia Island.

Pada 1761, Pegawai Syarikat Hindia Timur Inggeris Alexander Dalrymple mendapat persetujuan Sultan Sulu untuk menduduki pulau ini. Satu pelabuhan bebas kemudian diwujudkan untuk kepentingan Britain di sebelah timur Asia, khususnya, untuk berdagang dengan China. Pelabuhan ini bagaimanapun gagal bertahan akibat ancaman lanun serta beberapa faktor lain dan akhirnya di tinggalkan oleh pihak British pada tahun 1805.

Pada Disember 1805, 5 orang anak kapal dari kapal yang karam bernama "Betsy" berjaya melarikan diri dari Pulau Balambangan dengan mengunakan perahu kecil walaupun diserang oleh penduduk tempatan, salah seorang dari anak kapal tersebut meninggal dunia disebabkan kecederaannya.

Menyusuri Pewaris Brunei di Karambunai

Pendahuluan

Brunei merupakan salah sebuah Kesultanan Melayu yang sudah lama wujud dan telah direkodkan dalam sejarah sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pengaruh politik yang besar di rantau sebelah utara Pulau Borneo dan Kepulauan Filipina. Walau pun kuasa tertinggi pemerintahan berada di tangan Sultan tetapi dari segi praktiknya, baginda tidak dikehendaki menjalankan pentadbiran secara langsung dan bersifat holistik.

Dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Brunei, salah satu kuasa penting dan besar Sultan ialah melantik dan pada lazimnya terus mengurniakan gelaran kepada pembesar-pembesar negara yang terdiri daripada tiga institusi dalam struktur pentadbiran negara iaitu Wazir, Cheteria dan Menteri (22). Mereka inilah yang membantu Sultan mentadbir daerah-daerah kekuasaan Brunei yang boleh dibahagikan kepada dua peringkat pentadbiran, iaitu Kerajaan pusat dan wilayah. Struktur pentadbiran seperti ini bukannya baru, malah ia telah pun wujud sebelum abad ke 19 lagi.

Struktur ini terus digunakan dalam abad ke 19. Di peringkat pentadbiran Kerajaan pusat, Sultan dibantu oleh Wazir, Cheteria dan Menteri (Leyden, 1816-1817:2; Mills, 1960:283; Leys, 1968:121-124; dan Tarling, 1971:4) manakala pentadbiran di peringkat wilayah diagih-agihkan kepada Cheteria, Pengiran, Menteri, Syarif dan seterusnya ketua-ketua kampung dan suku suku kaum. Pelantikan ke atas pembesar pembesar Brunei ini mempunyai prosedur dan syarat syarat tertentu yang telah ditetapkan meurut adat istiadat Kesultan Melayu Brunei yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Antara syarat yang penting ialah orang yang bakal memegang jawatan Wazir biasanya terdiri dari kerabat DiRaja terdekat atau golongan Raja-Raja Betaras (23), lazimnya di kalangan adik beradik Sultan yang tiada harapan untuk menaiki Taktha, sama ada  putera gahara atau sebaliknya, ipar, menantu, anak kemanakan atau bapa saudara Sultan (24).

Di samping memiliki keistimewaan kuasa elit dalam struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Brunei, golongan Wazir dan Cheteria, termasuk Sultan, juga mempunyai kelebihan dari segi pemilikan kawasan peribadi ke atas wilayah wilayah dalam empayar Brunei abad ke 19. Di pandang dari sudut kedaulatan Brunei, seluruh jajahan takluk Brunei adalah milik kepada Sultan sebagai kuasa tertinggi. Bagaimanapun, Baginda mempunyai kuasa dan hak untuk mengagih-agihkan wilayah-wilayah ini kepada kaum keluarga Baginda sebagai pemiliknya. Dalam kumpulan yang menerima anugerah wilayah ini termasuklah golongan Wazir dan Cheteria.

Berasaskan daripada sehelai warkah Sultan Abdul Momin bahawa pembahagian wilayah ini dikenali sebagai Sungai Kerajaan, Sungai Kuripan dan Sungai Tulin. Sungai Kerajaan merupakan wilayah yang dimiliki oleh Sultan yang sedang memerintah. Seluruh hasil wilayah tersebut adalah milik Sultan. Namun begitu, kawasan ini tidak boleh diwarisi kepada keturunan baginda kerana ianya hak kepada pengganti baginda atau Sultan yang baru menaiki takhta. Sementara itu, Sungai Kuripan pula ialah daerah peribadi golongan Wazir. Segala hasil Sungai Kuripan  kepunyaan mereka. Sepertimana Sungai Kerajaan, para Wazir, dari segi undang undang tidak boleh mewariskan kepada anak anak atau waris waris mereka kerana kawasan ini adalah hak kepada pengganti Wazir seterusnya. Hal ini bermakna pemilikan ke atas Sungai Kuripan berdasarkan jawatan yang dipegang oleh seseorang dalam kerajaan.  

Manakala itu, Sungai Tulin atau Pesaka adalah wilayah yang dimiliki oleh Sultan dan golongan Pengiran, biasanya kelompok Wazir dan Cheteria. Segala hasil kawasan Sungai Tulin adalah milik golongan tersebut di atas. Jika jajahan Sungai Kerajaan dan Sungai Kuripan tidak boleh diwariskan kepada keturunan pemiliknya, tetapi perkara ini sebaliknya bagi wilayah Sungai Tulin iaitu ianya boleh diwariskan kepada keturunan mereka kemudiannya. Dalam pada itu, penduduk yang mendiami dalam kawasan Sungai Kerajaan, Sungai Kuripan dan Sungai Tulin dianggap sebagai Hamba Kerajaan, Hamba Kuripan dan Hamba Tulin (25).

Menurut DS Ranjit Singh, kebanyakan pemilik tanah tulin ini tidak menetap di wilayah jajahan mereka tapi di inu negeri Brunei. Tanah mereka di jaga dan di tadbir olek wakil yang di hantar terus dari Brunei atau melantik dalam kepimpinan tempatan seperti Datuk Amir Bahar, Ketua Jajahan Papar, Datuk Bahar di Kimanis; Datuk DiGadong di Tutong, Datuk Setia di Putatan dan Pengiran Maharajalela di Membakut. Satu-satunya waris Sultan Brunei yang menetap diwilayahnya di Sabah ialah Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit yang memiliki wilayah Mengkabong, Tuaran, Karambunai, Inanam, Menggatal, Api-Api, Simbulan, Tanjung Aru, Kinarut dan Penglat Besar. Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abd Rajit mengutip cukai dari penduduk yang menetap dalam wilayah jajahan tulinnya (26).    
     
Sejarah Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit 
   
Pendahuluan

Dalam bab ini, Penulis akan menghuraikan tentang latar belakang Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit yang pernah disiarkan dalam Borneo Herald di Arkib Negeri Sabah bahawa beliau telah diisytiharkan pada tahun 1857 sebagai 'Raja Mengkabong dan Karambunai'. Kedudukan Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit sebagai kerabat terdekat kesultanan Brunei akan dijelaskan selanjutnya berpandukan Salasilah Keturunan Pengiran Pengiran di Karambunai dan catatan catatan yang direkodkan oleh penulis penulis barat sezaman dengan pemerintahan dikawasan Sungai Tulin yang dititipkan kepada beliau melalui wasiat mahupun pengkaji-pengkaji sejarah dalam negara Malaysia mengenai Pengiran Abdul Rauf.

Catatan Catatan Sejarah Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit        
Menurut A.H. Everett

...in another instance, a number of Bajau, originally of Mengkabong, settled   permanently in 1879 in Papar and the overlord of Mengkabong, Pengiran Abdul Rauf, yearly despatched his agents to collect the poll-tax from them (27).
      
Menurut D.S Ranjit Singh dalam buku tulisan nya,

.... The Lingkage between the centre and the dependencies was forged through the jajahan hierarchy. Jajahan holders, with few exception   was absentee overloads who spent most of their lives at the Brunei Capital. The only outstanding example of a Brunei overload who stayed in Sabah  seems to have been Pengiran Abdul Rauf, the owner of Mengkabong, Pengalat Besar, Menggatal, Api-Api, Simbulan, Tanjung Aru, Kinarut and Pengalat Besar rivers (28).  
   
Menurut Diari H.L. Leicester, 1-7 April 1879 C.O.874/73

.... Pengiran Rauf was a close member of the Brunei royal family, but because of some differences with the Sultan, he choose to stay away from the capital in his tulin rivers, He usually resided in Mengkabong. In 1879 he was 70 years of age but still retained "a sound mind and excellent judgement". The Pengiran had his own flag for the Mengkabong. It was of two descriptions. When used in Mengkabong, it consisted of red lion with white background. When travelling, it consisted of a white lion on a red background.

.....In Mengkabong, the Brunei Overlord Pengiran Abdul Rauf himself took charge of the jajahan administration and therefore performed the function of the jajahan head chief as well. The officer under him consisted, in order of importance, of the Datuk Bandar, the Datuk Temenggung, The Datuk Pemanca and the Orang Kaya Laksamana (29).

Spencer St John ada mencatatkan pertemuan beliau dengan Pengiran Abdul Rauf seperti berikut

  ....... at the landing place we met the nominal ruler of Mengkabong, Pengiran Duroup (Pengiran Abdul Rauf), who had kindly provided canoes to take us to the point where our walking journey will commence. We stopped to breakfast at his house, and Monsieur Cuarteron who was with us, pointed out an intelligent lad, the son of Duroup, who he intended to raise to power over the surrounding countries and be himself the boy's prime minister (30).

Menurut Dr Ranjit Singh D.S. dalam tulisan beliau 'The Making of Sabah 1865-1941' halaman 152, merekodkan  seperti berikut,

....concern over the future of the tulin rivers increased as other parties began to show interest in Brunei dependencies..

....both the company and Rajah Charles Brooke became fearful that over powers might entrench themselves in the region by seeking similar concessions. They thus entered into flurry of activity, each trying to out bid the other in obtaining the remaining Brunei rivers. In the race, which ensued, the company in 1882 acquired the pengalat Besar which belong to Pengiran Rauf. In July 1883, negotiations were started with Pengiran Rauf for the purchase of his various dependencies, and though he gave an undertaking not to lease them to any other party without first offering them to the company, he was for the first time being prepared to cede only the Pangalat Besar... (31)
   
Waris Brunei di Karambunai merupakan kesinambungan daripada keturunan Kesultanan Brunei atau kata lainnya merupakan kerabat terdekat Sultan Brunei yang dianugerahkan Sungai Tulin pada zaman pemerintahan Kesultanan Brunei di Negeri Sabah sebelum British menyerahkan kuasa mentadbir Negeri Sabah kepada Kerajaan Malaysia.

Surat wasiat bertarikh 18 Rabiul Awal 1238 Hijrah (1822 M), (32)   Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit telah diberikan hak mewarisi pusaka Sungai Tulin anugerah Sultan Omar Ali Saiffudin 1 kepada anakandanya Puteri Babau. Kedudukan Puteri Babau @ Pengiran Anak Siti Khatijah Binti Sultan Omar Ali Saiffudin 1 (1740-1795) dan kedudukan Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit di Brunei Darusalam dalam tahun 1800 an. Kawasan Sungai Tulin Mengkabong, Kinarut Tulin dan separuh Menggatal. Pengiran Jalaludin Ibnu Pengiran Temenggung Abdul Rauf, bapa saudara kepada Pengiran Abdul Rauf yang merupakan kekanda kepada bonda Pengiran Abdul Rauf   iaitu Pengiran Anak Siti Fatimah Binti Pengiran Temenggong Abdul Rauf telah menyerahkan semua hak Sungai Tulin kepunyaannya  kepada Pengiran Abdul Rauf   Ibnu Pengiran Abdul Rajit kerana ketiadaan zuriat. Menurut wasiat berkenaan, Pengiran Abdul Rauf telah di pelihara oleh Pengiran Jalaluddin seperti anaknya sendiri sejak kecil dan atas sebab inilah segala Sungai Tulin kepunyaan Pengiran Jalaluddin diturunkan kepada Pengiran Abdul Rauf (33).

Seperkara yang menarik mengenai perkahwinan dalam kalangan kerabat Kesultanan Brunei pada zaman ini ialah sungguhpun pernah berlaku perselisihan atau perbalahan dalam kalangan ahli kerabat misalnya, namun, semangat kekeluargaan untuk mengukuhkan dan memurnikan semula silaturahim tetap berlaku. Hal ini kita dapat lihat apabila Puteri Babau telah berkahwin dengan Pengiran Temenggong Abdul Rauf Pengiran Abdul Rahman keturunan daripada Sultan Abdul Hakkul Mubin (1661-1673)(34) manakala anakanda Puteri Babau iaitu Pengiran Anak Siti Fatimah telah berkahwin dengan Pengiran Abdul Rajit anakanda kepada Pengiran Pemanca Harimau Muhammad Daud Ibnu Pengiran Abdul Rahman Ibnu Pengiran Anak Badaruddin Ibnu Sultan Muhyiddin (1673-1690).

Seperkara yang menarik mengenai Pengiran Pemancha Harimau Muhammad Daud (35) pada tahun 1809, sebuah Kapal Inggeris yang datang ke Brunei melepaskan anjing yang garang bernama "Si Merah"   dapat dikalahkan oleh beliau, Dalam peristiwa lain... beliau juga berjaya menangkap seekor Harimau kumbang hitam hadiah Sultan Terengganu yang terlepas dari kandangnya di Balairong Istana... Jesteru itu, disebabkan peristiwa itu Pengiran Pemancha Pengiran Mohd Daud dikenali sebagai Pengiran Pemancha Harimau.... Sebelum bergelar Pengiran Pemancha, beliau sudah disampiri gelaran Pengiran Kerma Indera dan naik lagi menjadi Pengiran Maharaja Lela....

Sebagaimana yang tercatat  dalam sejarah Brunei, Perang Cermin antara kisah perbalahan dalam kalangan kerabat Sultan Brunei yang melibatkan Sultan Abdul Hakkul Mubin dan Sultan Muhiyiddin.(36) Perkahwinan yang berlaku ini sebenarnya merapatkan kembali hubungan kekeluargaan dalam kalangan kerabat Kesultanan Brunei. Perkahwinan antara cucu cicit kerabat Sultan Brunei ini telah melahirkan seorang pemerintah yang disegani iaitu Pengiran Abdul Rauf (37).   

Mengikut catatan dalam rekod Borneo Herald di Arkib Negeri Sabah pada tahun 1857  , Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit telah diisytiharkan sebagai Raja Mengkabong dan Karambunai (38)
 
Hal ini menjadi persoalan kepada kita, kenapa satu satunya waris atau Kerabat terdekat Sultan Brunei ketika itu berada di kawasan Sungai Tulin kepunyaannya berbanding dengan kerabat Sultan Brunei yang lain. Walaubagaimanapun tiada rekod bertulis yang menyatakan tarikh kedatangan Pengiran Abdul Rauf ke Mengkabong atau dikenali sebagai 'North Borneo' namun, dianggarkan kedatangan Pengiran Abdul Rauf ke Mengkabong adalah dalam sekitar 1840 an sewaktu pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin II (1828-1852).

Menurut catatan 'Sabah and The Baram', (40)  dinyatakan bahawa seawal tahun 1847 James Brooke telah berjumpa dengan Pengiran Abdul Rauf di Gentisan untuk membincangkan mengenai soal pemajakan kawasan pada tahun 1847  oleh Sultan Brunei kepada British yang melibatkan kawasan Sungai Tulin kepunyaan Pengiran Abdul Rauf. Sungguhpun Sultan Brunei telah mengurniakan Sabah kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1877, Sultan Brunei hanya boleh memberi atau menjual hak tulinnya dan harta pusaka yang diwarisi dan dipunyai oleh kaum bangsawan lain tidak boleh dipindah milik tanpa merujuk kepada pemilik pemiliknya.

Menurut Tarling dalam catatannya "Sabah and The Baram" Pengiran Abdul Rauf mempersoalkan tindakan pemajakan Borneo Utara kepada sindiket Dent-Overbeck yang telah dipersetujui oleh Sultan Abdul Mumin pada ketika itu. Treacher telah menulis kepada Pengiran Abdul Rauf yang mengatakan Mengkabong tidak termasuk dalam perjanjian pajakan kepada Overbeck dan meminta Pengiran Abdul Rauf tidak menggunakan kekerasan dalam mempertahankan hak tulinnya. Pajakan kepada Overbeck ini telah ditentang oleh James Brooke kerana menghalang hasratnya untuk mengembangkan pengaruhnya ke wilayah lain yang di bawah kuasa Sultan Brunei iaitu Borneo Utara.

Sebelum munculnya nama Karambunai, Mengkabong dan Menggatal merupakan daerah kekuasaan Pengiran Abdul Rauf dan Karambunai adalah termasuk dalam wilayah Menggatal.(41) Seperti yang telah disentuh sebelum ini, Pengiran Abdul Rauf merupakan satu satunya waris Sultan Brunei yang menetap dan menguasai tanah tulinnya di Borneo Utara pada zaman pentadbiran British sekitar akhir 1880an. Pengiran Abdul Rauf merupakan generasi ke enam daripada Sultan Muhyiddin jika dilihat dari susur jalur ayahandanya, Pengiran Abdul Rajit Ibnu Pengiran Pemancha Harimau Daud manakala dari sebelah ibunya Pengiran Anak Siti Fatimah, Pengiran Abdul Rauf merupakan generasi keempat dari Sultan Omar Ali Saiffudin 1. Hubungan kekeluargaan ini menunjukkan bahawa Pengiran Abdul Rauf merupakan Kerabat terdekat dengan Sultan Brunei pada ketika itu.

Menurut salasilah yang disusun oleh Pusat Sejarah Brunei, Pengiran Abdul Rauf mempunyai beberapa orang putera dan puteri hasil perkahwinan beliau dengan beberapa orang isteri antaranya Pengiran Fatimah dan Pengiran Jamilah. Perkahwinan ini telah melahirkan zuriat antaranya Pengiran Besar Abdullah, Pengiran Siti Aishah dan Pengiran Jalaluddin. Kemungkinan semasa penhijrahan Pengiran Abdul Rauf ke Mengkabong, kesemua anak lelakinya tidak turut serta melainkan puteri beliau iaitu Pengiran Siti Aishah. Menurut tradisi lisan, Paduka Mat Salleh, pejuang awal kemerdekaan Sabah mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat dengan kerabat kesultanan Brunei iaitu Pengiran Siti Aishah yang berkahwin dengan Datu Balu dan melahirkan Paduka Mat Salleh. Jika hal ini dapat dikaji dan diterima, adalah tidak hairan jika pemberontakan Mat Salleh berkait rapat dengan pengambilan hak tulin nendanya Pengiran Abdul Rauf, ketua atau pemerintah Mengkabong pada zaman itu oleh pihak British.

Namun sebenarnya tidak ada rekod yang mencatatkan dengan tepat tarikh kelahiran Pengiran Abdul Rauf di Brunei mahupun tarikh kedatangan beliau ke Mengkabong melainkan catatan penulis barat tentang beliau, wasiat hak Sungai Tulin daripada Pengiran Jalaluddin kepada beliau kira kira tahun 1822 masihi (1238 hijrah) (43)  yang ada dalam simpanan  Pusat Sejarah Brunei.  Andaian kelahiran dan kedatangan Pengiran Abdul Rauf dibuat bersesuaian dengan situasi zaman pergolakan politik yang berlaku di Brunei seiring dengan campur tangan kuasa barat di kawasan jajahan dan pemerintahan Kesultanan Brunei ketika itu.

Jika dilihat carta kedudukan nenda Pengiran Abdul Rauf iaitu Pengiran Anak Siti Khatijah Binti Sultan Omar Ali Saifuddin 1 dan bondanya Pengiran Anak Siti Fatimah Binti Pengiran Temenggong Abdul Rauf, Pengiran Abdul Rauf Ibnu Pengiran Abdul Rajit di zaman pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin II dan Sultan Abdul Mumin adalah daripada nasab perempuan.(44) Tambahan pula di dalam tahun 1820an sehingga 1850an, keadaan politik di Brunei tidak stabil kerana berlaku perbalahan dalam kalangan kerabat Sultan Brunei ketika itu untuk menaiki takhta termasuklah campur tangan inggeris yang mengeruhkan lagi suasana dalam kalangan kerabat Sultan Brunei ketika itu.

Memandangkan Sungai Tulin kepunyaan Puteri Babau letaknya di Borneo Utara, dan surat wasiat menyatakan Pengiran Abdul Rauf mewarisi kawasan Mengkabong, Menggatal dan beberapa Sungai Tulin, tidak hairanlah jika Pengiran Abdul Rauf berpindah ke Mengkabong. Penghijrahan Pengiran Abdul Rauf antaranya adalah untuk mengelakkan diri daripada pertelingkahan dalam kalangan kerabat Sultan Brunei dan untuk mempertahankan hak Sungai Tulin kepunyaannya daripada jatuh ketangan British. Hal ini bersesuaian dengan penyatan Ranjit Singh bahawa satu satunya pemilik tulin yang memerintah sungai tulin kepunyaan nya ialah Pengiran Abdul Rauf.

Oleh yang demikian, pemberian hak tulin melalui surat wasiat yang di tulis pada 1238 hijrah atau tahun 1822 masihi itu juga antara faktor utama menyebabkan Pengiran Abdul Rauf berhijrah ke Mengkabong. Pengiran Abdul Rauf berhijrah ke Mengkabong kerana melalui wasiat yang diturunkan kepada beliau telah mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai empunya atau penguasa Sungai Tulin tersebut.

Seperkara yang berlaku yang mungkin ada kaitan dengan penghijrahan Pengiran Abdul Rauf ke Mengkabong dan menetap di sana ialah kedatangan Pengiran Temenggong Raja Tua Abdul Momin Amirul Faza ke sekitar Menggatal pada kira kira penghujung tahun 1700 an.

Menurut catatan sejarah yang ditulis oleh Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri, kira kira tahun peghujung 1700an, zaman pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin 1(1740-1795), di wilayah Sabah bertempat sekitar Menggatal, telah terjadi kekacauan, iaitu orang orang belingingi dan illanun bermaharajalela di perairan Sabah khususnya di Menggatal, sehingga rakyat dan penduduk di sana susah mencari nafkah. Untuk mengatasi masalah ini Pengiran Temenggong Raja Tua Abdul Mumin Amirul Faza telah dititahkan berangkat kesana untuk mengamankan (45).

Jika kita lihat perkaitan antara Pengiran Abdul Rauf dengan peristiwa ini, adalah tidak keterlaluan jika kita mengandaikan bahawa tujuan kawasan perairan Mengkabong diamankan oleh Pengiran Temenggong Raja Tua selain daripada menguatkan perbatasan dan sempadan Kesultanan Brunei dari ancaman musuh seperti orang orang belingingi adalah kawasan tersebut kepunyaan Puteri Babau, anakanda kepada Sultan Sultan Omar Ali Saifuddin 1 dan nenda Pengiran Abdul Rauf.

Pengiran Temanggong Raja Tua dirakamkan dalam sejarah Brunei seorang yang pintar dan gagah berani dan misi beliau atas titah Sultan berjaya dilaksanakan. Dipercayai, penghijrahan Pengiran Abdul Rauf adalah selepas daripada peristiwa ini.

Pengiran Temanggong Raja Tua Abdul Momin Amirul Faza Ibnu Pengiran Bendahara Anak Untong Ibnu Sultan Abdul Jalilul Jabbar merupakan adik beradik kepada ibu Sultan Omar Ali Saifuddin 1 iaitu Pengiran Babu Sarbanun yang menjadi Raja Isteri kepada Sultan Muhammad Alauddin (1730-1737) (46) Alasan ini diperkukuhkan lagi dengan adanya perkahwinan antara keturunan Raja Tua dengan Keluarga Pengiran Abdul Rauf.

Salasilah Pengiran Temenggong Raja Tua Abdul Momin Amirul Faza menyatakan Pengiran Besar Abdullah telah berkahwin dengan Dang Bunga, cucu kepada Raja Tua. Perkahwinan ini telah merapatkan semula hubungan kekeluargaan dalam kalangan kerabat Kesultanan Brunei ini.

Menurut rekod di Jabatan Perhutanan Sandakan yang terdapat di Arkib Negeri Sabah, Pengiran Abdul Rauf diberi lesen membalak di Pulau Gaya oleh Syarikat British North Borneo pada tahun 1884.


Pada Tahun 1876, Jawatan Abu Bakar dan Penyurat DiGadong telah diarahkan oleh Kerajaan Brunei supaya menemui Pengiran Abdul Rauf, Ketua di Kawasan Mengkabong. Tujuannya untuk mencari dan menangkap beberapa orang suku bajau yang bersekongkol dengan Pengiran Maidin yang telah melakukan rompakan keatas para pedagang cina yang menjalankan kegiatan perdagangan antara Brunei dan Labuan. Hal ini menunjukkan bahawa Kerajaan Brunei mengiktiraf Pengiran Abdul Rauf sebagai penguasa atau ketua di Mengkabong malahan pihak British juga telah diarahkan berjumpa dengan beliau dalam perkara melibatkan kawasan Sungai Tulin Mengkabong yang dikuasai oleh Pengiran Abdul Rauf.


Melihat salasilah Pengiran Abdul Rauf, beliau adalah nasab sebelah perempuan iaitu Puteri Babau atau Pengiran Siti Khatijah Binti Sultan Omar Ali Saifuddin 1 yang berkemungkinan menjadi salah satu faktor kenapa Pengiran Abdul Rauf berpindah ke Sabah pada ketika itu dan untuk mengelak  pertelingkahan dan perbalahan dalam kalangan golongan istana kerana perebutan kuasa dan taktha. Lagipun Pengiran Abdul Rauf maklum bahawa telah di beri kuasa hak tanah tulin ke atas Mengkabong, Menggatal dan Kinarut sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh bapa saudaranya Pengiran Jalaluddin.

Terdapat kemungkinan bahawa Pengiran Abdul Rauf berpindah ke Mengkabong sekitar tahun 1830 an hingga 1840an pada usia antara 30 an ke 40 an.

Andaian ini berasaskan kepada beberapa perkara yang berikut :

Di batu nisan kepunyaan Pengiran Besar Abdullah Ibnu Pengiran Abd Rauf bertulis tahun 1243 H (1828 M). Kemungkinan besar tahun ini merupakan tahun lahir Pengiran Abdullah. Pengiran Abdullah dilahirkan di Brunei dan dibesarkan dalam kalangan bangsawan kerabat Sultan Brunei. Bersesuaian dengan Negara Brunei ketika itu yang mengikut catatan sejarah menjadi salah sebuah Pusat Perdagangan dan Pusat Perkembangan Islam, tidak hairanlah jika Pengiran Besar Abdullah mendapat pendidikan awal dalam bidang agama dan pandai menulis jawi sejak di Brunei sebelum berhijrah ke Karambunai. Pemerhatian atas semua kubur lama di Karambunai mendapati tidak ada satu pun batu nisan lama di kawasan perkuburan ini yang bertulis kecuali batu nisan Pengiran Besar Abdullah. Riwayat hidup Pengiran Abdullah akan kita sentuh kemudian melalui tradisi lisan yang dicerita oleh waris keturunannya.

Pengiran Besar Abdullah Ibnu Pengiran Abdul Rauf dan keturunannya


Pengiran Besar Abdullah merupakan putera kepada Pengiran Abdul Rauf dan kekanda kepada Pengiran Jalaludin. Batu nisan Pengiran Besar Abdullah terdapat di Tanah Perkuburan Kerabat Sultan Brunei di Karambunai.


Menurut sejarah lisan, Pengiran Abdullah merupakan kerabat Sultan Brunei yang karam bersama pengikutnya di Karambunai sehingga terbitnya nama Karambunai iaitu merujuk kepada orang Brunei yang karam.

Sejarah lisan juga menyatakan bahawa Pengiran Abdullah telah menjadi Imam Besar di Karambunai kerana beliau mempunyai pengetahuan agama dan ilmu kebatinan yang tinggi. Beliau menjadi pemimpin di Karambunai ketika itu. Kawasan yang dikenali sebagai Mempangung di Karambunai merupakan tempat tinggal Pengiran Abdullah bersama isterinya Dang Bunga cicit kepada Pengiran Temenggong Raja Tua Abdul Momin Amirul Faza.

Pengiran Abdullah mempunyai seorang putera yang bernama Pengiran Danta atau Pengiran Dewanta dan seorang Puteri yang juga merupakan anak sulung Pengiran Abdullah bernama Pengiran Halimatulsaadiah.

Pengiran Halimatulsaadiah dan kekandanya Pengiran Danta dilahirkan dan dibesarkan di zaman persaingan kuasa di antara keluarga Brooke dan British North Borneo Charted Company untuk memiliki Sungai Tulin milik kerabat Kesultanan Brunei di Sarawak dan di Sabah.

Pembunuhan Pengiran Besar Abdullah telah mengucar kacirkan kehidupan keluarga terutama anak anaknya yang masih kecil ketika itu. Pengiran Besar Abdullah dianggarkan kembali ke rahmatullah sekitar tahun 1870an atau awal 1880an sebelum ayahnya Pengiran Abdul Rauf lindung pada tahun sekitar tahun 1885.
Menurut tradisi lisan yang diceritakan oleh Pengiran Danta kepada anak-anaknya, semasa pembunuhan ayahandanya Pengiran Abdullah, beliau masih kanak kanak lagi dalam anggaran usia dibawah 10 tahun. Kematian ayahanda Pengiran Danta dan kekandanya Pengiran Halimatulsaadiah yang telah berusia belasan tahun ketika itu amat menyedihkan Pengiran Danta sehingga akhir hayatnya. Tambahan pula selepas beberapa tahun, ibu Pengiran Danta pula meninggal dunia menyebabkan Pengiran Danta dipelihara oleh kekandanya Pengiran Halimatulsaadiah ketika itu di Karambunai.

Memandangkan Pengiran Abdullah mempunyai waris tunggal lelaki iaitu Pengiran Danta, Pengiran Halimatulsaadiah mendapat khabar bahawa waris tunggal lelaki Pengiran Abdullah juga mahu dibunuh. Atas nasihat kekandanya, menyuruh Pengiran Danta keluar dari Karambunai bagi menyelamatkan dirinya memandangkan kekacauan berlaku ketika itu agak hebat. Ketika itu Pengiran Danta berusia awal belasan tahun. Pengiran Halimatulsaadiah bersama keluarganya juga keluar dari Karambunai pada zaman kekacauan tersebut. Tradisi lisan menyatakan bahawa Pengiran Danta telah menuju ke Inanam, Papar, Sandakan dan akhirnya ke daerah Kudat, menetap dan beranak pinak di Kudat. Sejak meninggalkan Karambunai, Pengiran Danta tidak pernah kembali ke Karambunai sehinggalah pada sekitar tahun 1953.

Pada tahun 1953, Pengiran Danta telah pergi ke Karambunai. Tujuan asal Pengiran Danta adalah mencari kubur ibubapanya dan datuknya Pengiran Abdul Rauf. Dayang Siti Hafsah pada mulanya tidak mempedulikan dan tidak kenal Pengiran Danta tetapi apabila Ghani bib Bilal said sepupunya yang masih tinggal di Karambunai ketika itu memeluk Pengiran Danta dan memberitahu siapa Pengiran Danta kepada Dayang Siti Hafsah, Dayang Siti Hafsah terus sujud meminta ampun atas perlakuannya terhadap Pengiran Danta kerana sangkaannya Pengiran Danta telah meninggal dunia selama ini.

Sewaktu Pengiran Danta hendak kembali ke Kudat, Dayang Siti Hafsah mengemukakan cadangan kepada Pengiran Danta untuk mengarak Pengiran Danta dengan diiringi beberapa buah perahu sepanjang Sungai Karambunai dan Mengkabong agar rakyat tahu siapa Pengiran Danta. Namun, Pengiran Danta menolak dan hanya meminta dihantar ke Pengkalan dengan perahu yang diikat dengan kain kuning. Pengiran Danta memberitahu anak anaknya sekembalinya dari Karambunai, beliau sedih dan jatuh sakit sambil berkata, "Banyak air mata saya tumpah"! Pengiran Danta masih tidak dapat melupakan peristiwa pembunuhan ayahnya Pengiran Abdullah. Kekacauan yang berlaku di North Borneo ketika itu termasuklah penentangan terhadap British menyebabkan British tidak suka kepada Pengiran Pengiran mahupun Pengikut Pengiran Abdul Rauf.


Usaha British menumpaskan pemberontakan Mat Salleh turut memberi tekanan kepada pengiran pengiran dan orang orang bajau di Mengkabong, Inanam dan Menggatal ketika itu. Mereka dituduh bersubahat dengan Paduka Mat Salleh dan ini antara sebab mereka terpaksa bersembunyi, melarikan diri dan menukar identiti diri agar tidak dapat dikesan oleh British.


Pengiran Danta telah dikurniakan seramai enam orang putera dan lima orang puteri. Putera dan Puteri Pengiran Danta ialah Pengiran Saadiah, Pengiran S Karim, Pengiran Abdul Ghaffar, Pengiran Datuk Haji Sidek, Pengiran Hajjah Zainun, Pengiran Haji Samad, Pengiran Haji Zakaria, Pengiran Jaleh, Pengiran Basariah, Pengiran Jaliah dan Pengiran Bainah. Selepas meninggalkan Karambunai, Pengiran Danta telah memilih untuk tinggal di sebuah pulau bertentangan dengan Bandar Kudat, Sabah dikenali sebagai Pulau Abu Abu di daerah Kudat sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir di pulau tersebut pada tahun 1957.

Salah seorang daripada putera Pengiran Danta iaitu Pengiran Datuk Haji Sidek mewarisi bakat kepimpinan nendanya Pengiran Besar Abdullah. Atas jasa dan sumbangan Pengiran Datuk Haji Sidek kepada Negeri Sabah terutama pada zaman pra dan awal kemerdekaan negeri Sabah beliau telah dianugerahkan pingat kebesaran membawa gelaran Datuk (PGDK : Panglima Gemilang Darjah Kinabalu) pada tahun 2004. Esplanade Sidek yang terkenal di daerah Kudat merupakan penghargaan Kerajaan Negeri Sabah kepada Pengiran Datuk Haji Sidek atas segala jasa dan pengorbanan beliau. Pengiran Datuk Haji Sidek kembali kerahmatullah ketika berusia 84 tahun dan telah dimakamkan di Tanah Perkuburan Kerabat Brunei di Karambunai pada tahun 2004. Makam Pengiran Datuk Haji Sidek Bin Pengiran Danta terletak di Tanah Perkuburan Kerabat Brunei di Karambunai.

Pengiran Datuk Haji Sidek pernah mencatatkan pertemuanya dengan Pengiran Siti Fatimah Binti Pengiran Jalaludin pada bulan Januari 1939. Catatan ini masih disimpan oleh anak-anak beliau. Menurut beliau ;

Jan. 1939 saya salah seorang anggota polis diundang sebagai senteri bertugas di Rumah Rehat Governor di Jesselton (KK). Apabila tiba-tiba Pangeran Fatimah Pangeran Jalaluddin suruh saya masuk ke dalam, kebetulan masa itu saya dalam duty, hanya berdiri di pintu, Pangeran Fatimah tanya apa bangsa kita, saya terangkan mamah saya dari Mengkabong dan bapa berasal dari Karambunai, dan sekali lagi Pangeran Fatimah bertanya siapa namanya bapa kita itu, jawab saya Danta Bin Abdullah, kata Pangeran Fatimah, itu Pangeran Danta Bin Pangeran Abdullah saudara saya kata Pangeran Fatimah

Jejak Pengiran Datuk Haji Sidek diikuti oleh anakandanya Pengiran Datuk Abdul Rahim Bin Pengiran Datuk Haji Sidek yang turut dianugerahkan Pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu pada tahun 2007 yang membawa gelaran Datuk atas khidmat dan jasa beliau kepada Kerajaan Negeri Sabah. Malahan anakanda kepada Pengiran Haji Samad Bin Pengiran Danta juga mewarisi kepimpinan moyangnya apabila dikurniakan Pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu yang membawa gelaran Datuk kepada Pengiran Haji Awang Bin Pengiran Haji Samad bagi menghargai jasa beliau dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Sabah. Anakanda kepada Pengiran Haji Zakaria Bin Pengiran Danta iaitu Pengiran Hajjah Rosimah Binti Pangeran Haji Zakaria juga telah mencipta nama dalam kalangan wanita UMNO Sabah apabila memegang jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Makam Pengiran Haji Zakaria Bin Pengiran Danta terletak di perkuburan Kerabat Brunei di Karambunai.

Pengiran Jalaludin Ibnu Pengiran Abdul Rauf dan Keturunannya

Pengiran Jalaludin Ibnu Pengiran Abdul Rauf merupakan adinda kepada Pengiran Besar Abdullah. Disebabkan Pengiran Besar Abdullah terlebih dahulu meninggal dunia dan diikiuti pula oleh Pengiran Abdul Rauf, Pengiran Jalaludin telah menandatangani surat perjanjian yang diperbuat antara Pengiran Jalaludin dengan British North Borneo Company pada tahun 1898. Isi kandungan surat perjanjian 1898 jelas menyatakan ;

.... Maka Mengkabong dan Menggatal itu harta Pengiran Jalaludin yang di pesaka daripada ayahnya Pengiran Abdul Rauf..........

Isi kandungan Surat Perjanjian tersebut menyatakan bahawa pendakwaan British North Borneo Charted Company kepada Sultan Brunei ketika itu kerana orang orang Inanam, Mengkabong dan orang orang Menggatal terlibat dalam serangan Paduka Mat Salleh di stesen British di Pulau Gaya yang mengakibatkan kerugian kepada Kompeni. Antara isi kandungan perjanjian ini ialah seperti berikut ;


....bahwa ada lah kita Pengeran Jalaludin atas menimbang mempunyai sepenoh penoh kuasa perentah serta kuasa di atas hidop dan mati serta mempunyai kuasa yang boleh menaroh chukai chukai dan sebagainya berjanji seperti yang tersebut dibawah akan menyerahkan kepada kompeni, ganti-gantinya atau wakilnya segala kita empunya negeri negeri seperti tersebut iaitu Mengkabong, Menggatal, Api-Api, Simbulan, Napas, Tambalang serta sekian takloknya..............


Menurut Salasilah Pengiran Pengiran Karambunai, Pengiran Jalaludin mempunyai dua orang isteri. Salah seorang isteri Pengiran Jalaludin ialah Kawang Aminah yang telah melahirkan Pengiran Sara, Pengiran Aisah, Pengiran Abdul Jalil dan Pengiran Siti Fatimah manakala dengan isteri yang lain (tidak disebutkan namanya dalam salasilah) anak anak beliau ialah Pengiran Yusuf, Pengiran Yaakub dan Pengiran Salamah.

Terdapat beberapa orang cicit kepada Pengiran Jalaludin iaitu Pengiran Tajuddin Bin Pengiran Idris Bin Pengiran Yaakob Bin Pengiran Jalaludin menetap di Tuaran, Sabah bersama anak anaknya setelah keluar meninggalkan Karambunai semasa 'status tanah karambunai berubah'. Begitu juga dengan Pengiran Mariam Binti Pengiran Idris menetap bersama anak anaknya di Tuaran, Sabah manakala Pengiran Hajjah Asmah Binti Pengiran Idris menetap di Negara Brunei Darussalam.

Dalam Salasilah Pengiran Pengiran Karambunai, tidak menyatakan zuriat daripada  Pengiran Siti Fatimah. Memandangkan kertas kerja ini dihuraikan berpandu kepada Salasilah Pengiran Pengiran di Karambunai, maka penulis tidak dapat mengulas selanjutnya dalam bahagian ini mengenai Keturunan Siti Faitimah. Penulis hanya akan menyentuh hal ini dalam sub-topik yang berkaitan dengan tuntutan-tuntutan Karambunai.

Pengiran Siti Aishah Ibni Pengiran Abdul Rauf dan keturunannya

Pengiran Siti Aishah merupakan adinda kepada Pengiran Besar Abdullah. Keturunan Pengiran Siti Aishah tidak dapat diketahui lebih lanjut. Menurut cerita lisan Pengiran Danta yang telah didengar oleh Pengiran Datuk Haji Sidek, Pengiran Danta pernah menjejak ibu saudaranya Pengiran Siti Aishah selepas Pengiran Danta meninggalkan Karambunai. Menurut Pengiran Danta lagi, Pengiran Siti Aishah Binti Pengiran Rauf tinggal di Inanam dan Pengiran Danta pernah menjejaki ibu saudaranya ini di Inanam tetapi tidak bertemu.

Seperkara yang menarik mengenai Pengiran Siti Aishah ialah beliau dikatakan telah berkahwin dengan Datu Balu, ayahnda kepada Paduka Mat Salleh. Hal ini turut diceritakan oleh waris Pengiran Abdul Rauf. Sekiranya dapat dibuat kajian atau penyelidikan lanjut mengenai hal ini di Sabah, ia adalah sangat berguna dan akan lebih sangat menarik. Menurut mantan Ketua Menteri Sabah, YAB Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun, ada mengesahkan mengenai zuriat Paduka Mat Salleh iaitu Datu Haji Mualam Zinalabidin Bin Panglima Datu Muhammad Salleh. Zuriat Paduka Mat Salleh ini dan keturunannya menetap dan tinggal di daerah Kudat, Sabah selepas sahaja kubu Paduka Mat Salleh di Tambunan di serang oleh British dan dikatakan Mat Salleh terbunuh dalam peristiwa tersebut. Menurut tradisi lisan, isteri dan anak Paduka Mat Salleh sempat melarikan diri dengan pertolongan pengikut pengikutnya dan daerah dituju oleh mereka ialah Daerah Kudat.

Tradisi Lisan dan Peristiwa Bersejarah di Karambunai


Antara peristiwa bersejarah yang berlaku di Karambunai ketika hayat Pengiran Besar Abdullah ialah tentang kelahiran putera beliau Pengiran Danta.. Jarak usia di antara Pengiran Danta dengan kekandanya Pengiran Halimatulsaadiah ialah kira kira 7 atau 8 tahun. Hal ini menyebabkan Pengiran Abdullah bernazar akan menyembelih seekor kerbau di atas bumbung rumah jika Allah subahana wa Ta'ala mengurniakan zuriat lelaki kepada beliau. Dengan izin Allah subahana wa Ta'ala, Pengiran Danta dilahirkan dan nazar Pengiran Abdullah ditunaikan bersama sama doa kesyukuran oleh penduduk di Karambunai ketika itu.  Dianggarkan tahun kelahiran Pengiran Danta ialah pertengahan atau lewat tahun 1870 an. Pengiran Danta pernah menceritakan kepada anak anaknya tentang kisah Paduka Mat Salleh membakar stesen British di Pulau Gaya iaitu ketika itu Pengiran Danta sudah besar dan sedang bertangar-tangar di atas perahu di Kuala Sungai Inanam. Pengiran Danta menyaksikan asap berkepul kepul di Pulau Gaya.


Pengiran Abdullah dijangka berhijrah ke Karambunai lewat tahun 1840 an atau dalam tahun 1850 an. Menurut St John dalam catatan pengembaraannya ke Borneo, pada tahun 1858 beliau telah diperkenalkan dengan anak Pengiran Abdul Rauf oleh rakannya ketika singgah dan bersarapan pagi di rumah Pengiran Abdul Rauf di Mengkabong. Nama Karambunai itu sendiri tidak pernah disebut dalam mana mana tulisan Barat sehinggalah pada tahun 1857, Pengiran Abdul Rauf diistiyharkan dalam akhbar Borneo Herald di Arkib Negeri Sabah sebagai Raja di Mengkabong dan Karambunai. Oleh itu, kemungkinan besar nama Karambunai muncul selepas peristiwa kapal karam orang Brunei sekitar tahun 1850 an.

Peristiwa kapal karam orang Brunei di Karambunai yang diketuai oleh Pengiran Abdullah telah menyebabkan terbitnya nama Karambunai. Pengiran Abdullah juga digelar Marak Berapi kerana jika beliau marah, seolah olah api keluar daripada mulut beliau. Hal ini akan diceritakan dengan lebih lanjut dalam tajuk kertas kerja Sejarah Karambunai berasal daripada Peristiwa kapal orang Brunei karam yang diketuai oleh Pengiran Abdullah.


33 comments:

  1. apa kaitan pengiran abdullah dengan pengiran shahabuddin? apa kaitan pengiran abdullah dengan keris si naga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. King Fateh - persoalan ini sangat menarik sila kongsikan maklumat.. terima kasih

      Delete
    2. Tinggal kenangan waris waris yang telah di putuskan kan oleh mahkamah tinggi syariahkota kinabalu..
      akhir zaman ini, kuasa mengatasi hukum Allah swt...apa pun mereka mereka yang terlibat , maka kamu jawap lah depan Allah swt esok....

      Delete
    3. Mistik sungguh sejarah Kesultanan Brunei, saya berminat dengan cerita Keris Si Naga.Boleh ceritakan apa kaitannya dengan Kesultanan Brunei.

      Delete
    4. tentang keris si naga,siapa yang menyimpannya maka dia adalah pengkhianat..kerana abdullah di tikam oleh kerisnya sendiri,.

      Delete
    5. Maaf bro,dri mana jua dapat ne cerita?syok cerita nya bro,memandang kan saya ada menyimpan keris kepunyaan soas2 yg d turun kn kepada sultan abdul momin lalu d turun kn kepada ipar nya moyang sya iaitu pg pemancha muhammad salleh ibni soas2,tapi bernama kris selindang soas2,insallah

      Delete
  2. adakah sejarah warisan karambunai ini sejajar dgn fakta yg ada di pusat sejarah Negara Brunei?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila email pertanyaan kepada borneohistory57@gmail.com

      Delete
  3. Just my taught, Imam Besar purposely or deliberately sunk his ship to hide his arrival. I believe the sunken ship of Imam Besar still remain underneath the water/sea, where, still remain a mystery.We do hope the govt made an innitiative to preserve this valuable piece of history, if it is found, I heard that someone might have found it,but sadly the artifacts from the shipwreck was stolen, hope its not true,we are racing against time to look for this missing puzzle in our history
    The authority must act fast.

    ReplyDelete
  4. Berapa tahun beza umur pengiran Abdul Rauf Dengan Pengiran Besar Abdullah..?
    1785 Sultan Abdul Momin

    1857 Pengiran Abdul Rauf di angkat sebagai raja di mengkabong.

    1828 Pengiran Besar Abdullah

    tahun 1850,Tahun Putera Shahabuddin lari dari brunei..
    tahuh 1850 juga tahun karamnya kapal pengiran besar abdullah di karambunai..

    Pengiran Danta lahir sekitar tahun 1870an..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha
      Ini Baru Ngam .
      Berdasarkan jarak masa.

      Siapa sebenarnya yg karam di Karambunai Tahun 1850 tu ..

      Jgn buat andaian sebarangan .

      Delete
  5. Perlu kajian lanjut lagi. Ada dua atau tiga individu yg bernama Pg Abdullah. Pg Besar Abdullah Kapal Karam kemungkinan adalah org yg berlainan dgn Pg Besar Abdullah Imam Besar Karambunai, yg juga orang yg berlainan dgn Abdullah( mualaf) yg beranakkan Dantah.

    ReplyDelete
  6. Pengiran yg karam di karambunai juga di kenali Imam Besar Mengkabong..

    Bukan Imam Besar Karambunai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ni.

      Imam Besar Mengkabong .
      Setelah lari dari Limbang terus ke Pulau Gaya Dan karam di Muara Sungai Mengkabong

      Delete
    2. "Terdapat kemungkinan bahawa Pengiran Abdul Rauf berpindah ke Mengkabong sekitar tahun 1830 an hingga 1840an pada usia antara 30 an ke 40 an."

      kalau umurnya suda 30 - 40 an [1830], Pengiran Besar Abdullah, suda lahir[1828], berapa pula umur Pengiran Danta pada tahun 1953, ketika pergi ke Karambunai dan meninggal pada 1957?

      Delete
  7. Ada asbab juga kenapa keturunan imam besar Abdullah masih tidak memiliki warisan tanah tulin.. walau dri segi sejarah dan rekod telah membuktikan kebenarannya. Pernah satu waktu salah seorang pewaris yg pada awal mula dlu mengurus dan menyusun salasilah keturunan Pg Abdul Rauf ke pusat sejarah Brunei dan phin jamil seolah menguji waris tu.. dan kata-kata kepadanya seperti mengadakan atau mengakun2 saja sebagai waris. Dengan nada sedih si waris mengatakan.. jika darah yg mengalir ke tubuh saya ini bukan dari keturunan imam besar Abdullah .. Angin ribut ini Brunei selepas saya balik ke Sabah. Seminggu selepas itu Brunei terkena angin ribut. Ya mungkin juga kebetulan waktu itu keadaan cuaca mmg musim ribut atau takdir kebenaran. Walau cerita ini bukan boleh dijadikan sandaran untuk menguatkan kebenaran.. ingatlah kalau mmg DARAH keturunan pasti akan nampak jua kebenarannya..wallahua’lam.

    ReplyDelete
  8. Salam, ada empat nama yg boleh dikaitkan dengan sejarah karambunai Samada secara langsung atau tidak langsung. Pangeran Rauf, pangeran besar abdullah, pangeran jalaluddin Dan paduka Mat Salleh.
    Pangeran rauf pemilik tulin mengkabung, manakala pangeran besar abdullah Dan pangeran jalaluddin anak kepada rauf.Pgn Rauf, pgn Besar atau Imam besar Dan Jalaluddin punya Sumber lisannya masing2, kecuali Pgn Besar, Rauf Dan Jalaluddin tercatat dalam rekod british spt Surat khabar North Borneo Herald, tapi setakat ini,sya belum jumpa rekod British mengenai Pgn Besar Abdullah. Tapi INI tidak bermakna Pgn Besar Abdullah tidak ujud,kerana Sumber lisannya banyak dan dikaitkan dengan kapal karam dikarambunai. Kajian perlu dibuat, mmg identiti Imam Besar masih misteri.Saya beranggapan dia seorg figura yg penting bukan dalam sejarah Karambunai,tapi d
    alam kemelut politik Brunei diborneo utara ketika itu.He holds some missing puzzle not only on karambunai but in a wider perspective in history of brunei sultanate in north west of Borneo

    ReplyDelete
  9. Salam sejahtera kepada semua peminat sejarah karambunai.
    mengkaji sejarah, perlu bnyk buat "cross reference", saya mahu melihat sejarah Sabah/ north Borneo, sebagai satu Dan bukan dipisah2 kan pantai barat dengan pantai Timur semata2, pantai Timur dikuasai sultan sulu Dan.pantai barat dikuasai sultan Brunei
    Says mahu berpolemik bahawa pangeran Besar juga perlu dikaitkan dengan pantai Timur

    ReplyDelete
  10. Perlu di ketahui semua putera puteri pada pg temenggung abdul rauf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju,moyang saya pg sahbudin bin pg muhammad

      Delete
    2. Betul setuju,sya dri pg sahbudin bin pg muhammad bin pg temangong abdul rauf

      Delete
  11. Adapun karambunai diperintah Oleh Raja perempuan berbangsa Bajau

    ReplyDelete
  12. Nak cari keturunan sultan brunei... kami adalah sebahgian daripada keturunan itu ..kebanyakanya yg mengetahui kebenaranya telah pun kembali pada penciptanya ... kturunanku bermula daripada awg alak betatar kmudian gnerasi strusnya smpaila kepada kami... kbnyakan ahli keluarga ku ada nama depan cnthnya spt pangeran osman ... makam2 pun ada ..sekiranya ada yg berminat nak tahu bolh la pasang niat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalamualaikum
      Blh sy bertanya ttg sejarah latar blkg seorg lelaki yg bernama Almahrum Emboh Lidji@Apu Ilizi?Semoga Allah merahmati Terima kasih Dan Mohon kemaafan

      Delete
  13. Sejarah karanbunai hingga sekarang siapa yang berkuasa..kerjaan negeri sabah kah..atau orang perseorangan..jika perseorangan siapa kah nama nya dan bukti bukti sah nya

    ReplyDelete
  14. Asalamualaikum
    Saya mahu bertanya Jika Ada org2 Tua yg mengenali atau pernah dengar ttg moyang sblh nenek saya yg berasal Dari Pulau Sulug.Nenek saya dri ibu kpd Bapa sy.Ibu kpd nenek saya pernah menetap di Pulau Sulug bersama 7 org adik beradik.Moyang saya ibu kpd nenek saya Masih kecil dlm sekitar tahun penghujung tahun ke 18 masuk tahun ke19.Abg Moyang saya yg sulung bernama Almahrum Salihun Salibandan, Sugilah,Kuminih,Embo Malang Dan yg 2 lgi hilang Di laut Celebes nenek saya tidak Ingat sd Dan kesemuanya sd kembali ke Rahmatullah.Ayah kpd moyang ini bernama Almahrum Basaluddin@Basaludding Dan menikahi Allahyarhamah Timan Lasah Nama timangan yg merupakan anak Perempuan Almahrum Abdullah.Yg pernah Tinggal Di Pulau Sulug serta melahirkan moyang saya Sugilah binti Basaluddin@Basaludding,Moyang ini Masih ingat masa kecil Pulau Sulug ini Dan diceritakan kpd anaknya iaitu nenek saya.Niat saya hanya mahu mengetahui sarsilah Datuk moyang saya Dan pusara Almahrum Basaluddin menantu kpd Almahrum Abdullah Dan pusara Almahrum kerana sehingga kini saya tidak mengetahui nya walaupun sd bertanya kpd Nenek saya yg kini berumur 82 tahun.Setelah wafat Almahrum Basaluddin maka isteri Almahrum berpindah membawa anak2nya ke Pulau Banggi Dan Filipina Dan tidak lgi kembali ke Pulau Sulug sehingga wafat Di Pulau Banggi.

    ReplyDelete
  15. sejarah2 yang perlu dibukukan untuk di baca oleh generasi akan datang. pertanyaan mngenai tanah di karambunai skrg milik siapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well, bro,we haven't reach to the bottom of the pond yet

      Delete
  16. Keturunan pg sahabudin akan muncul keluarga pewaris sah karambunai akan keluar

    ReplyDelete
  17. Kamu ani ah. Kalau kan banar2 mengkaji sejarah Brunei. Pergi Brunei sendiri masih durng menyimpan salahsilah yng tercatat dri dulu2 lgi. Ku liat kamu ani mcm ada yng buat sejarah sndiri

    ReplyDelete