Tuesday 6 June 2017

Pengaruh Kesultanan Brunei dan Sulu Dalam Dunia Pelanunan di Borneo - Ismail Ali

Pengaruh Kesultanan Brunei dan Sulu
Dalam Dunia Pelanunan di Borneo

Utusan Borneo (Sabah )16 May 2016

LAUT BUKAN PEMISAH  Oleh  ISMAIL ALI Universiti  Malaysia Sabah ** Sambungan artikel ‘Viking Timur di Borneo Utara’ Oleh ISMAIL ALI, UMS ** *****BERSAMBUNG*****


PETA Laluan, pengkalan dan pusat Petempatan Lanun di Kepulauan Borneo. - Sumber: James F. Warren. Iranun and Balangingi. Quezon City: New Day Publishers, hlm.127.

PENGETAHUAN dan pemahaman berhubung sejarah ringkas kemunculan dan keagungan Kesultanan Brunei pada abad ke-15 lagi dan Kesultanan Sulu pada abad ke-18 penting untuk dijadikan asas untuk memahami penglibatan golongan aristokrat Brunei dan Sulu, orang-orang Iranun, Balangingi dan orang Dayak Laut dalam aktiviti pemburuan hamba dan rompakan di laut sehingga digelar sebagai pirates oleh kolonial dan para sarjana Barat.

Pada abad ke-15 dan ke-16, Brunei telah muncul sebagai salah sebuah kerajaan maritim atau
thalassocracy (Bilcher Bala,2005) di kepulauan Borneo dan setaraf dengan Kesultanan Sambas, Pontianak dan Banjarmasin di kepulauan Borneo.

Di bawah pentadbiran Sultan Bolkiah, Brunei telah mencapai zaman kegemilangannya dan empayar Brunei pada waktu itu bukan sahaja terbentang luas di Borneo Utara tetapi juga meliputi Kepulauan Sulu dan Manila.

Ini menyebabkan beberapa orang pengembara Barat seperti Tome Pires dan Pigafetta pernah menggelar zaman kegemilangan Brunei ini sebagai “the Golden Age of Brunei” (D.S. Ranjit Singh,1984:18).

Sebelum kedatangan Barat pada awal abad ke-16, Kerajaan Brunei telah mempunyai satu sistem pentadbiran yang teratur dan menjadikan Islam sebagai teras pemerintahannya. Dalam urusan pentadbiran Kerajaan Brunei, Sultan Bolkiah telah dibantu oleh majlis pembesar terkanan atau Wazir iaitu Pangiran Bendahara, Pangiran Temenggung, Pangiran Di-Gadong dan Pengiran Pemancha.

Di bawah Wazir Berempat ini pula terdapat jawatan lain bergelar Ceteria yang terdiri daripada Orang Besar Lapan dan Orang Besar Enam Belas yang menyerupai sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka (Sabihah Osman, Muhamad Hadi Abdullah dan Sabullah Hj. Hakip, 2001:24).

Dari segi susunlapis masyarakat Melayu Brunei terdiri daripada Sultan, Raja.raja “Bertaras” (anakanak raja), anak-anak Raja dan Pengiran-Pengiran, Ampuan, Awang, Rakyat, Sakai dan hamba (D.E. Brown:1970).

Untuk memudahkan urusan pentadbiran tanah jajahan dan penduduknya, Kerajaan Brunei telah membahagikan pentadbiran ini kepada tiga jenis pemilikan iaitu Sungai Kerajaan (pegangan Sultan), Sungai Kuripan (pegangan Wazir) dan Sungai Tulin atau Pusaka yang dimilki oleh sultan dan para pembesar (Ranjit Singh, 1984: Jatswan S. Sidhu, 1995 ).

Sepertimana juga dengan Kesultanan Sulu dan lainlain Kesultanan Melayu di Kepulauan Melayu atau Asia Nusantara, sistem dan amalan perhambaan juga turut diamalkan di Brunei yang dikenali sebagai ”ulunulun”.

Untuk tujuan tersebut, Kerajaan Brunei telah melantik para pembesarnya untuk mentadbir tanah jajahannya bagi pihak Sultan Brunei. Dalam kes di Sarawak, pentadbiran Kerajaan Brunei pada peringkat awal telah diterajui oleh seorang bangsawan Brunei bernama Pangeran Indera Mahkota yang berpusat di Kuching.

Di bawah pentadbiran Pangeran Indera Mahkota telah membangkitkan kemarahan penduduk Sarawak apabila beliau mula mengambilalih kuasa daripada pemimpin tempatan, mengeksploitasi penduduk dan mengenakan cukai yang tinggi kepada penduduk di Sarawak.

Dalam tempoh pemerintahan beliau telah menyaksikan beberapa siri pemberontakan penduduk Sarawak sehingga memaksa Sultan Brunei menghantar Pangeran Raja Muda Hashim untuk menggantikan Pangeran Indera Mahkota.

Kekusutan di dalam pentadbiran Brunei di Sarawak ini telah dipergunakan oleh beberapa orang pembesar Melayu Sarawak dan Iranun di Borneo Utara seperti Sherif Sahap (Iranun), Pangiran Indera Mahkota (mantan gabenor Brunei di Sarawak), Sherif Masahor (mantan gabenor Brunei di Rejang) Sherif Jaffir dan Sherif Mulla untuk mempengaruhi orang-orang Dayak Laut menyertai ekspedisi pemburuan hamba dan rompakan kapalkapal dagang Barat dan telah disambut baik oleh beberapa orang ketua dan pemimpin Dayak. 

Menurut Joan Rawlins (1969:15): “Mahkota was a clever man but a cruel and greedy ruler. He taxed the people very heavily and sometimes, when they had no more food or possessions to give him, he took their wifes and children as slaves… Malays, Dayaks and Chinese were all forced to become miners, and in a short time several shiploads of ore were obtained and sold. But Mahkota was too greedy and the wages he paid to the miners were not enough for them to buy food… The Malays and Dayaks armed themselves and refused to pay any taxes. They gathered together at Siniwan where they built forts surrounded by strong wooden fences to protect themselves and Mahkota was unable to defeat them…”

Sebelum kedatangan James Brooke di Sarawak, Kerajaan Brunei di bawah pemerintahan Sultan Bolkiah hingga Sultan Omar Ali Saifuddin I merupakan salah satu pusat perdagangan hamba yang terpenting di Kepulauan Borneo.

Para pembesar Brunei seperti Pangiran Usop dan para pembesar Brunei yang mentadbir tanah jajahan Brunei di Sarawak seperti Sherif Masahor (gabenor Brunei di Rejang) dan lain-lain lagi telah terlibat dalam aktiviti pemburuan hamba dan rompakan kapalkapal dagang Barat yang diterajui oleh orang Iranun, Balangingi dan Dayak Laut. (Joan Rawlins:1969:63) yang berpengkalan di Pulau Labuan.

Penglibatan para pembesar Brunei dalam aktiviti perdagangan hamba ini sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan kemunculan Kesultanan Sulu sebagai pusat perdagangan hamba di Asia Tenggara pada abad ke-18 dan permulaan pertapakan para pedagang Barat di Brunei yang sedikit sebanyak telah mula membawa kepada kemerosotan ekonomi para pembesar Brunei. 

Menurut Sabihah Osman (2001:7): “Kesultanan Brunei sedikit demi sedikit telah kehilangan kuasa politik di samping keruntuhan ekonomi tradisionalnya. Segala peristiwa itu dapat dihubungkan dengan kehilangan kuasa politik dan ekonomi pembesar dan saudagar Brunei terutamanya saudagar keturunan Arab yang selalunya lebih berpengaruh di sungaisungai seperti sungai Skrang dan sungai Saribas. Di daerah ini, mereka berjaya mempengaruhi penduduknya menyertai kegiatan “pelanunan”...kerajaan Brunei tentu sekali tidak dapat menguasai jajahanjajahannya. Segala arahan dan perintah sultan tidak akan dipatuhi”

Pada abad ke-18 pula telah memperlihatkan kemunculan Kesultanan Sulu di selatan Kepulauan Filipina sebagai sebuah kerajaan maritim (thalassocracy) yang menyamai Kerajaan Pontianak, Kerajaan Sambas, Kerajaan Banjarmasin dan Kerajaan Brunei di Kepulauan Borneo.

Pada abad ke-18 ini juga telah memperlihatkan kemunculan Kesultanan Sulu sebagai sebuah kuasa politik dan ekonomi yang disegani di Kepulauan Nusantara dan dilabelkan oleh para pedagang dan kolonial Barat sebagai “the greatest slave-mart and thieves market in the whole Esat Indian Islands” (James Warren,2002:38). 

Keagungan dan keutuhan empayar Kesultanan Sulu di rantau Kepulauan Melayu semasa pemerintahan Sultan Harun-ar-Rashid sebelum dijajah oleh Sepanyol telah digambarkan oleh Cesar Adib Majul sebagai relatively largest, best organized and most political entity in the Philippines archipelago.

Keunikan sistem politik dan pentadbiran Kesultanan Sulu yang berkonsepkan segmentary
state dan memperlihatkan kepentingan hubungan antara Sultan dengan pembesar-pembesar Sulu telah digambarkan oleh J.F. Warren sebagai mirror images of each other. Menurut Warren (2002: xxiii): “The small, states of the Sulu and Celebes seas crystallized in the fifteenth and sixteenth centuries. These Muslim realms were situated on sparsely populated islands, coasts, and rivers and were reliant on trade as a resource. Lacking recognized boundries, the political systems of these traditional polities linked widely disparate, communities and groups who were not organically united above the village in a larger, complex, dynamic web of social and political loyalties to the state. “State” is defined as the entire social system rather than a particular aspect of the social structure. Territorial dominion, a system of specialized offices, and a political hierarchy exercising some control over the use of force in the area of alleged dominion were implicit in the genesis of such traditional states (Sultanese) as Sulu, Cotabato, Brunei, and Kutai.” Pemerintahan Kesultanan Sulu di Kepulauan Sulu adalah bercorak monarki iaitu diperintah oleh seorang sultan dan dibantu oleh pembesar-pembesar Sulu.

Berdasarkan kepada “Tarsila Sulu”, Kesultanan Sulu telah diperintah oleh 32 orang sultan yang bermula daripada Sultan Syarif-ul-Hashim (14501480) hingga Sultan Jamalul-Kiram II (1884-1936).

Di bawah sistem tersebut, Sultan Sulu yang bersemayam di Jolo merupakan the highest political authority kepada kerajaan Sulu. Pentadbiran Sultan Sulu dijajahan takluknya pula diuruskendalikan oleh pembesar-pembesar Sulu yang bergelar panglima, sharif, orang kaya dan datu. James Warren (1981:56) telah menggambarkan sistem pemerintahan Kesultanan Sulu seperti berikut: “The whole of the Sulu territory belonged in theory of the Sultan, and he was considered to be the highest political authority. On each island of this predominantly archipelago state, he was represented by one or more panglimas, compared by the Europeans to governors, and under them were subordinate officals. But the panglimas in practice could not perform their official duties without the cooperation of the datus living in the respective territories assigned to the panglimas. These chiefs, sometimes from pre-Islamic families, enjoyed power and prestige, derived from the number of their followers and their slaves and from the amount of their personal properties. The slaves tilled the land and served in the household, the followers paid tribute and followed the datu to war. In turn the datu owned tribute to the sultan, through a strong chief could evade it. The richest and most powerful datus advised the sultan in the council or ruma bichara, which discussed practically all important decisions and appointments” Walaupun Sultan Sulu dianggap sebagai the highest political and religious authority, namun secara realitinya kuasa dan kedudukan seseorang Sultan Sulu banyak bergantung kepada pembesar-pembesar Sultan.
Sistem pemerintahan secara tidak langsung oleh Kesultanan Sulu di pantai timur Borneo Utara telah digambarkan oleh Ranjit Singh (2002) sebagai “segmentary state in which power was diffused among the sultan and the aristocratic datu” dan “theoretically the sultan was supreme religious and political head, but in reality his power depended on his wealth, personality and the alliances that he could forge with powerful datu”.

Kedudukan Pulau Jolo yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antara Eropah dan China telah membolehkan Jolo muncul sebagai sebuah pelabuhan persinggahan dan pertemuan yang utama kepada para pedagang di Laut Sulu, Laut China Selatan dan Laut Celebes. Selain menjalinkan hubungan perdagangan dengan China, Luzon (Manila, Iloila, Cotabato, Zamboanga), Celebes (Menado, Ternate, Makasar) dan Kepulauan Borneo (Bulungan, Berau, Samarinda, Pasir dan Labuan) Kesultanan Sulu juga turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan East India Company yang berpusat di India, Sepanyol di Manila dan Belanda di Indonesia.

Kejayaan Kesultanan Sulu menarik perhatian para pedagang untuk singgah di pelabuhan Jolo secara langsung telah menjadikan pelabuhan Jolo sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai hasil dari rantau Kepulauan Asia Tenggara, India dan China.

Ini telah menyebabkan J.F. Warren (1981:79) menggelarkannya sebagai “a regional emporium in the commerce between European traders, Southeast Asian realms, and China”. 

Menurut Warren lagi: “Sulu’s ascendancy at the end of the eighteenth century developed out of the expanding trade between India, insular Southeast Asia, and China. Commercial and triburtary activity become linked to long-distance marauding and incorporation of cative persons in a system which made Jolo the unrivalled centre for extracted produce for China trade. It is the unique character of the Sulu response and the interdependence of the three factors-external trade, raiding, and slavery…”

Di Borneo Utara, sejarah pertapakan dan pemerintahan Kesultanan Sulu sebenarnya bermula apabila Sultan Brunei yang sebelum itu mendominasi seluruh Borneo Utara dan berada diambang kemerosotan pada pada abad ke-18 telah menyerahkan sebahagian daripada jajahannya dari Kimanis hingga selatan Sungai Sibucu kepada Sultan Sulu pada tahun 1704 untuk membalas jasa baik Sultan Sulu yang berjaya menewaskan musuh Sultan Brunei di Pulau Chermin.

Sejarah penyerahan sebahagian jajahan Kesultanan Brunei kepada Kesultanan Sulu ini telah dijelaskan oleh beberapa orang sarjana seperti Ranjit Singh (2000) dalam bukunya yang berjudul The Making of Sabah 1865-1941: The Dynamics of Indigenous Society dan Brunei 18391983 The Problems of Political Survival (1984); Mohd. Ariff Dato’ Haji Othman (1988) bertajuk Tuntutan Filipina Terhadap Sabah: Implikasi dari Segi Politik, Undang-Undang dan Politik; K.G. Tregonning (1965) berjudul A History of Modern Sabah dan lain lain lagi.

Pemerintahan Kesultanan Sulu di pantai timur dan utara Borneo Utara yang ditadbir oleh datudatu Sulu (Taosug) telah membahagikan wilayah ini kepada tiga buah jajahan iaitu Malludo (Marudu), Mangindara dan Tirun (Kuran).

Pembahagian wilayahwilayah pentadbiran Kesultanan Sulu di Negeri Sabah banyak dijelaskan oleh J.F. Warren (1981) dalam bukunya berjudul The Sulu Zone 17681898: The Dynamic of External Trade, Slavery, and Ethnicity in the Transformation of A Southeast Asian Maritime State dan Nicholl Robert (1996) berjudul Raja Bongsu of Sulu. A Brunei Hero In His Times.

Jajahan Marudu (Malludo) yang terletak di utara pantai timur terdiri daripada Teluk Marudu, Paitan, Sugut dan Labuk.

Jajahan ini mempunyai keluasan kawasan yang meliputi Sungai Paitan, Sugut, Labuk hingga ke bahagian barat Teluk Sandakan dengan Sungai Besar sebagai pekan utamanya.
Jajahan Magindora (Magindara) yang terdiri daripada Sandakan, Madai, Giong, Kinabatangan, Sabahan dan Tidong merupakan antara pusat pentadbiran dan petempatan utama di jajahan Magindora.

Dari segi geografinya, jajahan ini disaliri oleh beberapa batang sungai seperti Sungai Kinabatangan, Sungai Segaliud, Sungai Sepilok, Sungai Seguntor, Sungai Bulu, Sungai Bode, Sungai Sekong, Sungai Sapagaya, Sungai Suanlamba dan Sungai Sibuga.

Sandakan yang terletak di muara Teluk Sandakan telah muncul sebagai pusat pentadbiran, petempatan dan pusat pengumpulan hasil-hasil hutan dan maritim yang terpenting di jajahan Magindora.


Di jajahan Magindora, antara kawasan yang menjadi tumpuan petempatan penduduk termasuklah di sekitar kawasan pesisir pantai Teluk Sandakan, Lingkabo dan Pulau Timbang yang terdiri daripada tiga buah kampung iaitu Kampung Timbang, Kampung Oopak dan Kampung German yang diketuai oleh Datu Mohammad Ashgari, Datu Mohammad Israel dan Datu Haji Anseruddin (Supriya Bhar, 1980).

No comments:

Post a Comment