Sunday 5 February 2017

Kesultanan Melayu Melaka : hubungannya dengan beberapa Kerajaan dan Kesultanan Nusantara dari abad ke 7 sehingga abad ke 19

Kesultanan Melayu Melaka dan hubungannya dengan beberapa Kerajaan dan Kesultanan Nusantara 
dari abad Ke 7 sehingga abad ke 19

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai.

Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511.

Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.[2] Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Srivijaya (671-1028)

Kerajaan Sriwijaya

Dari abad ke-7 sehingga abad ke-11 dan pengembangan terluas Empayar Srivijaya sekitar abad ke-8.

Ibu negara :   
    
Kedah,  Langkasuka, Champa, Angkor, Palembang, Chaiya, Jawa, Kadaram, Dharmasraya
Bahasa  Melayu Kuno, Sanskrit dan Agama Buddha dan Hindu
Kerajaan                              Monarki Maharaja          
 •            671–702               Sri Jayanasa
 •            775–792               Sri Dharmasetu
 •            792–840               Samaratungga
 •            988–1008             Sri Chulamanivarman
 •            1008–1017           Sri Mara Vijayatunggavarman
 •            1017–1025           Sri Sangrama Vijayatunggavarman
 •            1028–(?)              Sri Deva

Srivijaya (juga disebut Sri Vijaya atau Sriwijaya ) ialah sebuah empayar maritim Melayu purba yang berpusat di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu yang banyak mempengaruhi Asia Tenggara.

Bukti terawal kewujudannya adalah dari abad ke-7; apabila seorang sami Buddha dari China, I-Tsing, ada menulis tentang lawatannya selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun 671. Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 masihi yang ditemui di Palembang, Sumatera juga ada menyebut tentang Srivijaya. Kerajaan ini runtuh sepenuhnya pada abad ke-13 disebabkan pelbagai faktor, antaranya ialah kebangkitan kerajaan Jawa Majapahit. Dari abad ke-8 hingga abad ke-11, Srivijaya ialah pusat pengembangan agama Buddha yang utama di kepulauan Melayu. Dalam Bahasa Sanskrit, sri (श्री) bermaksud "seri" atau "sinar" dan "vijaya" (विजय) bermaksud "kejayaan" atau "kemenangan".

Selepas kejatuhan Srivijaya, ia dilupakan sepenuhnya dan ahli sejarah tidak pernah menganggap ada kerajaan bersatu yang besar pernah wujud di kepulauan Asia Tenggara. Kewujudannya pertama kali diakui secara rasmi pada tahun 1918, oleh ahli sejarah berbangsa Perancis Georges Coedès dari École française d'Extrême-Orient.

Kebesarkan Raja Srivijaya digambarkan melalui catatan Arab yang menyifatkannya sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. Raja di Gunung dan Maharaja menggambarkan kebesaran raja yang mempunyai kuasa sakti, berkuasa multak, dan bersifat ketuhanan. Raja Srivijaya memerintah secara multak dan dibantu oleh menteri yang menjadi perantaraan raja dengan rakyat.

Pada tahun 1920, seorang sarjana Perancis Georges Coedès menerbitkan penemuannya dan interpretasinya mengenai Sriwijaya dalam akhbar berbahasa Belanda dan Indonesia. Sebelum Sriwijaya, terdapat sebuah kerajaan yang diberi nama Kantoli.

Penubuhan

Candi Gumpung di Jambi, yang merupakan salah sebuah wilayah Srivijaya.

Pembinaan Candi Borobudur.

Nama Sriwijaya berasal daripada nama seorang pemerintah Kalathana iaitu "Sriwijaya" yang ditulis sebagai "Shih-li-pi-cho-yeh". Raja ini ditulis menghantar utusan kepada China pada tahun 434 M oleh ahli sejarah China, Shenyao (414-512) dalam bukunya Sung Shu (Sejarah Awal Sung). Pendapat ini disokong oleh sarjana Belanda, Ir. J.L Moens, sarjana Jepun, K. Takakuwa dan sarjana Jerman, Hermann Schlegel yang mengaitkannya dengan negeri Kelantan tua. Dalam tulisannya pada tahun 1937, Moens berpendapat Kelantan menggunakan nama "Sri Vijaya" tidak lama selepas tahun 667 M.

Menurut Coedes, telah menjadi amalan biasa di rantau ini pada zaman dahulu di mana Raja yang memerintah menamakan kerajaannya bersempena namanya, berkemungkinan besar nama Raja "Shih-li-pi-cho-yeh" ini merupakan asal-usul nama kerajaan yang muncul ratusan tahun kemudian (abad ke-7) di Sumatera. Pada tahun 671 M, I-Tsing melawat bandar Bogha (Palembang) dan menetap di sana selama 6 bulan untuk mempelajari tatabahasa Sanskrit dan Bahasa Melayu.

Dari Palembang, beliau melawat pula negeri Mo-Lo-Yu yang menurutnya terletak 15 hari pelayaran dari Bogha. Dari catatan I-Tsing, nama negeri Mo-Lo-Yu baru bertukar menjadi Sribogha ketika beliau melawatnya. Keterangan I-Tsing dilihat konsisten dengan beberapa catatan batu bersurat yang menunjukkan empayar Sriwijaya dibentuk pada abad ke-7.

Berdasarkan Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 605 saka (683 M), kerajaan Sriwijaya didirikan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanaga yang memimpin satu armada dengan 20000 bala tentera dari Minanga Tamwan ke Matayap dan menaklukinya. Beberapa batu bersurat lain yang ditemui di Kota Kapur di Pulau Bangka (686 M), Batu Bersurat Karang Birahi di Jambi Hulu (686 M) dan Batu Bersurat Palas Pasemah]] di Selatan Lampung, menceritakan peristiwa yang sama.

Sriwijaya meluaskan lagi empayarnya dengan menakluk bahagian barat Pulau Jawa pada penghujung abad ke-7. Batu Bersurat Kota Kapur yang bertarikh 608 saka (686 M) menceritakan tentang sumpahan Maharaja Srivijaya ke atas sebuah kerajaan di Pulau Jawa sebelum Srivijaya menyerang kerajaan tersebut. Masa peristiwa ini berlaku adalah bertepatan dengan masa kejatuhan kerajaan Tarumanagara dan kerajaan Kalingga (Ho-Ling dalam catatan China) di Jawa Barat. Ada juga rekod menyatakan sebuah keluarga diraja beragama Buddha yang mempunyai hubungan dengan Sriwijaya, mendominasi bahagian tengah Pulau Jawa ketika itu, berkemungkinan besar dari kerabat Sailendra. Kejayaan Srivijaya menguasai Pulau Jawa, Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu membolehkannya mengawal laluan perdagangan utama di Selat Melaka, Laut China Selatan, Selat Sunda dan Selat Karimata.

Pada tahun 732 M, tentera pimpinan Sanjaya yang dihantar oleh Sri Putera, pemimpin Empayar Tanah Sri Indah Sekebun Bunga telah menawan Sriwijaya yang diperintah oleh Rudra Wikraman. Oleh sebab itu, kuasa Sriwijaya menjadi lemah dan pemerintahnya hanyalah dilantik untuk meneruskan legasi keluarga Sriwijaya tanpa kuasa atau lebih kepada menjadi raja boneka.

Struktur dan pusat pemerintahan

Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang, Kedah. Menurut Inskripsi Tanjore, ibu kota Srivijaya pada abad ke-11 adalah di Kadaram (Kedah Tua).

Pembentukan satu negara kesatuan dalam dimensi struktur kuasa politik Srivijaya, dapat diperolehi daripada beberapa batu bersurat yang mengandungi maklumat penting tentang istilah-istilah kadātuan, vanua, samaryyāda, mandala dan bhūmi.

Kadātuan boleh membawa erti kawasan dātu, (tnah rumah) tempat tinggal bini hāji, tempat disimpan mas dan hasil cukai (drawy) sebagai kawasan yang mesti dijaga. Kadātuan ini dikelilingi oleh vanua, yang boleh dianggap sebagai kawasan kota Srivijaya yang di dalamnya terdapat vihara yang menjadi tempat beribadah masyarakat. Kadātuan dan vanua ini merupakan kawasan teras bagi Srivijaya itu sendiri. Menurut Casparis, samaryyāda merupakan kawasan yang bersempadan dengan vanua, yang dihubungkan dengan jalan khusus (samaryyāda-patha) yang bermaksud kawasan pedalaman. Manakala mandala merupakan satu kawasan autonomi dari bhūmi yang berada dalam pengaruh kekuasaan kadātuan Srivijaya.

Pemerintah Srivijaya memakai gelaran Dapunta Hyang atau Maharaja, dan dalam lingkaran raja terdapat secara berurutan yuvarāja (putera mahkota), pratiyuvarāja (putera mahkota kedua) dan rājakumāra (pewaris berikutnya). Batu Bersurat Telaga Batu banyak menerangkan pelbagai jawatan dalam struktur pemerintahan kerajaan pada zaman Srivijaya.

Sekitar tahun 1993, Pierre-Yves Manguin melakukan penyelidikan dan berpendapat bahwa pusat Srivijaya terletak di Sungai Musi di antara Bukit Siguntang dan Sabokingking (di provinsi Sumatera Selatan sekarang). Namun sebelumnya Soekmono berpendapat bahwa pusat Srivijaya terletak di kawasan hiliran Batang Hari, antara Muara Sabak hingga ke Muara Tembesi (di provinsi Jambi sekarang), dengan catatan Mo-lo-yu (I-Tsing) tidak di kawasan tersebut, jika Mo-lo-yu berada di kawasan tersebut, beliau cenderung kepada pendapat Moens, yang sebelumnya juga telah berpendapat bahawa pusat pemerintahan Srivijaya berada di kawasan Candi Muara Takus (provinsi Riau sekarang), berdasarkan anggaran petunjuk arah perjalanan dalam catatan I-Tsing . Ahli sejarah Thai berpendapat, daerah Chaiya di wilayah Surat Thani juga pernah menjadi pusat pemerintahan Srivijaya, berdasarkan penemuan banyak rumah-rumah ibadat dengan gaya seni bina unik yang berasal dari zaman Srivijaya. Namun yang pasti pada masa penaklukan Rajendra Chola I, berdasarkan Inskripsi Tanjore, ibu kota Srivijaya adalah di Kadaram (Kedah sekarang).

Hubungan luar

Pada tahun 100 Hijrah (718 masihi) Maharaja Srivijaya yang bernama Sri Indravarman mengutus sepucuk surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan memohon baginda menghantar seorang Ulama bagi menerangkan agama Islam. Surat tersebut berbunyi:

           Daripada Raja kepada sekalian Raja yang merupakan keturunan dari seribu Raja-Raja, yang permaisurinya juga merupakan cucu kepada seribu Raja-Raja, yang taman haiwannya mengandungi seribu gajah, yang di dalam wilayahnya terdapat dua sungai yang mengairi pohon jadam, rempah wangi, buah pala dan limau nipis yang aromanya tersebar sejauh 12 batu. Ke hadapan Raja Arab yang tidak menyembah tuhan-tuhan yang lain selain Allah. Aku telah mengirim padamu satu hadiah yang tidak seberapa sebagai tanda persahabatan. Aku mohon agar kamu menghantar padaku seseorang yang boleh mengajarku tentang Islam dan menerangkan padaku undang-undangnya. ”

Empayar Srivijaya dan kerajaan-kerajaan lain di Asia pada tahun 900 masihi.

Peristiwa ini menjadi bukti yang istana Srivijaya telah menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan dengan dunia Islam-Arab. Bagaimanapun, ia tidak bermaksud yang Maharaja Srivijaya telah memeluk Islam, tetapi mungkin untuk menunjukkan hasrat Sri Indravarman yang ingin mendalami undang-undang dan budaya rakan dagang Srivijaya dan tamadun-tamadun di sekitarnya seperti China, India dan Timur Tengah.

Srivijaya menjalin hubungan yang erat dengan Kerajaan Pala di Benggala. Inskripsi Nalanda yang bertarikh 860 masihi ada mencatatkan yang Maharaja Balaputradewa menghadiahkan sebuah kuil Buddha kepada Universiti Nalanda. Hubungan dengan kerajaan Chola di selatan India juga pada mulanya sangat baik. Sekitar tahun 1005 masihi, Maharaja Sri Chulamanivarman yang dirujuk dalam inskripsi-inskripsi India sebagai "Raja Kataha dan Srivijaya" telah mengarahkan pembinaan sebuah kuil Buddha di Nagapattinam, selatan India yang dinamakan bersempena namanya iaitu Chulamanivarmavihara. Rajaraja Chola I menghadiahkan harta yang banyak dari sebuah kampung kepada kuil ini.

Sri Chulamanivarman juga meneruskan tradisi menjalin hubungan yang erat dengan negeri China seperti yang diamalkan pendahulu-pendahulunya, dengan menghantar beberapa utusan ke sana. Pada tahun 1003 masihi, Raja Se-li-chu-la-wu-ni-fu-ma-tian-hwa (Sri Chulamanivarman) menghantar dua utusan menghadap Maharaja China bagi menyampaikan ufti; mereka menceritakan yang negara mereka ada membina sebuah kuil Buddha bagi mendoakan kesejahteraan Maharaja dan mereka memohon perkenan Maharaja China untuk memberikan nama dan loceng untuk kuil tersebut. Satu titah perintah telah dikeluarkan dengan kuil itu mendapat nama Cheng tien wan shou yang bermaksud "kurniaan 10,000 tahun dari Syurga" (dipercayai Candi Bungsu, salah satu bahagian dari candi yang terletak di Muara Takus ) dan sebuah loceng ditempa untuk dihadiahkan kepada utusan tersebut. Beberapa utusan kemudiannya dihantar lagi ke negeri China pada tahun 1004, 1008, 1016, 1017 dan 1018.

Hubungan yang erat Srivijaya dengan dua kuasa besar di Asia pada masa itu, Chola di India dan Dinasti Song di China telah membolehkan putera Sri Chulamanivarman yang menggantikannya, Maharaja Sri Mara Vijayatunggavarman membalas dendam perbuatan Raja Dharmawangsa dari Kerajaan Medang di Jawa Tengah yang menyerang Srivijaya pada tahun 990 masihi. Pada tahun 1006 masihi, bala tentera Srivijaya menyerang Kerajaan Medang dan menghancurkan Istana Watugaluh di Pulau Jawa. Dharmawangsa dan para pembesarnya kemudiannya dibunuh, membawa kepada berakhirnya Kerajaan Medang.
Hubungan baik Srivijaya dengan Kerajaan Chola bagaimanapun tidak kekal lama apabila Rajendra Chola I menaiki takhta pada tahun 1012 dan melancarkan perang ke atas Srivijaya pada tahun 1025 masihi. Rajendra Chola I menakluk hampir kesemua kota-kota di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Serangan besar-besaran kerajaan Chola ini bagaimanapun tidak membawa kepada kelangsungan politik Chola ke atas wilayah-wilayah yang diserang kerana pada tahun 1028 masihi, Maharaja Sri Sangrama Vijayatunggavarman yang ditawan di Kadaram telah digantikan oleh seorang Maharaja baru yang kemudiannya menghantar satu utusan ke negeri China. Dalam Sejarah Sung, Maharaja ini dikenali dengan nama Shih-Li-Tieh-Hua atau "Sri Deva" (berkemungkinan satu nama yang tidak lengkap).

Agama

Kerajaan Srivijaya banyak dipengaruhi oleh agama-agama besar dari India, pada mulanya oleh agama Hindu kemudian diikuti pula oleh agama Buddha. Dari catatan Keterangan tentang Orang Gasar yang dikumpulkan pada zaman Dinasti Sung, masyarakat "San Bo Tsai" dikatakan ada mengamalkan satu adat yang dikenali sebagai Tung-Sheng-Ssu (hidup dan mati bersama), yang mirip dengan amalan Suttee dari agama Hindu. Namun, berdasarkan catatan China dan India yang lain serta penemuan arkeologi, Srivijaya merupakan pusat agama Buddha yang utama di Kepulauan Melayu.

Sebagai pusat perkembangan agama Buddha Vajrayana yang utama, Srivijaya menarik ramai penziarah dan sarjana dari negara-negara lain di Asia, antara yang terkenal ialah sami Buddha dari China, I-Tsing. Pada tahun 671 masihi, dalam perjalanan ke Universiti Nalanda, India, beliau singgah di Srivijaya untuk mempelajari Sabdavidya (tatabahasa Sanskrit). Pada tahun 695, beliau melawat Srivijaya sekali lagi untuk mendalami agama Buddha. Menurut I-Tsing, penduduk Srivijaya melakar imej-imej Buddha dengan emas dan memberi sembahan kepada Buddha dalam bentuk bunga teratai emas. Ibu kotanya didiami oleh ramai sarjana Buddha dan menjadi pusat pembelajaran agama Buddha yang utama di seluruh Nanyang (laut selatan).

           Banyak raja dan pemimpin yang berada di pulau-pulau di Laut Selatan percaya dan mengagumi Buddha, di hati mereka telah tertanam perbuatan baik. Di sebalik tembok kota Srivijaya, terdapat lebih dari 1000 sami Buddha, yang belajar dengan tekun dan mengamalkannya dengan baik. Mereka mengkaji dan mempelajari semua subjek yang wujud sama seperti di "Kerajaan Tengah" (Madhya-desa, India); tidak banyak perbezaan dalam aturan-aturan dan upacara-upacaranya. Jika seorang biarawan Cina ingin pergi ke Barat (India) untuk mendengar (syarahan) dan membaca (teks asli), lebih baik ia tinggal dulu di sini selama satu atau dua tahun untuk mendalami aturan-aturan yang betul sebelum melanjutkan pelajaran ke tengah India. - I-Tsing ”

Selain aliran Vajrayana, ajaran Buddha dari aliran Hinayana dan Mahayana juga turut berkembang di Srivijaya. Dharmarakshita atau Suvarnadvipi Dharmakīrti, salah seorang sarjana Buddha yang terkenal dengan teks Mahayana beliau, "Roda Senjata Tajam" (Bahasa Tibet: blo-sbyong mtshon-cha 'khor-lo) hidup pada zaman pemerintahan Sri Chulamanivarman, dan merupakan ketua sarjana Buddha di Suvarnadvipa (Sumatera). Sarjana Buddha dari Benggala yang terkenal dengan peranannya mengembangkan Buddha Vajrayana di Tibet iaitu Atisha, dikatakan pernah berguru dengan Dharmarakshita di Sumatera, dari tahun 1011 hingga 1023 masihi.

Kemahsyuran Srivijaya sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara berkemungkinan besar menarik minat para pedagang dan ulama Muslim dari Timur Tengah menyebarkan agama Islam. Beberapa kerajaan yang pada mulanya merupakan sebahagian dari Srivijaya, bakal muncul menjadi kerajaan-kerajaan Islam di Semenanjung dan Sumatera, ketika pengaruh Srivijaya semakin lemah. Ada sumber yang menyebut, kerana pengaruh orang muslim Arab yang banyak berkunjung dan berdagang di Srivijaya, maka seorang raja Srivijaya yang bernama Sri Indrawarman pada tahun 718 berminat untuk mengetahui tentang agama Islam , sehingga mungkin kehidupan sosial Srivijaya adalah masyarakat sosial yang di dalamnya terdapat masyarakat Buddha dan Muslim sekaligus. Tercatat beberapa kali raja Srivijaya mengutus surat kepada khalifah Islam di Damsyik. Salah satu naskhah surat yang ditujukan kepada khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720) berisi permintaan agar khalifah sudi mengirimkan da'i ke istana Srivijaya.

Seni dan Budaya

Arca Maitreya dari Komering, Sumatera Selatan, seni Sriwijaya sekitar abad ke-9 M.

Berdasarkan beberapa sumber sejarah, satu masyarakat kosmopolitan yang kompleks dengan nilai peradaban yang tinggi, dipengaruhi secara mendalam oleh aliran Buddha Vajrayana, telah mendiami ibu kota Srivijaya. Batu Bersurat Talang Tuwo dari abad ke-7 ada menerangkan tentang satu ritual agama Buddha untuk memberkati upacara perasmian satu taman Sriksetra (taman awam), anugerah Maharaja Srivijaya untuk rakyatnya. Batu Bersurat Telaga Batu menggambarkan kerumitan susunan pangkat para pembesar dalam kerajaan Srivijaya, sementara Batu Bersurat Kota Kapur menyebut tentang kekuatan bala tentera Srivijaya ke atas Pulau Jawa. 

Kesemua batu-batu bersurat ini adalah dalam Bahasa Melayu Kuno, bahasa yang digunakan oleh orang Srivijaya yang merupakan leluhur bagi Bahasa Melayu Klasik yang kemudiannya menjadi asas kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia moden. Sejak abad ke-7, Bahasa Melayu Kuno telah digunakan di Nusantara, dibuktikan oleh batu-batu bersurat Srivijaya dan beberapa batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu Kuno yang ditemui di pesisir pantai Kepulauan Melayu, contohnya batu bersurat Bukateja, Gandasuli, Kayumwungan, Sojomerto dan Manjusrigrha yang ditemui di Jawa, serta Plat Tembaga Laguna yang ditemui di Manila, Filipina. Perkembangan perdagangan merupakan antara faktor utama penyebaran Bahasa Melayu Kuno kerana ia adalah medium komunikasi yang utama bagi para pedagang. Sejak itu, Bahasa Melayu Kuno menjadi Lingua franca dan digunakan secara meluas di Kepulauan Melayu.

Sejarah Sung (960-1279) ada menceritakan sedikit sebanyak tentang masyarakat "San Bo Tsai" (Srivijaya). Menurut Sejarah Sung, Orang Srivijaya menyapu badan mereka dengan sejenis minyak wangi dan mereka menghasilkan arak dari bunga, kelapa, pin-lang atau madu. Mereka menulis menggunakan tulisan Sanskrit dan Rajanya menggunakan cincinnya sebagai Cop Mohor, mereka juga tahu menulis dalam karakter Cina yang selalunya digunakan ketika menghantar ufti. Selain itu, ramai orang Srivijaya mempunyai pangkal nama "Pu". Keterangan tentang Orang Gasar yang juga dikumpulkan pada zaman Dinasti Sung menyebut yang orang Srivijaya melilit badan mereka dengan pakaian dari kapas (Sarung) dan menggunakan payung dari sutera. Mereka berperang di darat dan juga di laut dan organisasi ketenteraannya sangat baik. 

Apabila seseorang Raja mangkat, rakyat akan mencukur kepala mereka sebagai tanda berkabung. Di ibu kotanya, terdapat satu arca Buddha yang dipanggil "Gunung Emas dan Perak". Rajanya pula sering mendapat gelaran "Sari Ular", dan baginda memakai satu mahkota dari emas yang sangat berat. Negara Srivijaya mempunyai beberapa pusat perdagangan utama yang mengawal semua kapal yang keluar masuk, sempadan-sempadan pelabuhan ditandakan dengan rantai-rantai besi.

Meskipun mampu membina kekuatan ekonomi, budaya dan ketenteraan yang hebat, Srivijaya hanya meninggalkan sejumlah kecil monumen arkeologi di pusat kerajaannya di Sumatera, berbeza dengan kawasan yang pernah mendapat pengaruhnya di bawah pimpinan dinasti Sailendra di Jawa Tengah yang memiliki tinggalan monumen seperti mandala Kalasan, Sewu dan Borobudur. Kuil-kuil Buddha yang dibina pada zaman Srivijaya di Sumatera antaranya ialah Candi Muaro Jambi, Muara Takus dan Biaro Bahal, bagaimanapun tidak seperti kuil-kuil di Jawa Tengah yang dibina dari batu andesit, kuil-kuil di Sumatera dibina dari batu bata merah.

Beberapa arca seperti Buddha dan Boddhisattva Avalokiteshvara telah ditemui di Bukit Siguntang, Palembang,[44] Jambi,[45] Bidor, Perak[46] dan Chaiya, Surat Thani.[47] Kesemua arca ini menampilkan keanggunan dan gaya biasa yang dikenali sebagai "Seni Srivijaya" yang memperlihatkan kemiripan - mungkin diilhamkan - dari seni Amaravati India atau Sailendra (abad ke-8 - ke-9).

Perdagangan

Dalam dunia perdagangan, Srivijiya adalah empayar yang mengawal dua laluan utama antara India dan China, iaitu Selat Sunda dari Palembang dan Selat Melaka dari Kedah. Catatan Arab menyatakan yang empayar Maharaja Srivijaya adalah sangat luas sehinggakan kapal yang paling laju pada zaman itu pun tidak mampu untuk belayar mengelilingi semua pulau-pulanya selama dua tahun. Menurut keterangan I-Tsing, Raja Srivijaya memiliki kapal-kapal yang banyak untuk tujuan perdagangan. Komoditi utama adalah rotan, gaharu, kino merah, kapur barus, jadam, cengkih, minyak cendana, buah pala, buah pelaga, buah pinang, buah kelapa, kemukus, gading dan timah, menjadikan kekayaan Maharajanya setanding dengan mana-mana raja di India.[28]. Srivijaya juga adalah negara yang sangat kaya dengan emas, bahkan I-Tsing pernah menggelarnya sebagai "Chin Chou" atau "Kepulauan Emas". Rakyatnya menyediakan sembahan kepada Buddha dalam bentuk bunga teratai emas, menggunakan bekas-bekas dari emas, dan membina arca-arca dari emas. Berbeza dengan mata wang China pada zaman tersebut yang biasanya diperbuat dari tembaga, loyang atau besi, orang Srivijaya hanya menggunakan emas dan perak dalam perdagangan.

Selain menjalin hubungan dagang yang menguntungkan dengan India dan China, Srivijaya juga membentuk jaringan perdagangan dengan dunia Arab. Berkemungkinan besar, satu utusan yang dihantar Maharaja Sri Indravarman untuk menyampaikan surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz dari Kerajaan Bani Umayyah pada tahun 718 masihi, telah kembali dengan Zanji (hamba wanita kulit hitam dari Zanj), hadiah Khalifah kepada Maharaja. Kemudiannya, catatan China ada menyebut tentang Shih-li-t-'o-pa-mo (Sri Indravarman), Maharaja Shih-li-fo-shih yang menghantar kepada Maharaja China ts'engchi (sebutan China untuk perkataan Arab Zanji) sebagai hadiah.

Zaman keemasan

Arca emas Avalokiteçvara dengan ciri Srivijaya, ditemui di Rataukapastuo, Muarabulan, Jambi, Sumatera.

Pada separuh pertama kurun ke-10, ketika zaman kejatuhan Dinasti Tang dan kebangkitan Dinasti Song, perdagangan berkembang dengan pesat di antara dunia luar China dengan kerajaan Min di Fujian dan kerajaan Nan Han di Guangdong. Dengan kemakmuran yang dikecapi pada zaman permulaan Dinasti Song, keadaan ini sangat menguntungkan Srivijaya. Pada tahun 903 masihi, penulis Islam Ibn Rustah sangat kagum dengan kekayaan pemerintah Srivijaya sehingga beliau pernah menyatakan yang tiada Raja lain yang sekaya dan sekuat Raja Srivijaya. Pusat perbandaran utama Srivijaya pada zaman itu adalah di Palembang, Muara Jambi, Kedah dan Chaiya.

Ketika era keemasannya, Srivijaya adalah kerajaan yang terkuat dan terkaya di bahagian barat kepulauan Melayu, dan empayarnya meliputi 15 negeri seperti yang diceritakan oleh Chou-Ju-Kua[49]; Pong-fong (Pahang), Tong-ya-nong (Terengganu), Ling-ya-si-kia (Langkasuka), Kilan-tan (Kelantan), Fo-lo-an (Dungun), Ji-lo-t'ing (Cherating), Ts'ien-mai (Semawe, Semenanjung), Pa-t'a (Sungai Paka, utara Semenanjung), Tan-ma-ling (Tambralinga, Ligor atau Nakhon Si Thammarat), Kia-lo-hi (Krabi), Pa-lin-fong (Palembang), Sin-t'o (Sunda), Lan-wu-li (Lamuri di Aceh), Kien-pi (Jambi) dan Si-lan (Kemboja).

Pengaruh kuasa perdagangan Srivijaya di Lautan India telah membawa kepada penghijrahan penduduk kepulauan Melayu ke Madagascar.[52] Selain itu, pengaruhnya juga menjalar ke bahagian timur ke Borneo sehingga ke kepulauan Filipina, terutamanya kepulauan Sulu dan Visayas. Pada kurun ke-10, Kerajaan Tondo yang berada di bawah pengaruh Srivijaya telah ditubuhkan di Manila.

Zaman kejatuhan

Lakaran Mural yang menggambarkan serangan tentera laut Chola ke atas Kota Kadaram (Kedah Tua).

Akibat dari kekacauan yang berlaku di pesisir pantai China ketika zaman kejatuhan Dinasti Tang, bukan hanya aktiviti perdagangan orang Arab dan Parsi dengan China terjejas teruk, malah Srivijaya juga menerima kesan besar darinya. Walaupun ia masih menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka dan pesisir utara Semenanjung Tanah Melayu, perdagangan dan kekayaannya mula merosot pada penghujung kurun ke-9 dan awal kurun ke-10. Menjelang tahun 925 masihi, tiada lagi komuniti pedagang asing di China, kekacauan dan pelanunan semakin menjadi-jadi selama beberapa dekad berikutnya di sepanjang pesisir selatan China. Pada penghujung kurun ke-10, perdagangan dengan Asia Selatan dan Asia Tenggara mula pulih dengan peranan Dinasti Song Selatan di China, bagaimanapun ia menimbulan persaingan yang serius di antara Srivijaya dengan Kerajaan Medang di Jawa Timur dan Wangsa Chola di India selatan. Ketiga-tiga kerajaan bersaing merebut laluan perdagangan dengan China yang baru pulih.

Di antara tahun 1003 dan 1018, Srivijaya menghantar 7 utusan ke China, mengiklankan produk-produk Asia Selatan beserta dengan barangan wangi, rempah dan lada. Kerajaan Medang juga cuba menjalin hubungan perdagangan langsung dengan China manakala Chola pula menghantar satu utusan ke sana pada tahun 1015. Akibat dari persaingan tiga segi ini, Srivijaya menyerang dan menghancurkan kerajaan Medang pada tahun 1006, namun ia diserang pula oleh angkatan laut Chola di bawah Rajendra Chola I pada tahun 1025. Angkatan laut Chola menyeberang Teluk Bengal, menjarah ibu kota Srivijaya di Kadaram, dan menawan Maharajanya, Sri Sangrama Vijayatunggavarman. Selain Kadaram, Pannai di Sumatera dan Malaiyur di Semenanjung Tanah Melayu juga diserang.[56]. Inskripsi Tanjore yang bertarikh 1030 masihi ada menceritakan tentang kempen ketenteraan Chola ini:

"..pada tahun ke-22 pemerintahan Kopparakesarivanmar sri Rajendra Sola Deva, yang,-..menakluk dengan tenteranya yang hebat, Idaiturai-nadu, Varanasi..dll..dan yang menghantar kapal-kapal mengharungi lautan bergelora dan menawan Sangirama-vijaiyattungopanma, Raja Kidaram, bersama dengan gajah-gajahnya..,membawa pulang timbunan besar harta rampasan perang, Vichchadira-ttorana pada pintu gerbang di kota musuh yang sangat besar, set gerbang wiket dihiasi permata yang indah, set pintu dengan permata yang besar; sri-Vijaiyam yang luas; Pannai yang diairi sebuah sungai; Malaiyur purba yang kubunya terletak di atas bukit yang tinggi; Māyirudingam, dengan kubu parit dari air laut yang mengelilinginya; Ilangāsōbam, dengan semangat juangnya yang kental; Māppappālam, yang memiliki air yang banyak sebagai benteng pertahanan; Mēvilambangam, yang kubu pertahanannya sangat kukuh; Valaippandūru, yang terletak di tengah-tengah hutan belantara; Talaittakolam, yang disanjung para ilmuan; Madamalingam, dengan semangat keperwiraannya yang kental; Nilamuri-desam, yang kekuatan luar biasanya, meningkat dengan amarah; Mānakkavāram yang memiliki taman-taman, di mana bunga-bunga dipenuhi madu; Kidaram, yang sangat hebat kekuatannya, dikawal oleh pahlawan-pahlawan yang memakai gelang di kaki,.."

Penerangan tentang serangan ke atas Srivijaya oleh Wangsa Chola dalam Inskripsi Tanjore.

Dalam masa 100 tahun, beberapa lagi serangan telah dilancarkan oleh Wangsa Chola ke atas Semenanjung dan Sumatera. Meskipun dipaksa berperang secara defensif dalam tempoh yang sangat lama, kekuatan Srivijaya yang terletak di pulau-pulau yang mengawal selat-selat, tidak mampu dimusnahkan sepenuhnya oleh angkatan Chola yang kuat. Serangan-serangan Chola selama 100 tahun ini boleh dianggap sia-sia kerana ia tidak membawa kepada pendudukan efektif Wangsa Chola di Kepulauan Melayu, sebaliknya ia hanya mampu melemahkan kedudukan Srivijaya bahkan melemahkan kuasa Chola sendiri dan membuka peluang kepada penguasaan orang Islam di Lautan Hindi.[55]
Kelemahan Srivijaya telah menyebabkan banyak negeri lindungannya membebaskan diri dari kekuasaannya, beberapa kerajaan serantau lain yang kuat juga mula muncul menyainginya, seperti Kediri dan kemudiannya Singhasari. Kerajaan-kerajaan ini yang berasaskan pertanian, adalah berbeza dengan Srivijaya yang sangat bergantung pada perdagangan pesisir dan jarak jauh. Kekuatan tentera Srivijaya yang semakin lemah juga menyebabkan ia tidak mampu lagi mempertahankan dirinya dari serangan-serang dua kerajaan yang kuat: Sukhotai Siam di utara dan Singhasari di selatan. Sukhotai menawan Ligor, Takuapa dan lain-lain bandar pelabuhan di Segenting Kra. Singhasari pula menawan kebanyakan wilayah di bawah ketuanan Srivijaya di Jawa dan Sumatera. Pada tahun 1288, Singhasari melancarkan Ekspedisi Pamalayu untuk menawan negeri-negeri Melayu di Sumatera. Menjelang tahun 1292, empayar ini telah runtuh sepenuhnya, Marco Polo yang melawat kepulauan Melayu pada tahun tersebut tidak ada menyebut langsung tentang Srivijaya.[55] Begitu juga dengan Kakawin Nagarakretagama yang dikarang pada tahun 1365, tidak lagi menyebut tentang Srivijaya untuk wilayah-wilayah yang dulunya di bawah ketuanan Srivijaya.

Warisan

Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Berakhirnya Kerajaan Srivijaya tidak bermakna tamatnya tradisi pemerintahan istana Melayu. Beberapa percubaan untuk menghidupkan kembali Srivijaya telah dilakukan oleh waris-waris diraja Srivijaya yang menjadi pelarian di negeri-negeri yang masih setia. Pada tahun 1293, Majapahit yang merupakan pengganti Singhasari menguasai sebahagian besar Sumatera. Putera Adityawarman diberi tanggungjawab memerintah Sumatera pada tahun 1347 oleh pemerintah ketiga Majapahit, Tribhuwana Wijayatunggadewi. Satu pemberontakan yang berlaku pada tahun 1377 berjaya dipatahkan oleh Majapahit. Pada tahun 1324, Sang Nila Utama yang mendakwa dari keturunan diraja Srivijaya dari Bentan, bersama para pengikut dan tenteranya yang terdiri dari Orang Laut, telah menubuhkan Kerajaan Singapura Lama di Temasek. Menurut Sejarah Melayu dan ahli sejarah China, Wang Ta Yuan, orang Siam menyerang kerajaan Singapura di antara tahun 1330 hingga 1340, namun berjaya dikalahkan. Serangan Majapahit pada penghujung abad ke-14 bagaimanapun berjaya menundukkan kerajaan ini, dan Rajanya yang terakhir, Parameswara terpaksa melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu.

Parameswara kemudiannya mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1402.

Kesultanan Melayu Melaka akhirnya menggantikan kedudukan Srivijaya sebagai kuasa politik Melayu yang utama di kepulauan Melayu. Walaupun Kesultanan Melaka jatuh pada tahun 1511, Melaka kekal menjadi suatu prototaip institusi: satu paradigma tata urus negara dan satu titik rujukan budaya Melayu untuk negeri-negeri pengganti seperti Kesultanan Johor (1528–kini), Kesultanan Perak (1528–kini) dan Kesultanan Pahang (1470–kini).

Peninggalan terpenting kerajaan Srivijaya berkemungkinan besar adalah Bahasa Melayu itu sendiri. Selama beberapa abad, melalui penaklukan, kuasa ekonomi dan kekuatan ketenteraannnya, Srivijaya memainkan peranan besar dalam menyebarkan Bahasa Melayu Kuno ke seluruh pelusuk Kepulauan Melayu. Ia menjadi bahasa utama perdagangan dan lingua franca, digunakan di banyak pelabuhan dan pusat perniagaan di rantau ini.[62] Bahasa Melayu kemudiannya semakin berkembang maju semasa era pengganti Srivijaya, Kesultanan Melayu Melaka. Era Kesultanan Melaka menyaksikan pengaruh Islam yang kuat dalam Bahasa Melayu, dengan kemasukan banyak perkataan pinjaman dari Bahasa Arab dan Parsi. Perkembangan ini menghasilkan Bahasa Melayu Klasik yang kemudiannya menjadi asas kepada Bahasa Melayu Moden yang digunakan dengan meluas hari ini di Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.

Nasionalis moden di Indonesia melihat Srivijaya serta Majapahit, sebagai sumber kebanggaan masa lalu Indonesia.[64] Srivijaya menjadi fokus kepada kebanggaan nasional dan identiti serantau, terutamanya kepada penduduk Palembang khususnya, dan kepada semua Orang Melayu amnya. Bagi penduduk Palembang, Srivijaya telah menjadi sumber inspirasi kesenian untuk lagu Gending Sriwijaya dan tarian tradisional.

Hal yang sama berlaku di Thailand, di mana tarian "Sevichai" (Thai: Sriwijaya) telah dihidupkan semula berdasarkan keanggunan seni budaya Sriwijaya purba. Warisan Sriwijaya kini diraikan dan sering dikaitkan dengan minoriti Melayu di Selatan Thailand. Di antara contoh rumah-rumah ibadat yang dibina berasaskan kesenian Sriwijaya ialah Phra Borom Mathat di Chaiya (abad ke-9 - ke-10), Wat Kaew Pagoda, dan Wat Long Pagoda. Wat Mahathat yang asal di Nakhon Si Thammarat (salah sebuah bandar Sriwijaya) kini telah dilitupi oleh bangunan dengan gaya Sri Langka yang lebih besar.

Di Indonesia, nama "Srivijaya" diabadikan pada jalan-jalan di banyak bandar dan telah menjadi sinonim dengan Palembang dan Sumatera Selatan. Universiti Sriwijaya yang ditubuhkan pada tahun []1960]] di Palembang, dinamakan bersempena nama Sriwijaya. Kodam Sriwijaya (unit komando), PT Pupuk Sriwijaya (syarikat pengeluar baja), Sriwijaya Post (akhbar harian di Palembang), Sriwijaya Air (syarikat penerbangan), Stadium Gelora Sriwijaya, dan Sriwijaya FC (kelab bola sepak Palembang), semuanya dinamakan demikian untuk menghormati dan memuliakan empayar maritim purba ini.

Senarai Maharaja-Maharaja Sriwijaya

Tahun   Nama Raja Ibu kota Batu bersurat dan catatan dari negara luar serta peristiwa yang berlaku :

671–692               Sri Jayanaga       Sriwijaya            
Catatan perjalanan I-Tsing dari tahun 671 hingga 685, Penaklukan Malayu, Penaklukan Jawa
Batu Bersurat Kedukan Bukit (683),
Batu Bersurat Talang Tuwo (684),
Batu Bersurat Kota Kapur (686),
Batu Bersurat Karang Brahi, Batu Bersurat Palas Pasemah.
692-702  Sri Dhiraja Sriwijaya
702–728 Sri Indrawarman  Sriwijaya (Che-li-to-le-pa-mo , Shih-li-fo-shih)

Utusan ke China 702-716, 724
Utusan ke Khalifah Muawiyah I, Umaiyah dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz

728–775 Rudra Vikraman Sriwijaya (Lieou-t'eng-wei-kong, Shih-li-fo-shih)
Utusan ke China 728-742             
732  Empayar Sriwijaya diserang oleh Sanjaya dan menjadi jajahan Empayar Tanah Sri Indah Sekebun Bunga yang diperintah oleh Sri Putera
775–792 Sri Dharmasetu Sriwijaya      
      
Pindah ke Jawa Dinasti Sailendra mengantikan Dinasti Sanjaya

792-833  Samaratungga   Jawa     

Batu Bersurat Karang Tengah, tahun 824.
Candi Borobudur disiapkan, 825

833-856 Kebangkitan Wangsa Sanjaya, Rakai Pikatan memerangi Balaputradewa dari Wangsa Sailendra

856-(?)  Balaputradewa Sriwijaya
             
Kehilangan kuasa di Jawa dan kembali ke Palembang 

(860) Prasasti Nalanda 

960  Sri Udayadityavarman Sriwijaya (Se-li-hou-ta-hia-li-tan)

Utusan ke China 960 dan 962

988         Sri Chulamanivarman Sriwijaya (Se-li-chu-la-wu-ni-fu-ma-tian-hwa)

Utusan ke China 988-992-1003

990 Jawa menyerang Sriwijaya, membina tokong untuk Kaisar China, 

 (1044) Prasasti Leiden

1008       Sri Mara Vijayatunggavarman Sriwijaya (Se-li-ma-la-pi) 

Kataha  Utusan ke China 1008

1025       Sri Sangrama Vijayatunggavarman Sriwijaya

Kataha  Diserang oleh Rajendra Chola I dan ditawan

Prasasti Tanjore pada candi Rajaraja, Tanjore

Empayar Tanah Sri Indah Sekebun Bunga

Empayar Tanah Sri Indah Sekebun Bunga merupakan serpihan daripada Sriwijaya. Empayar ini wujud pada tahun 692 M.

Kewujudan

Pada tahun 692, Sri Jayanaga telah mangkat di dalam peperangan Muka Selat Madura. Empayar Sriwijaya telah dipecahkan mengikut geografi iaitu bahagian daratan dan kepulauan. Bahagian daratan telah dirajai oleh Sri Dwipantra yang memerintah dari Valai Penjuru dan bahagian kepulauan dirajai oleh adik baginda, Sri Dhiraja yang memerintah dari Kota Matajap.

Empayar Sriwijaya di bahagian daratan telah mengalami perpecahan yang lebih besar dengan berlakunya pemberontakan dari Khemra Hilir dan Khemra Hulu, Dvaravati dan Arimadana. Hanya Segenting Kra dan Semenanjung sahaja yang taat. Pada ketika itu, terdapat pertikaian telah berlaku dengan empayar kepulauan.

Ketika zaman krisis ini, nama Valai Penjuru telah diubah nama kepada Medang Bhumi atau Amdan Negara. Empayar ini mengalami peralihan zaman dan ianya telah melahirkan dua nama yang berbeza iaitu empayar daratan telah mengubah namanya kepada Empayar Tanah Sri Indah Sekebun Bunga manakala empayar kepulauan ini tetap dengan nama Sriwijaya.

Pemerintah

Sri Dwipantra 692-715
Sri Putera 715-799
Sang Ratu Sanjaya 799-829
Empayar ini disebut dalam catatan Arab sebagai Zabag atau Zabaj.

Pengakhiran

Pada tahun 829, Sang Ratu Sanjaya telah mangkat di Medang Bhumi. Baginda telah berwasiat agar empayar baginda dinamakan Empayar Sampugita.

Empayar Sampugita

Empayar Sampugita merupakan kesinambungan bagi Empayar Tanah Sri Indah Sekebun Bunga. Empayar ini diwujudkan pada 829 M.

Sang Ratu Sanjaya telah berwasiat agar empayar ini diberi nama Sampugita iaitu singkatan Sang Bunga Gita dalam Bahasa Melayu-Sanskrit. Ianya bermaksud Nyanyian Sang Bunga.
Maksud bunga dalam ayat ini adalah merujuk kepada bunga teratai yang juga lambang Sriwijaya. Empayar ini telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan China pada 905 M seperti yang dinyatakan dalam Sung Shih. Orang Cina merujuk empayar ini sebagai san-fo-chi dan orang Arab merujuk empayar ini sebagai Zabag atau Zabaj, sama seperti Empayar Tanah Sri Indah Sekebun Bunga.

Sejarah Empayar

Abad ke-9 dan 10

Catatan Arab dalam abad ke-9 dan 10 menunjukkan pusat pemerintahan empayar ini terletak di Medang Bhumi. Seorang saudagar Arab yang bernama Sulaiman telah mencatat dalam bukunya pada 851 M menyatakan bahawa pada suatu masa, Raja Qamar (Khemra) telah menunjukkan reaksi untuk menderhaka kepada Maharaja Zabaj. Apabila berita ini diketahui, baginda telah menyiapkan angkatan laut dengan helah untuk membuat lawatan ke kepulauan, tetapi sebaliknya baginda telah menyerang Khemra dengan 1000 buah kapal berukuran sederhana dan berjaya menawan rajanya, kemudian dibunuh. Nama baginda telah digeruni sehingga ke negara China dan India kerana tindakan ini.

Riwayat ini telah dipetik oleh Abu Zaid Hassan, disiarkan dalam bukunya yang ditulis dalam 916 M. Menurut Abu Zaid, Zabaj terletak sejauh 10 hari pelayaran dari Khemra (Kemboja). Jarak itu adalah sesuai dengan pelayaran dari Medang Bhumi ke ibu kota Khemra yang terletak tidak jauh dari Phom Penh.

Abad ke-10 dan abad ke-11

Pada penghujung abad ke-10 hingga awal abad ke-11, Empayar Sampugita ini telah berpecah belah antara daratan dan kepulauan. Perpecahan ini berlaku ekoran perubahan polisi pentadbiran yang menyeluruh berupa pemberian kemerdekaan secara sukarela oleh seorang Sri Maharaja kepada saudara-saudara dan kaum kerabatnya yang hampir diangkat menjadi raja-raja merdeka.

Akhir abad ke-10, Sri Maharaja tersebut telah memberi kemerdekaan kepada Campa dan Pulau Varuna (Kalimantan) Timur dan Utara serta seluruh kepulauan Danu (Filipina) yang diletakan di bawah Raja Varuna (Brunei). Terdapat juga pemberian kemerdekaan kepada Raja Pulau Jawa, dengan menggabungkan Kepulauan Nusa Tenggara, Kepulauan Maluku, Pulau Irian, Pulau Sulawesi dan Pulau Varuna (Kalimantan) Barat dan Selatan.

Sri Maharaja ini juga telah memberi kemerdekaan kepada Maharaja Sriwijaya dalam 1018 M dengan kawasan pentadbiran merangkumi seluruh Kepulauan Sumatera dan Kataha yang juga merupakan pusat perdagangan yang penting waktu itu.

Sri Maharaja ini hanya mengekalkan Empayar Sampugita meliputi Semenanjung kecuali Kataha, Segenting Kra, Dvaravati (Thailand Tengah dan Utara) dan Pagan (Burma) Selatan.
Dalam abad ke 11, selepas serangan Rajendra Chola, Raja Pandya di India Selatan ke atas Sumatera, Semenanjung dan Segenting Kra yang berakhir dalam 1030 M, wilayah Sriwijaya yang berpusat di Palembang bangkit dan menyatukan seluruh kepulauan. Serangan balas atas negara Pandya dibuat bersama-sama Empayar Sampugita.

Dalam abad ke-11 juga, nama Medang Bhumi mula lenyap. Menurut riwayat tradisi dalam zaman ini orang melihat suatu pancaran sinar yang kuat pada waktu malam yang memancar dari Bukit Panau yang berbentuk saji terus menjulang ke langit. Maharaja Sampugita pada zaman itu mengubah nama negara pusatnya menjadi Medang Kilatan Saji. Nama ini kemudiannya menjadi Kilatan sahaja. Nama ini tertera dalam duit emas bertarikh 1181 M ditulis dengan huruf Arab "كلتن" (K.L.T.N).

Abad ke-12 dan 13

Ibu Empayar Sampugita telah berubah bermula pada abad ke-12 dari Yawakotti (lihat Ibu empayar).
Pada 1201 M, Sultan Muhammad Shah II telah menawan Kadaram dan menyerang Pulau Sandra Baba Kiyai (Sri Langka). Baginda juga mengambil alih Pulau Maldives.

Maharaja Srimat Trailokyaraja Mauli Bhusana Warma Dewa yang memerintah dari Chaiya (1183-1233) telah berusaha menyatukan kawasan daratan dan kepulauan. Empayar baginda dinamakan Kerajaan Dharmasraya.

Pengakhiran

Empayar ini kemudian diperintah oleh Raja Surendra (1233-1253). Raja Surendra telah menamakan empayarnya sebagai Empayar Jawaka.

Ibu Empayar

Tahun 829-1183
Yawakotti 829-1030
Gangga Negara 1030-1183
Tahun 1183-1233
Jambi 1183
Kawasan Kalah, Segenting Kra 1183-1233
Tahun 1233-1250
Kawasan Kalah, Segenting Kra 1233-1250
Dinasti Kerajaan Dharmasraya
Pulau Sumatera dari 1233
Palembang

Kota Palembang

Kota Palembang adalah salah satu bandar besar di Indonesia yang juga merupakan ibu kota wilayah Sumatera Selatan. Bandar ini dahulu pernah menjadi pusat Kerajaan Sriwijaya, sebelum kemudian berpindah ke Jambi. Bukit Siguntang, di bahagian barat Kota Palembang, hingga sekarang masih dikeramatkan banyak orang dan dianggap sebagai bekas pusat kesucian di masa lalu.

Palembang merupakan bandar tertua di Indonesia, hal ini didasarkan dari Batu Bersurat Kedukan Bukit yang diketemukan di Bukit Siguntang sebelah barat Kota Palembang, yang menyatakan pembentukan sebuah wanua yang ditafsirkan sebagai kota yang merupakan ibukota Kerajaan Sriwijaya pada tarikh 16 Jun 682 Masihi. Maka tarikh tersebut dijadikan patokan hari lahir Kota Palembang.

Bandar ini diserang beberapa kali oleh kekuatan asing, di mana kerosakan terparah terjadi saat penyerangan pasukan Jawa tahun 990 dan pencerobohan kerajaan Chola tahun 1025. Namun sekarang bandar ini tengah berbenah dan semakin mempercantik diri untuk menjadi sebuah bandar antarabangsa.

Kota Palembang sendiri sampai saat ini menjadi pusat pelancongan air terindah yang berjuluk "Venice of the East". Setelah Palembang menjadi bagian kerajaan Majapahit sejak tahun 1293, kota ini amat dipengaruhi oleh budaya Jawa. Pengaruh Jawa ini kelak sehingga hari ini dalam kebudayaannya. Kota Palembang kini mempunyai masyarakat Cina yang besar. Makanan istimewa daerah Palembang adalah pempek Palembang, Kemplang, Model, Tekwan.

Nama Palembang dari masa ke masa

1225 bertulis Palinfong
1345 - 1350 karya "Wong Ta Yuan" berjudul "Toa Cih Lio", Palembang disebutnya "Polinfong"
1416 "Ying Yai Shueng" menulis "Polinfang"
Pada zaman Belanda dijuluki "Bandar Pulau" (De Stad Der Teintig Eilanden) sebutan lain adalah "Venice Timur", sebutan nama ini kerana keberadaan sungai Musi yange memisahkan daerah Seberang Ulu dan Seberang Ilir, serta kerana penduduk tempatan dahulu senantiasa bepergian dengan perahu seperti di Venice.

Terdapat sebatang sungai yang dikenali sebagai sungai Musi mengalir di bandar Palembang.

Sejarah

Fasa Kerajaan Sriwijaya

Prasasti Kedukan Bukit bernombor 682 Masihi merupakan prasasti tertua yang dijumpai di Palembang. Prasasti ini menceritakan adanya pasukan besar yang datang dari Minanga Tamwan dengan perasaan suka cita. Sejarawan merujuk nombor pada prasasti ini sebagai hari lahir Sriwijaya, walaupun kemungkinan Palembang telah menjadi ibu kota kerajaan sebelum tahun tersebut.

Pada tempoh 850 - 1025 Masihi, Palembang merupakan bandar terkaya di Asia Tenggara, hal ini seiring dengan kemakmuran perdagangan Kerajaan Sriwijaya. Selain menjadi pusat perdagangan Timur Jauh, pada masa ini Palembang juga menjadi pusat pengajaran agama Buddha. Para pelajar dari China lebih banyak singgah di bandar ini untuk mempelajari agama Buddha sebelum melanjutkannya di India.

Pada tahun 990, Dharmawangsa dari Kerajaan Medang menyerang Palembang. Pada penyerangan ini istana kerajaan diserbu dan Palembang luluh lantak. Namun Culamanivarmadeva, raja yang berkuasa ketika itu, dapat menguasai keadaan dan memukul balik pasukan Jawa untuk kembali ke Medang. Palembang yang makmur itu kembali mendapat serangan dari pihak asing. Rajendra Chola dari Kerajaan Chola menjarah Palembang pada tahun 1025. Setelah menghancurkan Palembang dan menawan rajanya, tentera Chola menjarah harta kerajaan yang melimpah ruah sebagai harta rampasan perang.
Dengan penyerangan ini situasi kerajaan tidak terkawal yang mengakibatkan pindahnya ibukota Sriwijaya ke Jambi. Sejak perpindahan ini Palembang hanya menjadi bandar pelabuhan sederhana yang tidak bererti lagi bagi para peniaga asing.

Fasa Runtuhnya Kerajaan Sriwijaya

Setelah keruntuhan Sriwijaya, tidak ada kuasa besar yang mengawal bandar. Pada masa itu di Palembang dan sekitarnya bermunculan kuasa-kuasa tempatan seperti kumpulan Panglima Bagus Kuning di hilir Sungai Musi, kumpulan Si Gentar Alam di daerah perbukitan, kumpulan Tuan Bosai dan Junjungan Kuat di daerah hulu Sungai Komering, kumpulan Panglima Gumay di sepanjang Bukit Barisan, dan sebagainya. ((fact)) Selain itu beberapa peniaga China menjadikan bandar ini sebagai pangkalan perniagaan mereka. Orang Laut juga menjadikan Palembang sebagai markas mereka sebagai bajak laut.

Pada fasa inilah muncul putera Sriwijaya yang terakhir, Parameswara. Setelah penyerangan Majapahit ke Palembang, Parameswara bersama Sang Nila Utama pergi melarikan diri ke Tumasik. Di sana ia membunuh gabenor Tumasik yang berkebangsaan Thai. Sewaktu pasukan Thai akan menyerang Tumasik, Parameswara bersama pengikutnya pindah ke Melaka di Semenanjung Malaya, dan mendirikan Kerajaan Melaka. Parameswara memeluk Islam untuk berkahwin dengan puteri Samudera Pasai dan mengganti namanya menjadi Sultan Iskandar Shah. Melaka berkembang pesat pada abad ke-15 sehingga Parameswara menjadi sebagai penguasa tunggal perairan Selat Melaka dan sekitarnya, bahkan Palembang akhirnya berada di bawah pengaruhnya.

Fasa Kesultanan Palembang Darussalam

Hancurnya Majapahit di Jawa secara tidak langsung memberikan andil pada kekuatan lama hasil dari Ekspedisi Pamalayu di Sumatera. Beberapa tokoh penting di balik hancurnya Majapahit seperti Raden Patah, Ario Dillah (Ario Damar), dan Pati Unus merupakan tokoh-tokoh yang erat kaitanya dengan Palembang. Setelah Kesultanan Demak yang merupakan pengganti Majapahit di Jawa berdiri, di Palembang tak lama kemudian berdiri pula Kesultanan Palembang Darussalam dengan "Susuhunan Abddurrahaman Khalifatul Mukmiminin Sayyidul Iman" sebagai raja pertamanya. Kerajaan ini mengahwinkan dua kebudayaan, maritim peninggalan dari Sriwijaya dan agraris dari Majapahit dan menjadi pusat perdagangan yang paling besar di Semenanjung Melayu pada masanya. Salah satu raja yang paling terkenal pada masa ini adalah Sultan Mahmud Badaruddin II yang sempat menang tiga kali pada pertempuran melawan Eropah (Belanda dan Inggeris).

Fasa Kolonialisme

Setelah jatuhnya Kesultanan Palembang Darussalam pasca kekalahan Sultan Mahmud Badaruddin II pada pertempuran besar yang melibatkan Jeneral de Kock, Palembang nyaris menjadi kerajaan bawahan. Beberapa sultan selepas Sultan Mahmud Badaruddin II yang menyatakan menyerah kepada Belanda, berusaha untuk memberontak tetapi kesemuanya gagal dan berakhir dengan pembumihangusan bangunan kesultanan. Setelah itu Palembang dibahagikan menjadi dua Keresidenan besar, dan pemukiman di Palembang dibahagi menjadi daerah Ilir dan Ulu.

Sang Nila Utama

Sang Nila Utama ialah seorang putera dari keturunan diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Singapura lama pada tahun 1324. Baginda ialah anak kepada pasangan Sri Nila Pahlawan (Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana) dan Wan Sendari (anak kepada Demang Lebar Daun pemerintah Palembang).
Salasilah keturunan Parameswara keatas.

Asal usul

Menurut Sejarah, Sri Nila Pahlawan dari keturunan Raja muncul di Bukit Siguntang Mahameru bersama dua saudaranya, Sri Nila Utama dan Sri Krishna Pandita.

Pada masa itu, Palembang diperintah oleh seorang Raja bernama Demang Lebar Daun. Apabila mendengar khabar ada anak raja besar keturunan Iskandar Zulkarnain turun di Bukit Siguntang, baginda pun terus ke sana untuk bersemuka dan mengambil berkat kebesaran anak raja itu. Nila Pahlawan kemudiannya berkahwin dengan anak kepada Demang Lebar Daun dan Tuan Telanai bernama Wan Sendari. Baginda kemudiannya mengambil alih takhta Palembang dari Demang Lebar Daun selepas satu sumpah setia. Baginda memakai gelaran "Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana" (Sang Sapurba).

Sri Nila Pahlawan dikurniakan 5 orang anak iaitu Sang Maniaka, Sang Nila Utama, Puteri Chandra Dewi, Puteri Sri Dewi dan Puteri Mengindra Dewi.

Selepas serangan hebat tentera Majapahit pada kurun ke-13, baginda dan keluarga diraja yang lain berpindah ke Bintan dan baginda mangkat di sana. Baginda digantikan putera keduanya, Sang Nila Utama yang memakai gelaran "Sri Maharaja Sang Utama Parameswara, Batara Sri Tri Buana".

Menubuhkan Singapura lama

Ketika pergi memburu di sebuah pulau, Sang Nila Utama ternampak seekor rusa dan mengejarnya sehingga baginda sampai ke sebuah batu besar. Baginda membuat keputusan memanjat batu tersebut hingga ke puncaknya lalu ternampak sebuah pulau lain dengan pantai yang putih dan cantik.

Baginda diberitahu oleh salah seorang menterinya yang pulau itu ialah Temasek. Baginda membuat keputusan untuk melawat pulau tersebut namun dalam pelayaran ke sana kapal baginda dipukul ribut yang kuat dan dimasuki air.

Untuk mengelakkan kapal itu dari karam, pengiring baginda membuang semua barangan berat ke dalam laut untuk meringankan kapal. Bagaimanpun, kapal itu masih dimasuki air dan karam sedikit demi sedikit. Atas nasihat nakhoda kapal, baginda membuang mahkota kerajaan yang berat ke dalam laut, serta merta ribut berhenti dan mereka selamat sampai ke Temasek.

Baginda mendarat di muara sungai Singapura sekarang dan terus menuju ke hutan untuk memburu haiwan liar. Tiba-tiba baginda ternampak binatang pelik yang berbadan merah, berkepala hitam dan berdada putih. Binatang itu kelihatan sangat cantik dan bergerak dengan pantas hilang ke dalam hutan.

Baginda bertanyakan tentang binatang itu kepada Bendahara lalu diberitahu yang ia seekor singa. Bagaimanapun, kajian terbaru di Singapura menunjukkan singa tidak pernah hidup di situ, apa yang mungkin ternampak oleh Sang Nila Utama ialah seekor harimau malaya.

Merasakan ini adalah petunjuk yang baik, baginda memutuskan untuk membina sebuah kota baru di Temasek dan menamakannya "Singapura". "Singa" bersempena nama binatang yang dijumpai baginda dan "pura", satu perkataan sanskrit bermaksud "kota" atau "bandar". Jadi "Singapura" bermaksud kota singa atau bandar singa.

Sang Nila Utama terus memerintah Singapura selama 48 tahun dan mangkat pada tahun 1372 dan dimakamkan di Bukit Larangan (hari ini Fort Canning Hill).

Warisan

Sang Nila Utama telah berkahwin dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri, yang juga merupakan ibu saudara Sang Nila Utama dari sebelah ibunya (adik-beradik Wan Sendari)[3]. Hasil perkahwinan dikurniakan seorang putera bernama Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386).

Selepas kemangkatan baginda Sang Nila Utama, 3 lagi Raja memerintah Singapura bermula dari anakdanya iaitu Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), cucunya Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir cicitnya Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401).

Pada tahun 1401, cicit baginda iaitu Paduka Sri Maharaja Parameswara diusir dari Singapura selepas Majapahit berjaya menawan Singapura. Baginda kemudiannya melarikan diri ke utara dan menubuhkan kerajaan Melaka pada tahun 1402.

Sang Nila Utama ialah anak kepada Sri Nila Pahlawan (Sang Sapurba) yang diceritakan dalam Sejarah Melayu sebagai nenek moyang legenda Raja-raja Melayu. Dari keturunan baginda, wujud dinasti-dinasti kerajaan di alam Melayu seperti Melaka, Johor dan Perak. Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (2014 - sekarang) ialah keturunan langsung dari Sultan Perak pertama, Sultan Muzaffar Shah I (1528 - 1549), iaitu salah seorang putera Sultan Mahmud Shah (1488–1528), Sultan Melaka terakhir.

Pengasas dan Pengasasan Melaka

Parameswara

Parameswara I (1399-1401[1] ) merupakan seorang Raja Temasek yang berketurunan diraja Empayar Sampugita. [2] [nota 1][3] Baginda memeluk agama Islam apabila berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam dalam tahun 1414.

Salasilah keturunan Parameswara keatas.

Pada tahun 1399, cicit Sang Nila Utama, Dharmaraja menaiki takhta kerajaan Temasek dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara. Bagaimanapun, pada tahun 1401, baginda telah melarikan diri dari Temasek selepas serangan tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. 

Menetap di Hilir Melaka

Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Melaka untuk mendirikan penempatan baharu. Di Muar, Parameswara berhasrat mendirikan penempatan di suatu kawasan bernama Biawak Busuk tetapi diganggu oleh biawak yang terlalu banyak jumlahnya.[7] Selepas itu, baginda memilih Kota Burok untuk dijadikan kawasan pentadbirannya, namun gagal kerana kubu pertahanan yang cuba baginda dirikan runtuh serta-merta. Setelah mendapati Muar tidak sesuai, baginda membatalkan hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara. Baginda kemudian singgah di Sening Ujong (Sungai Ujong) dan melantik seorang menteri untuk mewakilinya di sana.[8] Kemudian baginda tiba di pinggir muara Sungai Bertam (Sungai Melaka), dan disitu telah terdapat perkampungan Orang Laut atau nelayan dari puak kaum Seletar. Di sinilah baginda menetap. 

Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya (Hindu). Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.

Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, angkatan Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke (Sening Ujong atau nama lama bagi Sungai Ujong]]). Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di muara Sungai Bertam (nama lama bagi Sungai Melaka). Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi Raja.[5] Parameswara merasakan kedudukan tempat itu amat baik untuk didirikan kerajaan. Tempat itu berhampiran dengan laut yang menjadi laluan kapal dagang. Bekalan air bersih juga mudah diperoleh. Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau boleh menjadi petunjuk kepada pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka. Pokok Bakau dan Api-api boleh dijadikan benteng semulajadi. Angin Monsun pula tidak mengganggu kegiatan perdagangan kerana muara sungainya terlindung daripada tiupan angin tersebut.

Semasa Parameswara sedang berehat di bawah pohon Melaka, Parameswara telah melihat peristiwa anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk.Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana seekor pelanduk kecil dapat mengalahkan seekor anjing.Oleh itu, Parameswara memilih untuk mendirikan sebuah kerajaan. Parameswara menamakan tempat itu Melaka bersempena dengan nama pokok beliau berteduh.

Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia.[perlu rujukan] Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata :

           Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia           ”
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.

Perkembangan Melaka

Sultan Melaka   Tempoh memerintah

Parameswara
(Raja Iskandar Shah)       1400 – 1414
Megat Iskandar Shah     1414 – 1424
Sultan Muhammad Shah, Melaka             1424 – 1444
Sultan Abu Syahid            1444 – 1446
Sultan Muzaffar Shah     1446 – 1456
Sultan Mansur Shah        1456 – 1477
Sultan Alauddin Riayat Shah        1477 – 1488
Sultan Mahmud Shah     1488 – 1511

Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya, Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".

Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.

Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

Hubungan dengan negara China

Antara faktor yang menyumbang kepada perkembangan Melaka adalah kerana Melaka memiliki hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara China, armada Ming berperanan mengamankan jalur pelayaran Selat Melaka yang sebelumnya sering diganggu oleh kumpulan perompak dan bajak laut[6]. Di bawah perlindungan Ming, Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat Semenanjung Malaya yang tidak dapat disentuh oleh Majapahit dan Ayutthiya. Hubungan diplomatik antara Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409. Parameswara memohon perlindungan daripada China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. Melaka juga menghantar utusan ke China.

Berdasarkan Sulalatus Salatin, kerajaan ini merupakan kelanjutan daripada Kerajaan Melayu di Singapura, kemudian serangan Jawa dan Siam menyebabkan pusat pemerintahan berpindah ke Melaka. Dinasti Ming mencatat Parameswara sebagai pendiri Melaka mengunjungi maharaja Yongle di Nanjing pada tahun 1405 dan meminta pengakuan atas wilayah kedaulatannya.[8] Sebagai balasan upeti yang diberikan, maharaja China menyetujui untuk memberikan perlindungan kepada Melaka,[9] kemudian tercatat ada sampai 29 kali utusan Melaka mengunjungi maharaja Cina.

Kegemilangan Kesultanan Melaka

"Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar Melaka ketika itu". 

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

Pentadbiran yang sistematik

Bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka, Sultan Melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir Kerajaan Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini, sultan mengetuai teraju pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua.

Kejayaan Melaka

Melaka pada kemuncak zaman kegemilangannya.

Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam dan Srivijaya. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.

Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.

Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

Kejatuhan Melaka

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu, baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal daripada Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri di samping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari Goa, India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Permintaan-permintaannya ialah pembebasan semua tawanan-tawanan Portugis, meminta agar Sultan Melaka membayar ganti rugi dan izin untuk mendirikan kubu pertahanan di Melaka, A Famosa. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Kekalahan Melaka adalah disebabkan maklumat kekuatan pertahanan Melaka telah dibocorkan oleh Si Kitol. Sultan Ahmad Shah, ayahandanya Sultan Mahmud Shah dan pengikut mereka telah berundur ke Muar dan kemudian ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor selepas kemangkatan anaknya sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan daripada kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar dengan ketuannya Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.

Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

Senarai Sultan Johor

Wangsa Warisan Kesultanan Melaka

Sultan Mahmud Shah - (1511 - 1528)

Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka

Sultan Melaka Ke-8 dan Sultan Johor Pertama

Pemerintahan   Kesultanan Melaka: 1488-1511

Kerabat Diraja Melaka

Sultan Mahmud Shah (memerintah 1488-1511) (mangkat 1528) merupakan Sultan Melaka ke-8 dan terakhir, adalah putera kepada Sultan Alauddin Riayat Shah. Selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah yang masih muda mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Semasa baru mula-mula menjadi sultan, Sultan Mahmud Shah dikenali kerana sikapnya yang kejam. Mujurlah pentadbiran Melaka pada ketika itu berada di tangan Bendahara Tun Perak yang bijaksana dan berkebolehan. Selepas kematian Tun Perak pada tahun 1498, Tun Mutahir dilantik menjadi Bendahara Melaka yang baru.

Baginda juga terkenal kerana ingin beristerikan Puteri Gunung Ledang. Baginda juga dikelilingi oleh pahlawan-pahlawan yang gagah seperti Hang Tuah, Khoja Hassan dan Laksamana Hang Nadim.

Keluarga

Pasangan

Baginda mempunyai beberapa orang isteri. Antaranya ialah:
Raja Wati, Puteri Sultan Muhammad Shah, dari Pahang.
Tun Teja, anak kepada Bendahara Pahang, perkahwinan pada tahun 1494. - Permaisuri Melaka
Tun Fatimah, anak kepada Bendahara Tun Mutahir dan bekas isteri Tun Ali.[2] (Bendahara Tun Mutahir adalah anak saudara Tun Perak). - Permaisuri Johor
Tun Kudu @ Datuk Putih, Anak Tun Tahir.
Puteri Onang Kening, Puteri Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama Puteri dari Champa (Kelantan).
Tun Sabariah atau Tun Birah, anak Laksamana pada waktu itu.

Anakanda

Tengku Alauddin Riayat Shah II - Sultan Johor pertama, mengembangkan Johor-Riau sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19.
Tengku Mudzaffar Shah - mengasaskan Kesultanan Perak pada tahun 1528.
Sultan Ahmad Shah, Melaka - dihukum bunuh kerana gagal menawan kembali Melaka.

Kejatuhan Melaka

Pemerintahan Sultan Mahmud Shah seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Pada 1510, Sultan Mahmud Shah menyerahkan kuasa sementara pada puteranya, Sultan Ahmad Shah, Melaka. Selepas mengambil balik kuasa, baginda membunuh Tun Mutahir sekeluarga kerana termakan fitnah yang Tun Mutahir cuba merampas kuasa.

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh and seterusnya ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Kampar, Riau, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Riayat Shah II tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Seorang lagi anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Mudzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan baginda mengasaskan Kesultanan Perak pada tahun 1528. Sultan Ahmad Shah, Melaka pula telah dihukum bunuh kerana gagal menawan kembali Melaka

Mangkat

Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kabupaten Kampar, Riau pada tahun 1528.

Sultan Ahmad Shah, Melaka

Sultan Ahmad Shah, Melaka (meninggal pada tahun 1513) merupakan sultan de-facto Kesultanan Melayu Melaka terakhir.

Baginda merupakan anakanda kepada Sultan Mahmud Shah, Sultan Ahmad Shah memerintah pada tahun 1511 yakni selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis. Pemerintahannya berakhir pada tahun 1513, apabila bapa baginda Sultan Mahmud Shah ketika itu membunuhnya kerana gagal dalam percubaan menawan kembali kota Melaka.[1]
Sultan Ahmad Shah juga menyertai ekspedisi lagenda Puteri Gunung Ledang, Puteri tersebut dikatakan menginginkan semangkuk darah Sultan Ahmad Shah supaya mengahwininya.

Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali) Sultan Johor Ke 2 - (1528 - 1564)

Sultan Alauddin Riayat Shah II merupakan sultan Johor pertama yang memerintah pada 1528 hingga 1564. Nama asalnya adalah Raja Ali dan juga digelar sebagai Raja Alauddin. Baginda merupakan anakanda kepada Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir dari Kesultanan Melayu Melaka.

Latar belakang

Sultan Alauddin Riayat Shah II dilahirkan pada tahun 1513 di Kopak. Baginda adalah anakanda kepada Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah .

Baginda telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (Sultan Pahang ke-5). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi (anak marhum Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jamil Shah - Sultan Pahang ke-4). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua (Kota Kara).

Pada tahun 1535, seramai 400 askar Portugis yang diketuai Estavao Da Gamma telah menyerang Johor. Baginda telah melarikan diri ke hulu iaitu Rebat, Sayong. Seri Nara Diraja (pembesar sultan) kemudiannya meninggal di Sayong disebut "Datuk Nisan Besar".

Susulan peristiwa itu Sultan Muzaffar Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah (Sultan Pahang ke-6) telah datang ke Sayong. Bagaimanapun pada tahun 1536, Estavoa Da Gamma telah menyerang Kota Kara kerana adiknya Paulo Da Gamma dan 30 orang Portugis telah dibunuh oleh orang Melayu. Justeru itu, satu perdamaian telah dimeterai antara kedua-dua belah pihak. Setelah itu, Sultan Alauddin Riayat Shah II telah berpindah ke Muar.

Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah II berpindah dan membuka Johor Lama. Baginda telah pergi ke Aru bagi membantu Ratu Aru dari ancaman Acheh. Pada tahun 1564, Sultan Alauddin al-Qahhar dari Aceh telah menawan Aru dan manghalau orang-orang Johor. Kemudian Sultan Acheh telah menyerang Johor Lama dari Aru. Sultan Alauddin Riayat Shah II telah ditawan dan dibawa ke Acheh dan dibunuh di sana dan dengan itu beliau disebut "Marhum Syahid di Acheh".

Sultan Muzaffar Shah II Sultan Johor Ke 3 - (1564 - 1579)

Latar belakang

Nama asalnya ialah Raja Muzafar atau Radin Bahar dan seterusnya bergelar Sultan Muzaffar Shah II apabila baginda menaiki tahta sebagai Sultan Johor ke-3 pada 1564-1570.
Sultan Muzaffar Shah II bersemayam di Johor Lama sebelum berpindah ke Seluyut pada tahun 1565. Baginda tidak suka Johor tunduk kepada Acheh.

Pada tahun 1568, baginda menghantar tentera membantu Portugis sekaligus mengundang kemarahan Acheh.

Pada tahun 1570, baginda mangkat di Seluyut disebut "Marhum Mangkat di Seluyut".

Sultan Abdul Jalil Shah I Sultan Johor Ke 4 - (1579 - 1580)

Nama asal baginda adalah Raja Abdul Jalil dan bergelar Sultan Abdul Jalil Shah apabila menaiki tahta sebagai Sultan Johor ke 4 pada 1570-1571.

Sultan Abdul Jalil Shah I adalah anak saudara kepada Sultan Muzaffar Shah II, Sultan Johor ke 3. Baginda adalah putera Raja Omar atau Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II dan Raja Fatimah, adik Sultan Abdul Jalil Shah.

Ketika berusia 8 tahun baginda telah ditabalkan sebagai Sultan, melalui wasiat Sultan Muzaffar Shah II. Sultan Abdul Jalil Shah I mangkat dengan tiba-tiba dan dipercayai mungkin diracun oleh Bendahara Tun Isap Misai (pembesar sultan). Beliau dikebumikan di Seluyut.

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar) Sultan Johor Ke 5 - (1581 - 1597)

Latarbelakang

Nama asalnya ialah Raja Umar. Putera kepada Raja Ahmad bin Raja Muhammad, Terengganu. Baginda berasal dari Pahang.

Memerintah Kelantan sebagai Raja Kelantan daripada tahun 1565 sehingga tahun 1570.[1]. Menjadi Tengku Mahkota apabila anakdanya naik takhta sebagai Sultan Abdul Jalil Shah I pada tahun 1570, dan menjadi Sultan Johor apabila anakdanya mangkat pada tahun 1571.
Bergelar Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II apabila menaiki tahta sebagai Sultan Johor ke-5 pada 1571-1597.

Perkahwinan

1570 - Raja Fatimah binti al-Marhum Sultan Alauddin Riayat Shah, bekas permaisuri Sultan Mansur Shah II, Sultan Pahang, dan puteri Sultan Alauddin Riayat Shah II ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah, Sultan Johor, daripada permaisuri puteri kepada Sultan Mahmud ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah, Sultan Pahang.

1570 - Tun Trang puteri Tun Ali, Sri Nara di-Raja Pahang, daripada isteri beliau Tun Fatimah, puteri Bendahara Sri Maharaja dan kemudian permaisuri Sultan Mahmud Shah I. Tun Trang kemudian berkahwin dengan Sultan Muzaffar Shah II ibni al-Marhum Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Johor.

1580 - Puteri Sultan Husain Ali Riayat Shah, Sultan Aceh yang kemudiannya berkahwin dengan Sultan Muzaffar Shah II ibni al-Marhum Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Johor.
Raja Bonda, puteri Sultan Muhammad Hasan ibni al-Marhum Sultan Saiful-Rijal, Sultan Brunei.

Perlantikan

Pada asalnya pembesar ingin melantik Raja Abdullah, anak Sultan Muzaffar Shah II, Sultan Johor ke-2, tetapi dibantah oleh Raja Fatimah dan mahukan suaminya dilantik sebagai Sultan. Tun Sri Lanang dilantik sebagai Bendahara.

Menentang Portugis

Pada tahun 1581 Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Tanah Putih selama dua tahun. Pada tahun 1583, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Johor Lama dan membaik pulih semula kota Johor Lama. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II bersahabat semula dengan Acheh (Acheh bergabung dengan Johor menentang Portugis).

Pada Januari 1586, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II dengan angkatan 100 kapal telah menyerang Melaka dan hampir dapat menawan semula Melaka. Pada tahun 21 Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai Antonio de Noronha ke Johor membedil Kota Johor Lama dan merampas harta.

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berundur ke Batu Sawar pada tahun 1587. Pada tahun 1589, Batu Sawar diserang dan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II melarikan diri. Apabila Portugis balik ke Melaka, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II datang semula ke Batu Sawar memulihkan semula kekuatan. Pada tahun 1596, Raja Fatimah mangkat, dan dikebumikan di Seluyut bersebelahan anaknya Sultan Abdul Jalil Shah I dan abangnya Sultan Muzaffar Shah II.

Mangkat

Pada tahun 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan disebut "Marhum Batu Sawar".

Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur) Sultan Johor ke 6 - (1597 - 1615)

Latar belakang

Nama asalnya ialah Raja Mansur dan bergelar Sultan Alauddin Riayat Shah III apabila menaiki tahta sebagai Sultan Johor ke-6. Baginda adalah anakanda kepada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II, Sultan Johor ke-5 dan baginda bersemayam di Batu Sawar. 

Pemerintahan kerajaan diserah kepada Raja Abdullah, sepupu/saudara (berlainan ibu) dengan gelaran "Yang DiPertuan Hilir" di Kota Seberang bertentangan Batu Sawar sehingga ia menjadi masyhur. Sultan Alauddin Riayat Shah III mengadakan hubungan baik dengan Belanda serta membenarkan Belanda meletakkan pegawainya di Batu Sawar.

Selama 11 tahun Sultan Alauddin Riayat Shah III memerintah di Batu Sawar. Pada tahun 1608 Sultan Alauddin Riayat Shah III berpindah ke Pasir Raja, tetapi Batu Sawar masih berfungsi sebagai pusat pemerintahan. Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja dengan Bendahara Tun Seri Lanang.

Konflik dengan Pahang

Pada tahun 1612, konflik tercetus diantara Sultan Alauddin Riayat Shah III dengan Sultan Abdul Ghafur, Sultan Pahang. Akibatnya, Johor telah mengistyharkan perang terhadap Pahang. Dengan bantuan Sultan Brunei ketika itu, Sultan Abdul Jalilul Akbar menyebabkan Sultan Abdul Ghafur telah berjaya mematahkan serangan Johor. Konflik ini telah melemahkan kerajaan Johor.

Konflik dengan Acheh

Pada tahun 1610, Sultan Alauddin Riayat Shah III berbaik dengan Portugis menyebabkan Acheh berasa marah. Pada Jun 1613, Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, telah menyerang Johor hingga berlarutan selama dua bulan, dan akhirnya Johor ditewaskan.

Sultan Alauddin Riayat Shah III, Raja Abdullah, Tun Seri Lanang, pembesar dan puluhan orang Belanda ditawan serta dibawa ke Acheh. Kemudian kedua-dua belah pihak membuat perdamaian dan Sultan Alauddin Riayat Shah III bersama tahanan dibenarkan pulang ke Johor. Antara syarat pembebasan Baginda adalah bersatu dengan Acheh untuk memerangi Portugis di Melaka dan mengusir Belanda daripada Johor.

Sebaliknya Sultan Alauddin Riayat Shah III tetap meneruskan hubungan dengan Portugis dan Belanda. Baginda telah menandatangani perjanjian damai dengan Portugis pada tahun 1615. Tindakan ini menimbulkan kemarahan kepada Acheh lalu Sultan Alauddin Riayat Shah III ditangkap, dan dibawa ke Acheh semula dan dihukum bunuh.

Mangkat

Sultan Alauddin Riayat Shah III mangkat di Acheh pada tahun 1617.

Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Bongsu) Sultan Johor Ke 7 - (1615 - 1623)

Latar belakang

Nama asalnya ialah Raja Bongsu dan seterusnya bergelar Sultan Abdullah Ma'ayat Shah, Sultan Johor ke-7 dari 1615-1623[1] dan bersemayam di Batu Sawar[2],Kota Tinggi, Johor. Beliau adalah putera kepada Sultan Muzaffar Shah dan diangkat oleh Sultan Iskandar Muda,Acheh sebagai Sultan Johor ke7 bagi menggantikan Sultan Alauddin Riayat Shah III, Sultan Johor ke-6 yang dihukum bunuh oleh Sultan Iskandar Muda apabila Acheh menewaskan Johor pada tahun 1615. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah dikahwinkan dengan adinda Baginda.

Pada tahun 1618, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah berpindah ke Lingga (Daik) dengan meminta bantuan Belanda dan Orang Laut untuk melawan Acheh. Kemudian Sultan Abdullah Ma'ayat Shah menceraikan istrinya yang juga adinda daripada Sultan Acheh Iskandar Muda.

Kejadian ini membuat murka Sultan Iskandar Muda, kerana adik baginda yang dicintainya diceraikan oleh Sultan Abdullah. Baginda memerintahkan pasukannya untuk menghancurkan Batu Sawar, ibukota daripada Kerajaan Johor Lama dan menyerang Pulau Lingga untuk memburu Raja Bujang (anak Sultan Alauddin Riayat Shah III) pada tahun 1623. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah melarikan diri bersama-sama Raja Bujang ke Pulau Tambelan. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah mangkat di Pulau Tambelan[3][4] [5]disebut "Marhum Pulau Tambelan".

Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang) Sultan Johor Ke 8 - (1623 - 1677)

Latar belakang

Nama asalnya ialah Raja Bujang dan seterusnya bergerlar Sultan Abdul Jalil Shah III apabila menaiki tahta sebagai Sultan Johor ke-8 dari 1623-1677. Beliau merupakan anak saudara kepada Sultan Abdullah Ma'ayat Shah, Sultan Johor ke7 dan putera kepada Sultan Alauddin Riayat Shah III, Sultan Johor ke-6. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah III menubuhkan Jemaah Orang Kaya. 

Pemerintah Pahang dan Perlantikan sebagai Sultan Johor-Pahang

Pada tahun 1615, ayahnda Raja Bujang telah menandatangani perjanjian damai dengan Portugis. Sebagai balsan Portugis telah melantik Raja Bujang sebagai permerintah di Pahang menggantikan anak Sultan Abdul Ghafur. Walaubagaimanapun, perlantikan ini tidak diiktiraf oleh Acheh. Ini menyebabkan Acheh menyerang Pahang sehingga Raja Bujang terpaksa melarikan diri ke Pulau Lingga. Semasa itu juga Acheh sedang memerangi Sultan Johor, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah. Sultan Abdullah akhirnya telah juga melarikan diri ke Pulau Lingga. Oleh kerana serangan Acheh yang berterusan, Raja Bujang dan Sultan Abdullah telah melarikan diri pula ke Pulau Tambelan. Apabila Sultan Abdulah mangkat pada tahun 1623, Acheh telah menerima Raja Bujang dan melantik Baginda sebagai Sultan Johor-Pahang. [1]. Baginda telah bersemayam di Pulau Tambelan.

Menakluki Melaka

Pada tahun 1629, ancaman Acheh berkurangan kerana kekalahan teruk kepada Portugis. Pakatan Johor-Belanda berjaya menakluki semula Melaka pada 14 Januari 1640. Belanda berjaya menakluki Melaka pada 1641, manakala Sultan Acheh, Sultan Iskandar Muda mangkat pada 1636 dan Sultan Iskandar Thani mangkat pada 1641 dan Acheh kemudian diperintah oleh Raja Perempuan Ratu Sultanah Tajul Alam.

Pada 1641, Sultan Abdul Jalil Shah III datang ke tanah besar Johor iaitu pusat pemerintahan di Makam Tauhid. Selama dua tahun Sultan Abdul Jalil Shah III di Makam Tauhid sebelum berpindah menyeberangi Sungai Damar ke Pasir Raja yang juga dikenali sebagai Batu Sawar pada Oktober 1642.

Sultan Abdul Jalil Shah III kekal di Pasir Raja hingga 1673 sebelum bermusuhan dengan Jambi dan seterusnya meletusnya perang antara Jambi-Johor. Sultan Abdul Jalil Shah III melarikan diri ke Pahang dan bersemayam di Pahang selama empat tahun dan mangkat di Kuala Pahang disebut 'Marhum Mangkat di Pahang @ Marhum Besar"

Sultan Ibrahim Shah, Sultan Johor Ke 9 - (1677 - 1685)

Latar belakang

Nama asalnya ialah Raja Ibrahim atau Putera Raja Bajau dan seterusnya bergelar Sultan Ibrahim Shah apabila menaiki tahta sebagai Sultan Johor ke-9 pada 1677-1685. Beliau merupakan anak Raja Banjau ibni Sultan Abdullah Ma'ayat Shah dilantik sebagai Sultan Pahang di Pahang pada 1677.

Pada 1678, Laksamana Tun Abdul Jamil mengajak Sultan Ibrahim Shah berpindah dari Pahang ke Riau. Sultan Ibrahim Shah cuba untuk membina semula Kota Johor Lama tetapi tidak kesampaian. Sultan Ibrahim Shah mangkat di Pulau Riau pada 1685 disebut 'Marhum Bongsu". 

Sultan Mahmud Shah II (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang) Sultan Johor ke 10 - (1685 - 1699)

Sultan Mahmud Shah II (nama asalnya ialah Raja Mahmud) ialah Sultan Johor ke-10 (tahun pemerintahan dari 1685 - Ogos 1699). Baginda ditabalkan ketika berumur 10 tahun. Baginda Sultan Mahmud diputerakan pada tahun 1675. Baginda merupakan keturunan terakhir Raja Fatimah cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II iaitu raja pertama yang membuka Johor Lama pada tahun 1530.

Pemerintahan

Ketika hayat baginda Sultan Mahmud, urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi, dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Disinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama.

Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana".

"Dalam Tahfatu'l Nafis karangan Raja Ali Haji Riau ada slot kisah menggambarkan perangai Sultan Mahmud Raja Johor yang mati dibunuh dalam peristiwa Sultan Mangkat Dijulang. Secara halus Raja Ali Haji menyifatkan keganjilan peribadi sultan ini kerana baginda beristerikan peri (sejenis jin) yang begitu cemburu sehinggakan tiadalah sultan itu dapat bersama dengan mana-mana isterinya dari jenis manusia.

Baginda itu akhirnya dikatakan mewarisi perilaku songsang seperti kaum Nabi Lut. Sultan Mahmud adalah keturunan dari Raja Melaka yang melarikan diri setelah Melaka jatuh di tangan Portugis tahun 1511. Semasa kanak-kanaknya, baginda dipangku di atas takhta oleh ibu tirinya dan kerajaan ditadbir oleh Paduka Raja Tun Abdul Jamil & keluarganya. Apabila baginda beransur dewasa dan mengambil alih tampuk pemerintahan, pusat pemerintahan berpindah dari Riau ke Johor Lama. Di sanalah baginda memerintah dengan kezaliman.

Alexander Hamilton, seorang pelayar Inggeris yang sempat berkunjung ke Johor Lama tahun 1695 menulis tentang keganjilan perilaku sultan tersebut. Baginda bertabiat bengis dan ganjil. Ini disahkan juga oleh utusan Belanda ke Johor tahun 1699 yang melaporkan sultan itu terlalu muda dan sukar dikawal. Sultan ini menghabiskan masa dengan keseronokan yang keji-keji dan membunuh orang sesuka hati. Nafsu serakahnya lebih cenderung kepada lelaki yang cantik-cantik. Alexander dalam bukunya, 'A New Account of The East Indies'- Edinburgh 1727 ada melakarkan kisah seperti berikut:

"Baginda ialah peliwat yang hebat dan mengambil ramai orang kaya atau anak laki-laki orang Bangsawan, dengan paksa membawa kedalam istananya untuk khidmat kesat tersebut. Pedagang Moorish, iaitu pemunggah di kapal saya mempunyai seorang anak lelaki yang kacak, pada suatu hari Raja telah terlihat dan memerlukan ia untuk catamite. Baginda mengancam bapanya, jika dia tidak menghantarnya dengan sukarela, baginda akan mendapatkannya secara paksa. Orang miskin tersebut telah mengambil anaknya diatas kapal, (lalu) memohon perlindungan dari saya yang telah saya janjikan padanya.." ( Winstedt 1932).

Diberitakan ramai lelaki kacak menjadi mangsa kebuasan nafsu Sultan Mahmud ini. Kemuncak kezalimannya ialah membunuh isteri orang besarnya iaitu Megat Seri Rama. Isterinya, Dang Anum yang mengandung sarat itu mengidam buah nangka dalam taman diraja. Apabila baginda tahu kejadian itu, baginda dengan zalim atau kebodohannya telah membelah perut Dang Anum bagi melihat betulkah anak dalam kandungan yang mengidam buah nangka raja.

Kematian

Megat Seri Rama (bergelar Laksamana Bentan) yang balik dari medan peperangan di Linggi atas perintah sultan itu telah dikhabarkan kematian tragis isteri kesayangannya. Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil dengan pembesar istana lainnya bersepakat untuk menghapuskan raja. Menurut adat Melayu, seseorang raja boleh diturunkan dari takhta apabila terbukti ia gila atau murtad. Mereka bersepakat dalam musyawarah yang telah diadakan secara tertutup untuk membunuh raja.

Walau bagaimanapun, ada seorang pembesar bernama Orang kaya Seri Bija Wangsa dari suku orang laut menentang komplot itu kerana tidak mahu menderhaka kepada raja. Bagi menjayakan rancangan dan menutup rahsia misi penting itu, Seri Bija Wangsa dibunuh orang dengan keris penyalang. Pembesar ini merupakan orang keutamaan suku Orang Laut (orang Riau/Lingga) yang pernah menjadi pembantu laksamana dalam perang Johor-Bugis di Linggi. Orang-orang Laut sangat marah dan berdendam atas kematian pembesar mereka itu. Manakala Megat Seri Rama mengambil tugas berat untuk menderhaka dan ketika tepat waktunya sultan dijulang jejuaknya ke masjid untuk sembahyang Jumaat (peliknya baginda masih menunaikan haknya sebagai Muslim), Megat Seri Rama pun membunuh Sultan yang dianggap gila itu dan tragedi itu dikenali sebagai 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang'. Kononnya sebelum mati, baginda sempat menyumpah pembunuhnya dan mengharamkan 7 keturunan Megat Seri Rama dari menjejaki Johor lama itu.

Pada hari Jumaat, Ogos 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Megat Seri Rama. Akhirnya baginda lebih dikenali sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi". Baginda dimakamkan di Kota Tinggi.

Mengikut perbualan orang di negeri selatan itu, masih ada keturunan Megat Seri Rama yang akan pening kepala dan muntah darah bila berkunjung ke daerah pembunuhan sultan tersebut. Sultan Mahmud dimakamkan orang di Kota Tinggi pada tahun 1699 dan dengan kematian baginda maka putuslah zuriat raja-raja Johor dari keturunan dinasti Raja Melaka. Menurut orang tiadalah sultan itu berputera kerana tiada benih dengan perempuan kerana fitrah luar tabienya itu.

Keturunan

Seorang penuntut takhta sultan yang bergelar Raja Kecil mendakwa ia ialah anak Sultan Mahmud Shah II yang masa kecil dilarikan oleh pembesar baginda ke Pagar Ruyung. Anak perempuan pembesar itu telah diperisterikan oleh Sultan Mahmud II dan mendapat Raja Kecil ini. Oleh kerana haru-biru dalam istana gara-gara perilaku ganjil sultan maka pembesar itu menyelamatkan cucunya (Raja Kecil). Kemudian Raja Kechil ini telah menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah dan memerintah Johor antara tahun 1718–1722.

Wangsa Bendahara Johor

Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Abdul Jalil) Sultan Johor ke 11 - (1699 - 1720)

Sultan Abdul Jalil IV adalah Sultan Johor ke-11 pada 1699-1720. Sultan Abdul Jalil IV merupakan Sultan pertama dari keturunan Bendahara. Baginda adalah anakanda Tun Habib Abdul Majid iaitu Bendahara kepada Sultan Mahmud Shah II, Baginda juga ialah sepupu kepada Sultan Mahmud Shah II dari sebelah ibu kerana bonda kepada Sultan Mahmud Shah II, Marhum Bakal ialah adik kandung kepada Tun Habib Abdul Majid, iaitu bapa baginda. Baginda dimakamkan di Kuala Pahang dengan gelaran "Marhum Mangkat di Kuala Pahang".

Latar belakang

Pada asalnya, baginda ialah Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil, dan baginda mengambil gelaran Sultan apabila baginda ditabalkan kerana Sultan Mahmud Shah II tiada meninggalkan waris. Sultan Abdul Jalil IV merupakan Sultan pertama dari keturunan Bendahara.

Pemerintahan

Selepas bergelar Sultan Abdul Jalil IV, baginda menukar pusat pemerintahan ke Panchor pada tahun 1700. Pada tahun 1702, istana di Bukit Tukul terbakar. Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke Riau dan menjadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor.

Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke tanah besar Johor dan bersemayam semula di Panchor. Sultan Abdul Jalil IV mempunyai istana di Makam Tauhid dan Johor Lama. Kota Johor Lama dibaiki dan digelar "Kota Lama".

Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu, ini memberi peluang kepada Raja Kecil atau Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah untuk menyerang Johor.

Rampasan kuasa

Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak dan (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang Dipertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, pun begitu masih membenarkan Sultan Abdul Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah dan diberi jawatan Bendahara. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri terutama pembesar berketurunan dari Orang Laut kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris sedarah Sultan Mahmud Shah II.

Mangkat

Raja Kecil menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV dengan menuduh Sultan Abdul Jalil sedang merancang untuk membina kerajaan di Kuala Pahang dan disebut "Marhum Mangkat di Kuala Pahang". Baginda dimakamkan di Kuala Pahang[1]

Keluarga

Anakanda-anakanda baginda adalah :-

Raja Sulaiman
Bendahara Tun Abbas
Tun Hasan
Tun Mutahir I

Wangsa Warisan Kesultanan Melaka

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) Sultan Johor ke 12 - (1718 - 1722)

Kesultanan Siak Sri Indrapura

Ibu negara          Buantan, Mempura, Senapelan Pekanbaru, Siak Sri Indrapura
Kesultanan Siak Sri Indrapura atau Kesultanan Siak ialah sebuah kerajaan di wilayah Riau, Indonesia yang wujud pada tahun 1723 sehingga tahun 1946. Ia diasaskan oleh Raja Kecil daripada Kerajaan Pagar Ruyung dan Johor (Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah I), selepas beliau gagal merampas takhta Kesultanan Johor.

Sultan Siak terakhir, Sultan Syarif Kasim II mengisytiharkan penyertaan kesultanan beliau dalam Republik Indonesia tahun 1946 selepas pengisytiharan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.

Sultan-sultan Siak

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (1723–1746)
Sultan Mahmud Abdul Jalil Shah (1746–1765)
Sultan Abdul Jalil Jalaluddin Syah (1765–1766)
Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah (1766–1780)
Sultan Muhammad Ali Abdul Jalil Muazzam Syah (1780–1782)
Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah (1782-1784)
Sultan Assayyaidis Asyarif Ali Abdul Jalil Syaifuddin Baalawi (1784–1810)
Sultan Assayyaidis Syarif Ibrahim Abdul Jalil Khaliluddin (1810–1815)
Sultan Assayyaidis Syarif Ismail Abdul Jalil Jalaluddin (1815–1854)
Sultan Assayyaidis Syarif Kasyim Abdul Jalil Syaifuddin I (Syarif Kasyim I, 1864–1889)
Sultan Assayyaidis Syarif Hasyim Abdul Jalil Syaifuddin (1889–1908)
Sultan Assayyaidis Syarif Kasyim Abdul Jalil Syaifudin I (Syarif Kasyim II), (1915–1949)

Abdul Jalil Rahmat Shah I (Raja Kecil)

Johor dan Siak

Biografi

Raja Kecil merupakan seorang penuntut takhta Kesultanan Johor mendakwa dia ialah anak Sultan Mahmud Shah II yang sah yang dilahirkan di Kota Tinggi, Johor Lama.

Menurut buku "Leaves of the Same Tree: Trade and Ethnicity in the Straits of Melaka", karangan Leonard Y. Andaya. Beliau merujuk kepada Hikayat Siak bahawa Raja Kecil atau Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah merupakan anakanda Sultan Mahmud Shah II.[1] Ketika usia kecil, baginda Raja Kecil telah dilarikan oleh pembesar baginda ke Pagar Ruyung. Anak perempuan pembesar itu telah diperisterikan oleh Sultan Mahmud Shah II dan mendapat Raja Kecil ini. Oleh kerana haru-biru dalam istana gara-gara perilaku ganjil sultan maka pembesar itu menyelamatkan cucunya (Raja Kecil). Di Pagar Ruyung, Raja Kecil telah disusukan oleh Puteri Jamilan, iaitu ibu kepada pemerintah Pagar Ruyung ketika itu.[2] Secara tidak langsung Raja kecil merupakan saudara sesusu dengan pemerintah Pagar Ruyung (namanya dipercayai Yang Dipertuan Pagar Ruyung Raja Alam Indermashah, kemudian mendirikan Kesultanan Siak Sri Inderapura). Puteri Jamilan sewaktu mengambil Raja Kecil sebagai anak angkat pernah seraya berkata: "terlalu kasihan aku akan dia, kerana tiada bapaknya".

Pada usia 13 tahun, Raja Kecil telah meminta keizinan Puteri Jamilan untuk keluar mencari ilmu. Baginda telah berkhidmat dengan pemerintah Palembang dan kembali semula ke Pagar Ruyung.[4] Setibanya pulang, Puteri Jamilan bertanya kepadanya, seraya berkata "Mengapa engkau lama di laut?", Raja Kecil menjawab "menengok cupak gantang orang". Balasan perkataan ini menggambarkan refleksi atau metafora bahawa baginda terlibat dalam aktiviti sukat imbang perdagangan laut, menguatkan bukti bahawa pemerintah Pagar Ruyung mempunyai hubung akrab perdagangan dengan kerajaan serantau khususnya Minangkabau dan Palembang. 

Puteri Jamilan menasihatkan supaya Raja Kecil pergi mengembara lagi, kali ini mencadangkan baginda pergi ke Siak untuk merampas Johor dan membalas dendam bagi pihak ayandanya Sultan Mahmud Shah II.[6] Baginda Raja Kecil kemudiannya ditabalkan sebagai pemerintah Pagar Ruyung dan mendapat kemulian alat kebesaran Minangkabau. Kemudian Raja Kecil ini telah menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah dan memerintah Johor antara tahun 1718–1722.

Bukti catatan dokumen

Terdapat satu catatan Belanda pada tahun 1674, yakni telah datang seorang utusan dari Johor untuk mencari bantuan bagi Raja Minangkabau berperang melawan Raja Jambi. Kemudian berdasarkan surat dari Raja Jambi, Sultan Ingalaga kepada VOC pada tahun 1694, menyebutkan bahawa Sultan Abdul Jalil dari Pagar Ruyung, hadir menjadi saksi perdamaian dari perselisihan mereka.

Selain itu, pada masa pemerintahan Sultan Indermashah, pada tahun 1677 para perantau Minangkabau yang bermukim di Rembau, Sungai Ujong dan Naning, meminta kepada Yang Dipertuan Pagar Ruyung untuk dikirim raja bagi mereka dan waktu itu dikirim salah seorang kerabat Raja yang bernama Raja Ibrahim.

Pada tahun 1716, Sultan Indermasyah mengutus saudaranya yang bernama Abdul Jalil Rahmat Shah I dari Siak untuk mewakili dirinya dalam menyelesaikan kesepakatan dagang dengan pihak VOC, pada awalnya pihak Belanda menolaknya, namun kemudian kembali datang surat dari Yang Dipertuan Pagar Ruyung, yang menegaskan status dari pada Sultan Abdul Jalil tersebut.

Keberadaan Sultan Indermashah ini masih dapat diketahui berdasarkan kaitannya dengan pihak Belanda merujuk surat yang diterima regent VOC pada tahun 1724, 1727, dan terakhir 1730.

Dalam Syair Perang Siak, Raja Kecil putera Pagar Ruyung, didaulat menjadi penguasa Siak atas mufakat masyarakat di Bengkalis, sekaligus melepaskan Siak dari pengaruh Johor. Berdasarkan Hikayat Siak, Raja Kecil merupakan putera dari Sultan Mahmud Shah II, (Al-Marhum mangkat dijulang). Dari suratnya kepada VOC, Raja Kecil dari Pagar Ruyung memberitahu, bahawa ia akan menuntut balas atas peristiwa terbunuhnya Sultan Mahmud Shah II.

Pemerintahan

Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu, ini memberi peluang kepada Raja Kecil menyerang Johor. Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang Dipertuan Johor dan bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Walaupun begitu, beliau masih membenarkan Sultan Abdul Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah dan diberi jawatan Bendahara. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris Sultan Mahmud Shah II.

Pada tahun 1719, cubaan merampas semula kuasa oleh Sultan Abdul Jalil IV dan anaknya Raja Sulaiman dan Tun Abas, yang berkubu di Seluyut gagal. Sultan Abdul Jalil IV lari ke Kuala Pahang.

Raja Kecil telah berpindah ke Riau dan mentadbir Johor dari Riau. Sultan Abdul Jalil IV berpindah dari Kuala Pahang ke Kuala Terengganu dan pada tahun 1720 balik semula ke Kuala Pahang. Raja Kecil telah menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV. Raja Sulaiman dan Tun Abas dibawa ke Riau tetapi Raja Sulaiman dan Tun Abas tidak mahu tunduk kepada Raja Kecil dan berpakat dengan Bugis Lima Bersaudara dan berjaya mengalahkan Raja Kecil dan menghalaunya balik ke Siak pada 1723.

Perluasan kuasa dan kematian

Pada tahun 1724-1726 Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah melakukan perluasan wilayah, dimulai dengan memasukan Rokan ke dalam wilayah Kesultanan Siak, membangun pertahanan armada laut di Bintan bahkan pada tahun 1740-1745 menaklukan beberapa kawasan di Kedah. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah mangkat pada tahun 1746 dan dimakamkan di Buantan kemudian digelari dengan Marhum Buantan. Kemudian kedudukannya digantikan oleh puteranya, yang bernama Sultan Mahmud Abdul Jalil Shah.

Sultan Mahmud Abdul Jalil Shah

Sultan Siak Sri Inderapura

Pemerintahan   1746 – 1761
Nama penuh      Sultan Mahmud Abdul Jalil Shah dengan gelaran Yang Dipertuan Besar Siak 

Pendahulu : Raja Kecil  dan  Pengganti : Raja Ismail

Yang Dipertuan Besar Mahmud Shah atau Sultan Mahmud Abdul Jalil Shah dari Siak Sri Inderapura, merupakan putera kepada Raja Kecil atau Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, Yang Dipertuan Besar Siak atau Sultan Johor ke-12.

Dalam Syair Perang Siak, sepeninggal Raja Kecil, kedudukannya digantikan oleh Raja Mahmud untuk menjadi penguasa Siak selanjutnya.[1] Peralihan kekuasaan ini diperkirakan sekitar tahun 1746, Raja Mahmud kemudian memerintah sampai tahun 1761.

Wangsa Bendahara Johor (keturunan)

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Sultan Johor ke 13 - (1722 - 1760)

Nama asalnya ialah Raja Sulaiman dan seterusnya bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau ke13 oleh Bugis 5 Saudara. Kesultanan Johor diperintah semula oleh keturunan Bendahara. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah kemudiannya melantik Daeng Merewah (Kelana Jaya Putera) sebagai Yang Dipertuan Muda Johor Pertama.

Di bawah naungan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, kuasa membuat keputusan bukan lagi dari menteri dan jemaah. Hubungan dengan Belanda terjalin melalui Perjanjian 1754. Kemudiannya, Perjanjian 1756 memberi hak monopoli perdagangan timah di Linggi, Kelang dan Kuala Selangor tanpa keizinan raja memerintah. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat di Riau pada Ogos 1760 disebut "Marhum Batangan".

Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah Sultan Johor ke 14  - (1760 - 1761)

Sultan Abdul Jalil V Muazzam Shah dilantik sebagai Sultan Johor ke-14 pada 1760-1761, menggantikan ayahandanya, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (1721-1760) yang mangkat pada 20 Ogos 1760. Sebelum ditabalkan menjadi sultan, baginda dikenali sebagai nama Raja atau Tengku Abdul Jalil V dan bondanya bernama Che Puan Perak. 

Raja Abdul Jalil dilahirkan pada tahun 1738 dan mempunyai ramai adik-beradik berlainan bonda. Raja Abdul Jalil V amat dikenali dengan gelaran Raja di Baroh dan baginda dikatakan menetap di Kuala Selangor. Raja Abdul Jalil V berkahwin dengan Tengku Puteh ibni Daeng Chelak, dari suku Bugis. dan dikurniakan dua orang putera bernama Raja atau Tengku Ahmad dan Raja atau Tengku Mahmud. 

Tengku Ahmad juga dikenali sebagai Tengku Tengah. Raja Abdul Jalil V juga berkait rapat dengan konflik daerah-daerah orang Minangkabau di Rembau, Johol, Sungai Ujong dan Jelebu. Daerah-daerah tersebut didapati tidak lagi mahu bernaung di bawah kekuasaan Kesultanan Johor dan akhirnya dimerdekakan oleh Sultan Johor. Sultan Abdul Jalil V Muazzam Shah mangkat pada bulan Januari 1761 dan dimakamkan di Batangan, Riau berhampiran makam ayahandanya.

Sultan Ahmad Riayat Shah Sultan Johor Ke 15 - (1761 - 1761)

Sultan Ahmad Riayat Shah, Sultan Johor ke-15, dilantik pada 1761 bagi menggantikan ayahandanya. Ketika itu baginda baru berusia sembilan (9) tahun. Kuasa pemerintahannya dipegang oleh Yang Dipertuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah bersemayam di Kampung Bulang, Riau. Pada tahun 1761, pegawai Belanda telah datang dari Melaka menuntut wang ganti rugi perang sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Sultan Sulaiman dahulu.

Yang DiPertuan Muda Daeng Kemboja sanggup membayar gantirugi tersebut dan ini mengukuhkan lagi kuasa Yang DiPertuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah mangkat di Riau dalam usia yang muda dipercayai diracun dan disebut "Marhum Tengah". Baginda digantikan oleh adindanya, iaitu Raja Mahmud yang baru berusia setahun yang memakai gelaran Sultan Mahmud Shah III.

Sultan Mahmud Shah III Sultan Johor Ke 16 - (1761 - 1812)

Sultan Mahmud Shah III merupakan sultan Johor-Riau-Lingga ke-16 pada 1761-1812 Masihi. Menurut sejarah, Raja Mahmud masih berusia setahun ketika dinobatkan sebagai Sultan menggantikan Sultan Ahmad Riayat Shah (Marhum Tengah) yang mangkat pada tahun 1761, dengan gelaran Sultan Mahmud Syah III. Yang Dipertuan Muda Daeng Kemboja membuat perlantikan dengan meriba Raja Mahmud. Semasa perlantikan, Daeng Kemboja berucap yang maksudnya, "Barang diketahui kiranya oleh suku-suku sebelah Melayu dan Bugis, bahawa sesungguhnya Raja Mahmud inilah Raja Johor dan segala daerah takluknya yang dilantik oleh Bugis sebagaimana melantik nendanya Sultan Sulaiman, iapun demikian jualah. Maka barang siapa yang tiada mematuhi aturan ini, maka pada hari dan waktu inilah kita berhabis-habisan."

Daeng Kemboja menghunus pedangnya. Dan tidak ada seorang pun yang hadir berani membantah keinginan Daeng Kemboja. Lalu Raja Mahmud pun dilantik menjadi Yang Dipertuan Besar atau Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang. Oleh kerana baginda masih bayi, maka pemerintahannya dipangku oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja dengan dibantu oleh penolongnya Raja Haji.

Daeng Kemboja menunjukkan kekuatan melantik Raja Mahmud sebagai Sultan kerana wujudnya perebutan kuasa antara pembesar Bugis dengan pembesar Melayu. Pembesar Melayu mahukan salah seorang daripada saudara-saudara Al Marhum Sultan Abdul Jalil (Raja di Baroh), sama ada Tengku Abdul Kadir atau Tengku Buang, dilantik Sultan. Sedangkan pembesar Bugis yang dipimpin Yamtuan Muda Daeng Kemboja mahukan adinda Al Marhum Sultan Ahmad Riayat Shah yang baru mangkat, iaitu Raja Mahmud.

Pemerintahan

Semasa pemerintahan Sultan Mahmud III, keadaan daerah takluk Baginda di Riau-Johor-Lingga-Pahang tidak aman kerana masalah perebutan kuasa antara puak Melayu dan Bugis berterusan. Pergolakan politik yang hebat berlaku yang melibatkan pihak Belanda. Dalam satu pertempuran antara Belanda dengan angkatan lanun dari Tempasok, Sultan Mahmud pura-pura membantu Belanda tetapi meriam yang digunakan untuk menyerang lanun tidak berpeluru. Akhirnya Belanda menyerah kalah di Kota Tanjung Pinang, Kepulauan Riau dan terpaksa meninggalkan Tanjung Pinang tanpa membawa satu barang pun kembali ke Melaka.

Oleh kerana kuatir Belanda datang semula untuk menyerang balas, maka Sultan Mahmud beserta pembesar-pembesar baginda berangkat meninggalkan Kepulauaan Riau (Kota Tanjung Pinang) menuju Pulau Lingga (Daik). Baginda menitahkan agar pusat pemerintahan baru dibangunkan di tempat baru ini. Sejumlah 200 perahu mengiringi baginda ke Pulau Lingga. Sementara itu, Bendahara Abdul Majid yang ketika itu berada di Kepulauan Riau (Kota Tanjung Pinang) bertolak meninggalkan tempat itu bersama 150 buah perahu, pulang ke Pahang. Setelah itu, ramailah orang-orang Melayu meninggalkan Riau menuju Bulang, Selangor, Terengganu, Kalimantan dan pulau-pulau lain di daerah Riau, Sumatera. Yang tinggal hanya orang-orang Cina yang bekerja di ladang gambir dan lada hitam. Kebanyakan ladang yang ditinggalkan oleh tuan punya yang terdiri daripada orang Melayu dan Bugis diambil alih oleh orang-orang Cina. Sejak itu semakin ramailah orang Cina tinggal di pulau itu.

Tidak lama kemudian orang Belanda datang semula ke Kota Tanjung Pinang untuk memperkuatkan semula pertahanan mereka. Kompeni Belanda menempatkan 312 orang tenteranya. Belanda berpendapat jika mereka tidak menguasai Kepulauan Riau (Kota Tanjung Pinang), kedudukan mereka akan terancam, tambahan pula ketika itu Inggeris telah membuka Pulau Pinang pada 1786.

Pada tahun 1795, Inggeris yang mentadbir Melaka bagi pihak Belanda semasa Perang Napoleon telah mengembalikan semula semua wilayah takluk Sultan Mahmud seperti Riau, Johor dan Pahang kepada Baginda.

Sultan Mahmud membuka Lingga dan menjadikannya pusat pemerintahan Riau-Johor-Lingga-Pahang. Namun akhirnya dengan campur tangan penjajah dan musuh-musuh politik dalaman maka akhirnya pusat kesultanan di Lingga mengecil hanya untuk berkuasa di Riau-Lingga sahaja di bawah naungan kuasa Belanda, manakala Johor-Pahang bernaung pula di bawah kuasa Inggeris. Akibat daripada perpecahan itu juga, pentadbiran kerajaan Riau-Johor-Lingga dibahagi kepada tiga negeri dan diperintah oleh pemerintah yang berlainan, iaitu Singapura- oleh Temenggung, Riau – oleh Yamtuan Muda dan Lingga – oleh Sultan.

Keluarga

Semasa menjadi Sultan Riau-Johor-Lingga-Pahang, Sultan Mahmud mempunyai beberapa orang isteri:-
Anak Bendahara Abdul Majid di Pahang. Isteri ini mangkat pada tahun 1803 tanpa beroleh anak.
Cik Makuh, anak pembesar Bugis Daeng Maturang, yang juga dikenali dengan nama Encik Jaafar. Dari perkawinan ini lahir seorang putera bernama Tengku Hussain atau Tengku Long.
Cik Mariam anak pembesar Bugis bernama Bandar Hassan. Mereka beroleh seorang putera bernama Tengku Abdul Rahman (Raja Jumaat atau Si Komeng). Pulau Lingga diserahkan hakmiliknya kepada Tengku Abdul Rahman.
Pada tahun 1803, Sultan Mahmud berkahwin dengan Raja Hamidah atau Engku Puteri anak Al Marhum Raja Haji (Marhum Teluk Ketapang). Mereka mempunyai cahaya mata perempuan tetapi meninggal dunia tidak lama setelah dilahirkan. Kata sesetengah orang, Pulau Penyengat yang berhampiran Pulau Bintan dijadikan emas kahwinnya. Pulau ini diperindah dan digelar Pulau Penyengat Indera Mulia. Baginda menyerahkan pulau itu kepada Raja Hamidah sebagai hakmilik peribadinya.

Mangkat

Sultan Mahmud Shah III tetap bersemayam di Lingga dan mangkat pada 12 Januari 1812, setelah bertakhta selama 50 tahun. Baginda digantikan oleh Tengku Abdul Rahman.

Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah Sultan Johor Ke 17 - (1812 - 1819)

Latar belakang

Dilahirkan pada 1755 dengan gelaran Raja Jumaat atau Si Komeng. Baginda Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah merupakan putera kedua kepada pasangan Sultan Mahmud Shah III dan Cik Mariam anak pembesar Bugis bernama Bandar Hassan.

Sultan Johor

Perebutan kuasa antara pihak Tengku Abdul Rahman dan pihak Tengku Hussain (Tengku Long) anak sulung Sultan Mahmud Shah III telah berlaku apabila Tengku Abdul Rahman dilantik sebagai sultan Johor dahulu berbanding abang tirinya Tengku Hussain Shah.

Perlantikan Tengku Abdul Rahman disokong kuat oleh Belanda kerana akan mendapat kuasa mentadbir pelabuhan seluruh negeri Johor kecuali Riau dan Lingga. Beliau dengan itu dilantik Sultan Johor ke-17 dengan gelaran Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah pad 1812-1819.

British mula hendak campurtangan atas kepentingan Singapura dan cuba mempengaruhi Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dengan melantik Tengku Hussain Shah sebagai Sultan Johor.

Kesultanan Lingga-Riau

Dalam tahun 1818, dengan sokongan kuat dari Yang Dipertuan Muda Riau Raja Jaafar, baginda Tengku Abdul Rahman telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang di Pertuan Besar Lingga bergelar Sultan Abdul Rahman I Muazzam Shah ibni al-marhum Sultan Mahmud III Alam Shah dan diperakui oleh pihak Belanda (NEI).

Baginda merupakan pengasas kepada Kesultanan Lingga-Riau. Ketika era pemerintahan baginda, Riau telah menjadi pusat perkembangan dan penyiaran agama Islam. Pada 1 Syawal 1249H (1823) baginda telah mendirikan Masjid Raya di Pulau Penyengat di Riau yang masih ada sehingga hari ini.

Mangkat

Baginda mangkat di Lingga dan dimakamkan di Bukit Chengah (Chengkeh) di Daik, Kepulauan Lingga pada 9 Ogos 1832.

Kesultanan Lingga-Riau

Kesultanan Lingga-Riau ialah sebuah kerajaan Islam di Kepulauan Lingga, Riau, Indonesia yang merupakan pecahan daripada Kesultanan Johor. Kesultanan ini dibentuk berdasarkan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, dengan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah sebagai sultan pertamanya. Kesultanan ini dihapuskan oleh pemerintah kolonial Belanda pada 3 Februari 1911.

Kesultanan Lingga-Riau memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bahasa Melayu sehingga menjadi bentuk bahasa Indonesia kini. Pada masa kesultanan ini, bahasa Melayu menjadi sebuah bahasa baku yang kaya dengan kesusasteraan serta memiliki kamus ekabahasa sendiri dan sejajar dengan bahasa-bahasa lain yang besar di dunia. Tokoh besar di belakang perkembangan pesat bahasa Melayu ini adalah Raja Ali Haji, seorang pujangga dan ahli sejarah yang berketurunan Melayu-Bugis.

Sejarah

Pra-kolonial

The region witnessed the triumph of Haji Fisabillah of Johor-Riau during the battle against the Dutch East India Company on 6 January 1784 in Tanjung Pinang, Riau. It was the largest military campaign in the Strait of Malacca staged in the 18th century.

Sejarah merekodkan Kepulauan Riau merupakan sebahagian dari empayar Kesultanan Melayu Melaka tepatnya ketika era pentadbiran dan perluasaan Bendahara Tun Perak pada kurun ke-15 masihi, selepas kemunduran Empayar Srivijaya di wilayah Asia Tenggara. Bahagian baki sisa pemerintahan Melaka itu kemudian disambung oleh Kesultanan Johor selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Ketika era kegemilangan Kesultanan Johor, kesulatanan itu berjaya diperluaskan dari utara Semenanjung Tanah Melayu, ke timur Sumatera, Singapura, Kepulauan Bangka dan Jambi.

Berdasarkan tetapan rekod sejarah Hikayat Johor tahun 1849, pada tanggal 27 September 1673, Laksamana Johor, Tun Abdul Jamil telah diperintahkan oleh Sultan Abdul Jalil Shah III untuk memebuka penempatan di Sungai Carang, Ulu Riau, dekat Kepulauan Bintan. Penempatan melayu di tebing Sungai Carang inilah kemudiannya dikenali sebagai Riau Lama. Pada awalnya, kubu dibina untuk melindungi keselamatan Empayar Johor, tetapi kawasan tersebut secara tidak langsung menjadi pusat entrepot yang terkenal dengan pusat dagang dan pelabuhan baru di Selat Melaka.

Ulu Riau kemudian menjadi ibu negeri Johor yang baru ketika era pemerintahan Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Baginda memindahkan ibu kota Johor dari Batu Sawar, Kota Tinggi Johor di Semenanjung Tanah Melayu ke Riau Lama. Kota Batu Sawar telah dihancurkan oleh Kesultanan Jambi pada 4 Oktober 1722. Riau Lama menjadi ibu kota Johor dan empayar jajahannya selama 65 tahun dari tahun 1722 ke 1787.[1]

Kepentingan Lingga bermula sejak kemahkotaan Sultan Mahmud III pada tahun 1761. Baginda menempatkan ibu kota Riau Lama, Ulu Riau, Bintan ke Daik, Lingga pada tahun 1788. Pemindahan ini dibuat bagi mengurangkan gangguan Belanda. Baginda kemudian meminta bantuan saudara jauhnya Raja Ismail, seorang penguasa di Tempasuk untuk merancang kempen melawan Belanda secara sistematik. Kempen ini berjaya dan Sultan menghadiahkan hadiah khusus buat mereka.

Era kolonial

Riau-Lingga pada awalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Melaka, dan kemudian Kesultanan Johor-Riau. Pada 1812 Sultan Mahmud Shah III wafat tanpa pewaris. Dalam sengketa yang timbul Inggeris mendukung putera tertua, Tengku Hussain, sedangkan Belanda mendukung adik tirinya, Tengku Abdul Rahman. Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 membahagi Kesultanan Johor-Riau menjadi dua: Johor berada di bawah pengaruh Inggeris sedangkan Riau-Lingga berada di dalam pengaruh Belanda. Tengku Abdul Rahman ditabalkan menjadi raja Riau-Lingga dengan gelar Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah.

Pada 7 Oktober 1857 pemerintah Hindia-Belanda menurunkan Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dari takhtanya. Pada saat itu Sultan sedang berada di Singapura. Sebagai penggantinya diangkat bapa saudaranya, yang menjadi raja dengan gelar Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah.

Jawatan (Yang Dipertuan Muda) yang biasanya dipegang oleh bangsawan keturunan Bugis disatukan dengan jabatan raja oleh Sultan Abdul Rahman II pada 1899. Karena tidak ingin menandatangani kontrak yang membatasi kekuasaannya Sultan Abdul Rahman II meninggalkan Pulau Penyengat dan hijrah ke Singapura. Pemerintah Hindia Belanda menurunkan Sultan Abdul Rahman II dari takhtanya in absentia 3 Februari 1911, dan resmi memerintah sehingga tahun 1913.

Senarai sultan

Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (1818–1832)
Sultan Muhammad II Muazzam Shah (1832–1835)
Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah (1835–1857)
Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah (1857–1883)
Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah (1883–1911)

Sultan Hussain Shah (Tengku Long) Sultan Johor Ke 18 - (1819 - 1835)

Latar belakang

Sultan Hussain Muazzam Shah ibni almarhum Sultan Mahmud III Shah Alam[1] (1776 – 5 September 1835)[2] adalah Sultan Johor ke-18.[3]. Sultan Hussain Shah dilantik sebagai sultan pada 6 Februari 1819.

Sebelum Sultan Hussain Shah dilantik sebagai Sultan Johor, Stamford Raffles telah tiba di Singapura dan membuat perhubungan dengan Temenggung Abdul Rahman untuk mendapat kebenaran membina loji dan meletakkan satu kompeni askarnya di Singapura dengan menandatangani Perjanjian 30 Januari 1819.

Dalam kajian kes ini, Raffles yang mengetahui mengenai krisis perebutan takhta Kesultanan Johor pada ketika itu telah mengambil peluang untuk melantik Tengku Hussain @ Tengku Long menjadi Sultan Johor bagi mengukukuhkan kedudukan Inggeris di Singapura.

Perebutan takhta

Sultan Johor-Riau, Sultan Mahmud Shah III mangkat pada 1812 setelah memerintah selama lebih 50 tahun, tanpa melantik pewaris takhta. Baginda meninggalkan dua orang putera berlainan bonda, kedua-duanya berketurunan Bugis. Sebagai putera yang sulong, Tengku Hussain, pada adat kebiasannya akan menggantikan Sultan Mahmud Shah III berbanding adinda tirinya, Tengku Abdul Rahman yang lebih muda.[4] Walaubagaimanapun, Tengku Hussain, sedang berada di Pahang semasa ayahndanya mangkat.

Tengku Abdul Rahman dengan sokongan orang Bugis yang diketuai oleh Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar telah dilantik menjadi Sultan Johor sebelum Tengku Hussain sempat kembali. Sebagai balasan sokongan yang diberikan oleh Raja Jaafar, beliau telah dilantik sebagai raja muda dan diberi kuasa pentadbiran penuh.[5] Tengku Hussain tinggal di Pahang dan menunggu angin monsoon tiba, dan tidak mengetahui perlantikan adindanya sebagai Sultan. Dalam pada itu, Raja Jaafar telah menulis surat kepada Tengku Hussain untuk memaklumkan kemangkatan Sultan Mahmud, kerana isi surat tidak menerangkan perlantikan adindanya sebagai Sultan. Surat jawapan telah dihantar dari Pahang ke Lingga memaklumkan perlantikan Tengku Hussain sebagai Sultan oleh Bendahara Tun Ali di Pahang. 

Akhirnya Tengku Hussain belayar balik ke Lingga bila tibanya angin monsoon, dan telah disambut oleh Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah yang telah menawarkan untuk menyerahkan takhta kepada Tengku Hussain. Walaubagaimanapun, baginda Tengku Hussain dengan cepat menarik balik tawaran tersebut kerana diancam oleh Raja Jaafar.

Kesahihan pemerintahan Sultan Abdul Rahman dipersoalkan kerana alat kebesaran diraja berada di dalam tangan Raja Hamidah, parmaisuri terkanan Sultan Mahmud Shah III yang telah menyatakan pilihannya bahawa Tengku Hussain layak untuk menaiki takhta. 

Tambahan pula, Tengku Hussain mendapat sokongan Temenggung dan para pembesar Melayu. Ini menyebabkan soal peralihan kuasa bertambah rumit.

Kesan perlantikan Sultan Hussain

British telah berjaya mengetepikan pengaruh politik Belanda dengan perlantikan Sultan Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura. Ini membolehkan British mengukuhkan pengaruhnya di Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, kesahihan perlantikan Sultan Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura, tidak diiktiraf oleh Raja-raja Melayu dan jawatan Baginda hanya sekadar nama. Sebaliknya kedudukan Temenggung Abdul Rahman menjadi bertambah kukuh akibat perjanjian yang ditandatangi dengan British membolehkan beliau memutuskan pengaruh Raja Jaafar ke atas beliau.

Belanda pula mengambil langkah berani untuk merampas alat kebesaran diraja daripada Raja Hamidah apabila mendengar khabar angin Sultan Hussain meminta bantuan British untuk merampas alat tersebut.[9] Pada November 1822, Sultan Abdul Rahman telah dimahkotakan sebagai Sultan Lingga oleh Belanda dengan penuh alat kebesaran diraja.

Sultan Abdul Rahman, yang lebih mengabdikan diri kepada agama, menghadkan pengaruh politiknya di Lingga, dimana keluarga Baginda tinggal dibawah pentadbiran[11] Raja Jaafar yang memerintah dibawah pengaruh Belanda.[12] Walaubagaimanapun, persoalan kekaburan kesahihan kepimpinan tempatan, seperti status Johor dan Pahang, yang merupakan de jure hakmilik Sultan Abdul Rahman dan penggantinya, tetapi Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 tidak membolehkan beliau berkuasa di Johor dan Pahang.[13] Memandangkan hal ini, Temenggung dan Bendahara mula menjadi lebih berkuasa. Tambahan pula, peningkatan pengaruh British di Semenanjung Tanah Melayu dan perubahan politik semasa perlahan-lahan mengurangkan pertelingkahan tersebut. (Pada tahun 1857, Sultan Lingga, Sultan Mahmud IV, yang merupakan de jure ketua Kesultanan Johor, Pahang dan Lingga, telah menuntut haknya sebagai pemerintah negeri-negeri tersebut dan menyebabkan perang saudara di Pahang.

Manakala bagi sebelah Sultan Hussain pula, baginda tidak meneruskan sebarang tuntutan secara aktif terhadap hak kedaulatannya keatas Johor, walaupun Temenggong Abdul Rahman telah meninggal dunia pada tahun 1825, dan pewaris keduanya, Temenggong Daeng Ibrahim pula masih terlalu mentah dan remaja ketika itu.

Sultan Hussain akhirya dilihat lebih banyak mengahabiskan masanya di kediaman rasminya di Singapura yakni Istana Kampong Gelam sehingga tahun 1834, kemudian baginda berpindah ke Melaka dengan menaiki sebuah kapal yang Bernama Julia milik Sultan Kedah. Baginda sebenarnya telah diusir oleh Sir John Crowford dan tidak mengitiraf baginda sebagai Sultan di Singapura. Baginda lebih disenangi untuk tinggal di Melaka kerana mempunyai saudara mara yang ramai tinggal di Tengkera, Melaka. Menurut sumber laporan, Sultan Hussain ialah seorang yang lemah lembut, sifat dan perwatakannya cukup menunjukkan baginda kekurangan kuasa dan pemerintahan yang tidak setanding dengan gelaran Sultannya.

Kesan Perjanjian Inggeris - Belanda

Sultan Hussain dikenali sebagai Sultan yang menandatangani dua perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris yang membolehkan penubuhan Singapura moden; dimana beliau telah diiktiraf sebagai Sultan Johor dan Sultan Singapura yang pertama pada 31 Januari 1819. Baginda mengarahkan untuk dibinakan sebuah Istana di Singapura yang dinamakan Istana Kampong Gelam pada tahun 1820 dan Sultan Johor pada 2 Ogos 1824 selepas menandatangani surat perjanjian Inggeris - Belanda dimana wilayah Johor di tanah semenanjung dan Singapura berada di bawah pengaruh Inggeris sementara Riau dan Kepulauan Lingga pula di bawah pengaruh Belanda. Kesan dari perjanjian tersebut:

Negeri Pahang kemudiannya telah diperintah oleh keturunan Bendahara.

Negeri Johor Moden pula telah diperintah oleh keturunan Temenggong sehingga ke hari ini.
Di wilayah pengaruh Belanda pula, Keturunan Sultan Abdul Rahman Muadzam Syah kemudiannya menjadi Sultan Lingga.

Keturunan Yang Di-pertuan Muda menguasai Riau.

Natijahnya, kuasa Sultan Hussain ke atas Singapura hilang setelah menandatangani Perjanjian 2 Ogos 1824 dengan pegawai British Sir John Crawford untuk menyerahkan Singapura dan pulau sekitarnya buat selama-lamanya.

Kemangkatan

Sultan Hussain Shah berpindah ke Melaka pada tahun 1834 dan mangkat di Tengkera, Melaka lima belas bulan kemudian pada 5 September 1835, dan dimakamkan secara sederhana di penjuru tanah perkuburan di dalam perkarangan Masjid Tengkera.

Sultan Ali Iskandar Shah Sultan Johor Ke 19 - (1835 - 1877)

Nama  penuh adalah Ali Iskandar Muazzam Shah ibni Hussein Muazzam Shah

Tengku Ali, anakanda Sultan Hussain Shah, diisytiharkan sebagai Sultan Johor ke-19,[1] pada 16 September 1840, dengan gelaran Sultan Ali Iskandar Shah ibni Hussain Muazzam Shah[2] untuk menggantikan ayahandanya, apabila Baginda mangkat pada 1835. 

Walaubagaimanapun, perlantikan baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris (British).

Selama 20 tahun berikutnya, tuntutan Sultan Ali ke atas jawatan Sultan Johor hanya diiktiraf oleh pedagang dan beberapa orang Melayu. Seperti ayahdanya, Sultan Ali lebih merupakan pemerintah boneka dan memainkan peranan kecil di dalam pentadbiran negeri, yang terletak di bawah bidang kuasa Temenggung dan British. Baginda adalah seorang Sultan yang lemah dan dibayangi oleh Temenggungnya, Temenggung Daeng Ibrahim. Satu perisytiharaan oleh British pada bulan September 1840 memberikan baginda sebagai pewaris yang sah Sultan Hussain Shah, tetapi bukan pengiktirafan sebagai "Sultan Johor".

Pada 10 Mac 1855, Sultan Ali memeterai sebuah perjanjian dengan pihak British di Singapura. Dalam perjanjian ini, Sultan Ali bersetuju melepaskan haknya terhadap Johor (kecuali Kesang) kepada Temenggung Daeng Ibrahim,[4] dengan balasan pengiktirafan rasmi sebagai "Sultan Johor" oleh British dan elaun bulanan. Selepas penyerahan Johor, Sultan Ali telah diberikan kuasa pentadbiran ke atas Muar sehinga kemangkatannya pada 1877, dan untuk tujuan pentadbiran, Baginda dikenali sebagai "Sultan Muar".

Keluarga

Baginda dikurniakan 11 orang anak, 6 orang Putera dan 5 orang Puteri
Tengku Alam Shah
Tengku Mahmud Putra
Tengku
Tengku Mansur Putra
Tengku Putih Abdullah
Tengku Sulong
Tengku Sembap
Tengku Cik Fatimah
Tengku Marima
Tengku Sharifah Sarah
Tengku Busu Zainab Putri

Sultan Johor

Tahun-tahun awal

Pada tahun 1840, Johor mula menerima peneroka Cina (kebanyakannya datang dari Swatow dan Chaozhou), Temenggung Ibrahim yang mentadbir negeri mengenakan cukai ke atas peneroka ini, sebagai sumber pendapatan baginda.[6] Walaubagaimanapun, tidak seperti Temenggung Ibrahim, Sultan Ali tidak melibatkan diri di dalam hal ehwal negeri tetapi pada masa yang sama mengadu tidak menerima elaun yang mencukupi daripada British.

Dalam pada itu, kesetiaan orang-orang Melayu di Johor kepada pemerintah mula berpecah belah diantara sokongan kepada Sultan Ali dan Temenggung Ibrahim.

Walaubagaimanapun, perpecahan kesetiaan ini tidak menyebabkan sebarang persengketaan besar. Pada masa yang sama, seorang pedagang Inggeris, W.H. Read, menjaga cap mohor Sultan Ali sebagai balasan untuk melangsaikan hutang baginda. Read adalah penyokong kuat tuntutan Sultan Ali untuk diiktiraf sebagai pemerintah Johor yang sah serta berhak keatas hasil negeri, dengan Temenggung Ibrahim sebagai wakil baginda.

Disebabkan tekanan ekonomi dan politik pedagang tersebut, Gobenor British telah menimbangkan untuk memberi pengiktirafan tersebut, tetapi telah mendapat tentangan hebat daripada Temenggung Ibrahim dan anaknya, Abu Bakar.

Pada awal tahun 1850an, Johor telah berada dibawah kuasa Temenggung; pengikut-pengikut Sultan Ali telah disingkirkan secara paksa oleh pengikut-pengikut Temenggung.

Penyerahan Johor

Beberapa rundingan diantara Sultan Ali dan Temenggung Ibrahim berlangsung dimana British telah menjadi orang tengah, selepas Sultan Ali menimbulkan persoalan mengenai hak Temenggung Ibrahim untuk menerima kesemua hasil negeri.[13] Pada mulanya, Temenggung Ibrahim bercadang untuk membahagi dua hasil negeri dengan syarat Sultan Ali menyerahkan hak untuk menuntut kedaulatannya ke atas Johor. Syarat tersebut tidak diterima Sultan Ali. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mendapatkan campur tangan British, diantaranya, Gabenor British untuk Negeri-negeri Selat, Colonel William Butterworth, dan penggantinya, Edmund Blundell telah dilantik sebagai orang tengah.

Pihak British lebih menyenangi prospek Temenggung Ibrahim mengambil alih pentadbiran Johor daripada Sultan Ali. Tuntutan Sultan Ali berkenaan hak kedaulatannya ke atas Johor telah disangkal oleh British. Temenggung Ibrahim pula telah membangkitkan kenyataan bahawa ayahanda Sultan Ali, Sultan Hussain Shah tidak pernah membuat usaha untuk menuntut hak kedaulatannya ke atas Johor walaupun baginda telah diiktiraf oleh British di dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Pada masa itu, Johor berada dibawah tanggungjawab Temenggung Abdul Rahman seperti juga Pahang yang berada di bawah tanggungjawab Bendahara. Dokumen-dokumen lain pula menunjukkan sekiranya Johor berada dibawah kuasa Sultan, de jure kedaulatan tersebut sepatutnya berada di bawah Sultan Lingga, Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dan bukan Sultan Ali. 

Temenggung Ibrahim dan Sultan Ali menyerahkan cadangan mereka kepada Gabenor British pada bulan April 1854. Temenggung bersetuju keatas permintaan Sultan Ali untuk diiktiraf secara simbolik sebagai Sultan Johor, tetapi berkeras mahu mengekalkan kuasa penuh ke atas Johor. Sebaliknya Sultan Ali telah menyatakan hasratnya untuk memerintah wilayah Kesang yang terletak ditebing sebelah utara Sungai Muar sehingga ke sempadan Melaka dengan alasan sebahagian nenek moyangnya di makamkan di sana. British telah memujuk Temenggung Ibrahim untuk menerima permintaan Sultan Ali. Akhirnya, Temenggung Ibrahim telah bersetuju dengan permintaan tersebut.

Satu perjanjian telah ditandatangani pada 10 Mac 1855, dimana Sultan Ali secara rasmi menyerahkan hak kedaulatannya ke atas Johor kepada Temenggung Ibrahim kecuali wilayah Kesang. Sebagai balasan, Sultan Ali telah diberi jaminan diiktiraf sebagai "Sultan" oleh Temenggung Ibrahim dan British. Baginda juga menerima pampasan berjumlah $5000 dan elaun bulanan sebanyak $500 sebulan daripada Temenggung.

Sultan Muar

Sultan Ali mewakilkan pentadbiran Kesang kepada Temenggung Paduka Tuan Muar dan banyak menghabiskan banyak masa di Melaka. Kesang tidak banyak penduduk pada tahun 1855 dan hanya ada 800 penduduk tanpa sebarang struktur kerajaan. Pada tahun 1860, Sultan Ali dilaporkan meminjam $53,600 daripada seorang ceti, Kavana Chana Shellapah. Sultan Ali menandatangani satu perjanjian dengan Shellapah untuk menggunakan sebahagian daripada elaun bulanan baginda untuk membayar pinjaman tersebut. Walaubagaimanapun, Sultan Ali tidak dapat membayar pinjaman tersebut mengikut jadual. Ini menyebabkan Shellapah marah dan menulis surat kepada kerajaan British pada tahun 1866. Setelah dipaksa membayar pinjamannya mengikut jadual, Sultan Ali telah menyerahkan hak untuk berdagang di Kesang kepada Temenggung Ibrahim sebagai cagaran sekiranya baginda tidak dapat menjelaskan pinjaman mengikut jadual.

Hubungan Sultan dan Temenggung Ibrahim tetap tegang; pada tahun 1860, Sultan Ali membenarkan seorang Bugis, Suliwatang, Ketua Rembau dan Sungai Ujong untuk menetap di Kesang dan bersiap untuk menyerang Johor.[19] Hubungan buruk diantara Sultan Ali and Temenggung Ibrahim berterusan sehingga anak Temenggung Ibrahim, Abu Bakar, yang menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1862. Tidak lama selepas Abu Bakar menjadi Temenggung Johor, baginda menghantar surat kepada Sultan Ali untuk menegaskan kedaulatan Johor ke atas Segamat. Pertikaian yang berterusan berkenaan kedaulatan Segamat membawa kepada perperangan diantara pengikut Temenggung Abu Bakar dan Sultan Ali. Sebelas tahun kemudian iaitu pada tahun 1873, usaha Suliwatang untuk memungat cukai daripada penduduk di muara Sungai Kesang menyebabkan lebih banyak konflik dengan pengikut Temenggung Abu Bakar yang mula menggunakan gelaran Maharaja pada tahun 1868.

Semasa pemerintahan Sultan Ali, tidak banyak aktiviti ekonomi di Kesang. Walaubagaimanapun, baginda mewakilkan tugas memungut cukai kepada Suliwatang dan wakilnya. Pada tahun 1868, Sultan Ali melantik Babu Ramasamy, seorang guru berketurunan Tamil untuk memungut cukai di Kesang. Pada tahun 1872, seorang pelombong berbangsa Eropah telah diberikan hak melombong secara eksklusif di Kesang selama lima tahun oleh Sultan Ali. Tiga tahun kemudian, seorang rakyat Amerika telah diberikan konsesi untuk membeli tanah seluas 45 batu persegi di Kesang oleh Sultan Ali.

Mangkat

Sultan Ali menghabiskan masa tuanya di Umbai, Melaka, dan menyara hidupnya dengan elaun bulanan yang diberikan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris.[22] Baginda mendirikan sebuah istana dan tinggal bersama permaisuri ke-3 iaitu Cik' Sembuk sehingga beliau mangkat pada 20 Jun 1877 dan Makam Sultan Ali terletak di Masjid Umbai, Melaka di Laluan Persekutuan 5.

Sebelum Baginda mangkat, Sultan Ali telah mewasiatkan wilayah Kesang kepada Tengku Mahmood yang berumur 11 tahun, putera Almarhum Sultan dan Cik Sembuk yang berasal dari orang kebanyakan. Keputusan baginda menerima tentangan daipada sebahagian orang Melayu di Singapura yang berpendapat Tengku Alam Shah sepatutnya menjadi pewaris wilayah Kesang memandangkan beliau adalah putera sulong baginda dengan Daeng Siti, anak seorang pembesar Bugis.

Apabila Sultan Ali mangkat, hak penjagaan wilayah Kesang telah diletakkan di bawah kuasa Ungku Jalil, abang kepada Sultan Ali. Ungku Jalil telah menyerahkan hak penjagaan wilayah Kesang kepada Maharaja Abu Bakar, selepas kerajaan British mengadakan pemilihan Temenggung Paduka Tuan Muar dan ketua-ketua masyarakat di Kesang telah memilih Maharaja Abu Bakar untuk memimpin mereka. Gebenor British telah menyerahkan pentadbiran wilayah Kesang kepada Maharaja Abu Bakar. Ini menyebabkan Tengku Alam dan pengikutnya tidak berpuas hati.[26] Tuntutan berterusan Tengku Alam ke atas wilayah Kesang telah menyebabkan Perang Jementah pada 25 Oktober 1879.

Wangsa Temenggung

Dato' Raja Temenggung Sri Maharaja Tun Daeng Ibrahim ibni Dato' Raja Temenggung Sri Maharaja Abdul Rahman (10 Mac 1855 – 31 Januari 1862)

* Tidak memakai gelaran Sultan kerana menghormati Sultan Ali yang masih hidup.

Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim Sulatn Johor ke 20 (1855-1862)

Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim merupakan Temenggung Johor dari 19 Ogos 1841 - 10 Mac 1855 dan menjadi Sultan/Maharaja Johor (De facto) Sulatn Johor ke 20 dari  10 Mac 1855 – 1862

Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim bin temenggung tun abdul rahman (8 Disember 1810 - 31 Januari 1862) ialah Maharaja Johor/de facto Sultan Johor ke-20, sebuah negeri di selatan Semenanjung Malaysia, antara tahun 1855 dan 1862. Beliau tidak memakai gelaran sultan untuk menghormati Sultan Ali.

Latar belakang

Daeng Ibrahim dilahirkan di Pulau Bulang, Kepulauan Riau, anak kepada Temenggung Abdul Rahman dan isteri pertamanya, Inche Yah, dan menerima pendidikan swasta di Singapura. Beliau juga dikenali dengan panggilan Daeng Ronggek, Tengku Chik dan Daeng Kechil.

Pemerintahan

Pada tahun 1833, Daeng Ibrahim menggantikan abangnya sebagai Tengku Temenggong Sri Maharaja, dan berkhidmat di bawah dua Sultan, iaitu Sultan Hussain Shah dan Sultan Ali.
Walaubagaimanapun, secara rasminya beliau telah memegang jawatan ini pada 19 Ogos 1841. Majlis perlantikan beliau yang diadakan di New Harbour, Singapura, telah disaksikan oleh Gabenor Bonham dan Bendahara Tun Ali dari Pahang.

Pada 10 Mac 1855, Sultan Ali memeterai sebuah perjanjian dengan pihak British di Singapura. Dalam perjanjian ini, Sultan Ali bersetuju untuk memindahkan semua kuasanya di Johor kepada Daeng Ibrahim, Temenggungnya, kecuali Kesang yang terletak di sebelah tebing utara Sungai Muar di daerah Muar. Dengan itu, Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor dengan gelaran "Maharaja Johor". Antara lain, perjanjian itu mengiktirafkan Sultan Ali sebagai Sultan Johor, tetapi gelarannya tidak boleh diwariskan kepada keturunannya.

Sebagai Maharaja Johor, Daeng Ibrahim mengasaskan pentadbirannya di Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri yang kemudian digelarkan Johor Bahru oleh anaknya, Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, pada tahun 1866. Beliau mewujudkan suatu sistem pentadbiran kerajaan yang teratur and tersusun. Baginda memperkenalkan "Sistem Kangcu" pada tahun 1833 untuk memajukan perusahaan ladang lada hitam dan gambir di Johor.

Mangkat

Baginda mangkat pada 1 Februari 1862 di Teluk Belanga, Singapura dan dimakamkan di Makam Temenggong, Masjid Teluk Belanga.

Sistem Kangcu

"Kangcu" ialah bahasa Cina untuk "Tuan Sungai". Melalui sistem ini, Daeng Ibrahim membawa orang-orang Cina dari Singapura ke Johor untuk mengerjakan ladang lada hitam di sepanjang Sungai Johor. Orang-orang Cina diberikan "Surat Sungai" yang merupakan surat kebenaran untuk menetap dan mengusahakan pertanian di Johor. Kawasan perladangan dikenali sebagai "kangkar", iaitu perkataan bahasa Cina untuk "kaki sungai". Setiap kangar diketuai oleh seorang kangcu yang memerintah dan memungut cukai untuk kerajaan Johor.

Keluarga

Isteri
Daeng Ibrahim mempunyai tiga isteri, iaitu:-
Inche Ngah
Engku Long Muda
Tengku Andak (anak perempuan ketiga kepada Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah, Sultan and Yang di-Pertuan Besar Lingga-Riau.

Anak Lelaki

Daeng Ibrahim mempunyai tujuh anak lelaki:-
Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, Sultan Johor (anak Inche Ngah)
Ungku Muhammad Daeng Ibrahim
Ungku Abdullah Daeng Ibrahim, Ungku Sri Paduka Pemangku Raja
Ungku Abdul Rahman Daeng Ibrahim (anak Engku Long Muda)
Ungku Abdul Majid Daeng Ibrahim, Ungku Sri Paduka Pemangku Raja
Ungku Muhammad Khalid Daeng Ibrahim
Ungku Daud Daeng Ibrahim
Anak Perempuan

Daeng Ibrahim mempunyai lima anak perempuan:-

Ungku Besar Daeng Ibrahim
Ungku Pah Daeng Ibrahim
Ungku Khadija Daeng Ibrahim
Ungku Zaharah Daeng Ibrahim
Ungku Nong Hawa Daeng Ibrahim

Temenggung Abdul Rahman

Engku Abdul Rahman ibni tun abdul jamil mengantikan bapa saudaranya Engku Muda atau Daeng Kechil sebagai Temenggung Johor pada tahun 1806. Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya meninggalkan Riau dan berpindah ke Singapura pada tahun 1818 setelah Belanda memberi sokongan kepada Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar. Setahun kemudian, pada tahun 1819, Stamford Raffles dan William Farquhar juga datang ke Singapura. Pada tahun tersebut Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris yang dikenali sebagai Perjanjian 30 Januari 1819.

Anak beliau Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim menjadi Sultan Johor de facto ketika zaman Sultan Ali.

Sultan Johor Moden (keturunan Wangsa Temenggung)

Temenggung Johor

Temenggung Johor ialah salah seorang anggota Majlis Orang Kaya yang ditubuhkan sendiri oleh Sultan Abdul Jalil Shah III. Temenggung Johor diberikan tugas untuk mengawal keselamatan Sultan dan menjaga keamanan Negeri serta berkuasa mengawasi segala teluk rantau jajahan Empayar Johor. Temenggung Johor telah diberikan wilayah pegangan oleh Sultan Johor iaitu tanah besar Johor dan Singapura sebagai wakil Sultan Johor-Riau, sama seperti Bendahara yang diberikan Pahang sebagai wilayah pegangan, Yang Dipertuan Muda memerintah Riau dan Raja Temenggung Muar di Muar. Keturunan Temenggung kemudiannya mengasaskan kesultanan baru di tanah besar Johor dengan sultan pertama dari Wangsa Temenggung ialah Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim.

Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (13 Februari 1886 - 4 Jun 1895)

Sultan Johor Era Moden I Johor Darul Takzim

Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil ibni Al-Marhum Tun Temenggung Raja Daeng Ibrahim (3 Februari 1833 - 4 Jun 1895) telah menggantikan bapanya Temenggung Daeng Ibrahim bagi mentadbir Johor dari 1862-1895. Baginda berumur lebih kurang 28 tahun semasa ayahanda mangkat [3]. Baginda memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Baginda ialah sultan johor era moden pertama.

Temenggung Abu Bakar adalah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana. Baginda telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, baginda telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor. Temenggung Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu".

Temenggung Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan kosmopolitan Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat.

Baginda telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, beliau sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, ratu Great Britain pada masa itu. Ratu Victoria telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868 dan seterusnya baginda memakai gelaran Maharaja Johor.

Kemudiannya, baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor, iaitu setelah Sultan Ali mangkat pada tahun 1877. Selepas Sultan Ali mangkat, Tengku Alam (anak Sultan Ali) membantah pemerintahan Muar/Kesang diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan "Perang Jementah" pada 1879 tetapi gagal.

Baginda juga pernah merasmikan Penjara Johor Bahru pada tahun 1883.

Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Maharaja Abu Bakar juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar.

Maka mulai 1 Julai 1886, baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Sultan Abu Bakar Alkhalil Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

Mangkat

Sultan Abu Bakar mangkat pada 4 Jun 1895 di United Kingdom[4] dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (4 Jun 1895 - 8 Mei 1959)

Sultan Johor Era Moden ke-II Johor Darul Takzim

Mejar Jeneral Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil (17 September 1873 - 8 Mei 1959) memerintah Johor dari tahun 1895 hingga 1959. Baginda merupakan Sultan Johor ke-22, dan yang ketiga di bawah Wangsa Temenggung. Wangsa Temenggung telah dimulakan dengan bantuan pihak British di bawah Sir Stamford Raffles.

Baginda diputerakan sebagai Tunku Ibrahim Iskandar di Istana Bidadari, Serangoon, Singapura, Sultan Ibrahim merupakan anakanda tunggal kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim dan Inche Zubaidah binti Abdullah Inche Besar (isteri kedua Sultan Abu Bakar). Baginda belajar di bawah guru peribadi. Pada 23 Mei 1891, Baginda dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar, Johor Bahru. Sultan Ibrahim menaiki takhta pada 4 Jun 1895 semasa kemangkatan ayahandanya, Sultan Abu Bakar. Baginda dimahsyurkan sebagai Sultan Johor pada 7 September dan dimahkotakan pada 2 November.

Pendidikan

Berlatarbelakangkan pendidikan Inggeris sejak kecil, baginda diberi perhatian penuh sebagai bakal pengganti Sultan dan ketika menjadi Putera Mahkota pada usia 17 tahun, beliau pergi ke Eropah buat julung kalinya pada Jun 1890. Baginda melawat Jerman, Switzerland, Perancis dan England.

Pemerintahan

Sultan Ibrahim meneruskan usaha ayahandanya dan mengekalkan kebebasan dan kedaulatan Johor. Oleh sebab baginda tidak mahu dijajah oleh pihak British, baginda melakukan pelbagai perubahan dan pindaan terhadap perlembagaannya pada tahun 1895. Kerumitan pentadbiran kewangan negeri Johor dan kebarangkalian meletusnya perang besar di Eropah (Perang Dunia Pertama) menimbulkan kerisauan dan perasaan gelisah di kalangan pentadbir British. Mereka mendesak Sultan Sir Ibrahim untuk menerima Penasihat Inggeris untuk membantu mentadbir negeri Johor. Sultan Sir Ibrahim pada hakikatnya kehilangan kebebasan mentadbir negeri Johor. Sebagai balasan, Pentadbiran Negeri-Negeri Selat (British) bersetuju kepada penubuhan satu pasukan Askar Timbalan Setia yang berikrar taat setia kepada Sultan Johor. Askar Timbalan Setia boleh dilihat sebagai tentera peribadi Sultan Johor.

Melalui pindaan pada tahun 1914, Sultan Ibrahim telah membenarkan orang asing bukan rakyat Johor, termasuk rakyat British, menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Seterusnya pada tahun itu juga, Sultan Ibrahim menerima seorang Penasihat Am British. Tugasnya adalah menasihati baginda dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan negeri Johor. Walau bagaimanapun, Penasihat Am tidak mempunyai kuasa seperti kuasa Residen dan Penasihat British di negeri-negeri Melayu yang lain, dan nasihatnya tidaklah semestinya dituruti oleh baginda. Pindaan ini telah menambahkan penguasaan British ke atas Johor secara tidak langsung.

Jasa dan sumbangan

Pembinaan hospital serta pejabat kerajaan.

Menaungi badan pakatan Bahasa Melayu (Pakatan Bahasa Persuratan Buku Di-Raja Johor)
Meneruskan pembinaan Masjid Abu Bakar yang diusahakan ayahandanya, Sultan Abu Bakar

Lagu rasmi Johor, 'Lagu Selamat Johor' ciptaan M Galistan (seorang pemuzik dan jurulatih pancaragam) wajib dinyanyikan murid sekolah di negeri itu

Pelayaran dan pengembaraan

Bagi memperluaskan pengetahuannya, baginda sering ke Eropah khususnya ke England dan beberapa negara lain. pada 12 Mac 1934, beliau mengelilingi dunia diiringi Sultanah Helen dan Setiausaha Sulitnya, Kapten Sheikh Abdullah Yahya.

Rombongan bertolak dari Singapura menaiki kapal Jepun, Fujiyama Maru menuju ke Jepun, kemudian singgah di Hong Kong dan Shanghai, China. Ketika di Jepun, Maharaja Jepun menganugerahkan baginda 'First Class Grand London of the Order of Rising Sun' sebagai tanda perkenalan dan persahabatan.

Sultan Ibrahim meneruskan pelayaran menaiki kapal Chinchba Maru dari Yokohama menuju ke Honolulu, seterusnya ke Hollywood di San Francisco. Dari Los Angeles, baginda ke Chicago, kemudian ke Washington (Melawat Rumah Putih) dan ke New York.

Dari Amerika Utara, baginda kemudiannya ke England atas jemputan King George V dan Queen Mary.

Baginda turut melawat India, Australia, Indo-China, Thailand dan Kemboja.

Keluarga

Baginda berkahwin sebanyak enam kali, ia itu dengan:

Sultanah Ungku Maimunah Binti Ungku Abdul Majid (sepupu baginda di mana Ungku Abdul Majid dan Almarhum Sultan Abu Bakar merupakan saudara sebapa) (15 November 1876 - 2 September 1909): Berkahwin di Istana Tyersall, Singapura pada 5 Oktober 1892, Ungku Maimuna ialah anak perempuan Ungku Abdul Majid ibni al-Marhum Tengku Temenggung Sri Maharaja Daeng Ibrahim. Beliau dimahkotai sebagai Sultanah Johor pada 2 November 1895, tetapi mangkat dengan awal pada umur 35.

Sultanah Rogayah (4 September 1880 - 8 Mac 1926): Beliau dimahkotakan sebagai Sultanah Johor pada 30 Ogos 1920.

Che Puan Hasana binti Dato' Ja'afar: Hasana ialah anak perempuan Dato Ja'afar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama, dan adik kepada Dato Onn bin Ja'afar.

Ungku Intan binti Ungku Ahmad: Berkahwin pada tahun 1926, Ungku Intan ialah anak perempuan Ungku Ahmad bin Ungku Muhammad.

Helen Bartholomew Wilson (21 Disember 1889 - 13 Ogos 1977): Dilahirkan di Glasgow, Bartholomew berkahwin dengan Sultan di Woking, Surrey pada 15 Oktober 1930 dan bercerai pada 31 Disember 1938. Bartholomew ialah janda kepada William Brockie Wilson, Esq., dan Sultan Ibrahim merupakan suaminya yang kedua. Beliau dimahkotakan sebagai Sultanah Johor di Istana Besar, Johor Bahru, pada 18 November 1931.

Sultanah Fawzia (7 November 1915 - 1 Jun 1982): Sultanah Fawzia dilahirkan di negara Jerman sebagai Marcella Mendel. Beliau ialah anak perempuan Edgar Mendel dari Romania. Berkahwin di London pada 6 November 1940, beliau dimahkotakan sebagai Sultanah Johor pada 17 September 1955.

Baginda mempunyai empat orang anakanda lelaki dan seorang anakanda perempuan. Anakanda-anakanda lelakinya adalah seperti berikut:

Seorang anakanda lelaki yang dilahirkan oleh Sultanah Maimunah dan yang mangkat pada Ogos 1893:

Tunku Ismail ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, juga diputerakan oleh Sultanah Ungku Maimunah;
Tunku Abu Bakar ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, yang diputerakan oleh Sultanah Rogayah:
Tunku Ahmad ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, yang diputerakan oleh Che Puan Hasana.
Tunku Meriam binti Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, yang diputerikan oleh Sultanah Fawzia.

Mangkat

Sultan Ibrahim pada 8 Mei 1959 di Grosvenor House, London, United Kingdom dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sumber : Wikipedia





1 comment:

  1. UUK @ Undang Undang Kedah iaitu sebuah manuskrip jawi yang telah di rumikan oleh Maryam Salim (DBP) pula nenceritakan sultan mahmud malaka dgn cerita dan tahun yang berbeza.patutla sejarah melayu lintang pukang

    ReplyDelete