Monday 4 December 2017

Meriam Sultan Setebuk: Simbol Keagungan Sejarah Maritim Orang Iranun di Tempasuk, Sabah - ISMAIL ALI & JAMALUDDIN MOKSAN

ISMAIL ALI & JAMALUDDIN MOKSAN

Meriam Sultan Setebuk: Simbol Keagungan
Sejarah Maritim Orang Iranun di Tempasuk, Sabah

IKHTISAR: Setakat ini kajian dan penulisan berhubung aspek sosial, ekonomi, sosio-budaya, seni bina,dan warisan komuniti Iranun masih lagi terbatas dan hanya dilakukan oleh beberapa orang sarjana sahaja. Hal ini secara langsung telah menyebabkan banyak peninggalan sejarah orang Iranun masih lagi belum diselongkar dan ditonjolkan kepada umum. Makalah ini ditulis dengan tujuan untuk mendokumentasikan semula kewujudan sebuah meriam besi di tanah perkuburan Kota Peladuk (Matampai) Kota Belud, Sabah, Malaysia, yang dikenali sebagai “Meriam Sultan Setebuk”. Berdasarkan kepada sejarah peradaban maritim di Sabah, ianya menunjukan bahawa meriam ini pernah menjadi simbol keagungan dan ketuanan orang Iranun di dunia Melayu, sehingga pernah mendapat jolokan sebagai “Lord of the Eastern Sea” oleh orang-orang Barat. Namun demikian, pada hari ini meriam berkenaan hanya tinggal sebagai sebuah besi berkarat dan terbiar begitu sahaja. Dalam erti kata lain, ketiadaan kajian yang komprehensif terhadapnya telah menyebabkan sejarah kewujudan orang-orang Iranun di Tempasuk masih lagi kabur. Berdasarkan kepada artifak meriam ini pula telah banyak membantu menyelongkar sejarah asal-usul dan peradaban maritim orang-orang Iranun di Sabah, Malaysia.

KATA KUNCI: Bangsa Iranun; Meriam; Sultan Setebuk; Tempasuk; Sejarah Maritim.

ABSTRACT: “Cannon of Sultan Setebuk: A Symbol of Greatness in the Maritime History of the Iranuns in Tempasuk, Sabah”. Recently, the research and writing on the social, economic, socio-cultural, architectural, and heritage of Iranun community are still limited and only done by a few scholars. This directly led to many historical relics of Iranun people have not yet been exposed and highlighted to the public. This paper is written to re-document the existence of a metal cannon in the burial ground of Kota Paladuk (Matampai) Kota Belud, Sabah, Malaysia, which is known as the “cannon of Sultan Setebuk”. Based on the maritime history of Sabah, the cannon of Sultan Setebuk had once been a symbol of greatness and supremacy of the Iranun people in the Malay archipelagos and they were described as the “Lord of the Eastern Sea” by the Westeners. However, today, the cannon has been left as an eroding metal piece. In another word, there has been no comprehensive historical research about the cannon, which is also closely connected to the arrival of the Iranuns in the area of Tempasuk. Therefore, there is an urgent need to study this cannon as an artefact in order to understand the origin of the maritime history of the Iranuns in Sabah, Malaysia.

KEY WORD: Iranun People; Cannon; Sultan Setebuk; Tempasuk; Maritime History.

 About the Authors:

Prof. Madya Dr. Ismail Ali ialah Pensyarah Kanan di Program Sejarah, Fakulti Kemanusiaan, Seni, dan Warisan UMS (Universiti Malaysia Sabah); dan pada masa kini beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni UMS Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Jamaludin Moksan ialah Pelajar Ijazah Kedoktoran (Ph.D.), dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Ismail Ali, dalam Program Sejarah di Fakulti Kemanusiaan, Seni, dan Warisan UMS Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Alamat emel penulis: ismailrc@ums.edu.my dan jamal0751173@gmail.com

How to cite this article?

Ali, Ismail & Jamaludin Moksan. (2016). “Meriam Sultan Setebuk: Simbol Keagungan Sejarah Maritim Orang Iranun di Tempasuk, Sabah” in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Vol.4(1), March, pp.13-30. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808.

Chronicle of the article:

Accepted (January 11, 2016); Revised (February 12, 2016); and Published (March 30,2016).

PENDAHULUAN

Kepesatan dalam perdagangan, pelayaran, dan pelabuhan di Asia Tenggara, secara tidak langsung, telah menimbulkan minat dan kecenderungan raja-raja Melayu terhadap teknologi artileri atau bedilan, sebagai salah satu simbol kekuasaan dan senjata untuk meluaskan empayar. Dari segi sejarahnya, teknologi artileri atau bedilan ini dihasilkan oleh orang orang China, yang kemudiannya dikembangkan oleh empayar Turki Othmaniah, yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan di seluruh Eropah (Albuquerque, 1557).

Di Tanah Melayu, sejarah dan pembuatan senjata api telah direkodkan oleh seorang ahli arkeologi Inggeris, bernama W. Linehan (1951), dalam karyanya yang berjudul “Traces of a Bronze Age Culture Associated with Iron Age Implement in the Region of Kelang and Tembeling, Malaya”. Dalam kajiannya, W. Linehan telah menjumpai acuan-acuan purba yang digunakan untuk membuat meriam di tebing Sungai Tembeling, Pahang, Malaysia, yang dianggarkan wujud sekitar kurun ke-13 atau ke-14 (Linehan, 1951:1-59).

Selain Pahang, turut dijumpai juga meriam buatan kerajaan Melayu Pattani di Thailand Selatan, pada kurun ke-15, yang dikenali sebagai Seri Patani, Seri Negara, dan Mahalela, yang digunakan oleh kerajaan Melayu Pattani untuk menangkis serangan Siam selama lebih-kurang 200 tahun (Linehan, 1951). Pada masa kini, meriam Seri Patani masih lagi wujud dan dipamerkan oleh Kementerian Pertahanan Thailand.

Selain Pahang dan Pattani, kerajaan Melayu Singgora juga terkenal menghasilkan meriam pada abad ke- 16; dan apabila Siam berjaya menawan kerajaan Melayu Singgora pada tahun 1687, meriam-meriam Singgora ini digunakan oleh Siam pula untuk menangkis serangan-serangan kerajaan Burma. Pada tahun 1766, Burma telah berjaya menawan Ayuthiya dan telah membawa meriam-meriam Singgora ini ke Burma dan digunakan untuk melawan British pula. Apabila British berjaya menewaskan Burma pada tahun 1887, British telah membawa meriam Singgora ini pun ke London (Linehan, 1951).

Jika dikaji penulisan-penulisan oleh para sejarawan, yang menyelidik pensejarahan di Alam Melayu, juga sudah pastinya akan menemukan pelbagai fakta yang menyentuh tentang penggunaan meriam dalam karya mereka. Contohnya, Isabella L. Bird (1883), dalam bukunya yang berjudul The Golden Chersonese and the Way Thither, ada menjelaskan tentang penggunaan meriam dalam kalangan orang-orang Melayu, yang disebut sebagai lela, selain keris, pedang, parang, dan tombak-tombak bermata besi (Bird, 1883).

Sementara itu, Thomas John Newbold (1839), dalam bukunya yang berjudul Political and Statistical Account of the British Settlements in the Straits of Malacca, menyatakan bahawa terdapat kilang pembuatan meriam jenis lela dan rantaka di kepulauan Melayu, seperti di Terengganu di Tanah Melayu, Gresik di Jawa Timur, Minangkabau di Sumatera Barat, dan Aceh di ujung utara pulau Sumatera (Newbold, 1839).

Nicholas Tarling (1992), dalam bukunya berjudul The Cambridge History of Southeast Asia, juga ada menjelaskan penggunaan meriam meriam yang disusun di setiap penjuru Kota Melaka untuk membedil askar Portugis, ketika mereka mula mendarat di Melaka pada tahun 1511 (Tarling,1992). Manakala R.J. Wilkinson (1912), dalam bukunya yang berjudul  The Capture of Malacca, A.D. 1511, juga ada menyebut mengenai beberapa perkataan, seperti Malay gun-fire dan heavy fire dalam penulisannya, ketika membincangkan penentangan askar Melaka berdepan dengan Portugis (Wilkinson, 1912:75).

John Crawfurd (1856), dalam bukunya yang bertajuk A Descriptive Dictionary of Indian Islands and Adjacent Countries, dengan memetik catatan De Burros, menyatakan bahawa semasa Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka pada 1511, orang-orang Melaka telah menggunakan meriam untuk mempertahankan Melaka (Crawfurd, 1856). Menurut John Crawfurd:

But, besides the arms thus enumerated, the Portuguese and Spaniards, when they first arrived, found the most advanced of the Malayan nations in possession of fire arms. This is De Burros’ account of the artillery captured by Alboquerque in Malacca. “And of artillery”, says he, “we found no more than 3,000 out of 8,000 pieces, which Ruy de ‘Arajo (a prisoner of Sequiera’s fleet) had stated to be in the city”. Amongs, those taken were King of Achin in 1613: “The King of Achin is a proper gallant man of warre, of thirty-two years, of middle size, full of spirit, strong by sea and land, his country populous; his elephants many, whereof we saw one hundred sixty, or one hundred eighty at a time. His gallies and frigates carry in them very good brasse ordnance, demi-cannon, culverine, sakal’, minion […]” (Crawfurd, 1856:5).

Alfonso de Albuquerque (1557), dalam bukunya, juga menyatakan bahawa Melaka turut menggunakan meriam buatan kerajaan Turki Uthmaniah; dan meriam ini telah dihantar oleh Alfonso de Albuquerque ke Kota Calicut di India (Albuquerque, 1557). Di Aceh pula, pada tahun 1567, kerajaan Turki Uthmaniah dikatakan telah mengirim seramai 500 orang pelatih artileri (meriam) ke Aceh berserta dengan sejumlah meriam yang kemudiannya diberi nama sebagaiLada Secupak, yang ukurannya sangat besar dan dianggap sebagai pusaka penting kepada kerajaan Aceh pada waktu itu (Mitrasing, 2011).

Menurut Ingrid Saroda Mitrasing (2011), dalam karyanya yang berjudul The Age of Acheh and the Evolution of Kingship, 1599-1641, menyatakan lebih lanjut sebagai berikut:

[...] the principal consideration is that the Ottoman emperor, who was the main supplier of Aceh’s artillery and cannons, technicians, and artisans in the second half of the sixteenth century (Mitrasing, 2011).

Manakala Abdullah Zakaria Ghazali (1982), dalam artikelnya yang bertajuk “Sultan Keturunan Kesultanan Melaka di Pahang dan Johor”, menyatakan bahawa pada tahun 1604, Belanda di bawah pimpinan Laksamana Wijbrand dan Laksamana Warwijck telah tiba di Johor dan membekalkan meriam kepada kerajaan Johor untuk menentang dan menawan semula Melaka dari Portugis (Ghazali, 1982). Abdullah Zakaria Ghazali menyatakan lebih lanjut, seperti berikut:

Di masa kedua-dua Sultan ini memerintah kuasa (Johor dan Pahang), Belanda datang ke perairan Melayu. Kesempatan ini diambil oleh Pahang dan Johor untuk bersahabat dengan Belanda. […] Laksamana Matilief, pada tahun 1607, tiba di Pahang. Laksamana Matilief juga tiba di Johor pada tahun 1607. Satu perjanjian ditandatangani di antara Johor- Belanda dan di antara Pahang-Belanda,berkerjasama membantu antara satu sama lain menentang Portugis untuk menawan Melaka (Ghazali, 1982:54-55).

PEMBUDAYAAN MERIAM DI KEPULAUAN SULU DAN BORNEO

Setakat ini, kajian dan penulisanberhubung aspek sosial, ekonomi,sosio-budaya, seni bina, dan warisankomuniti Iranun masih lagi terbatasdan hanya dilakukan oleh beberapaorang sarjana sahaja (Alang, 1992;Warren, 2002; Conklin, 2005; dan Chin & Smith, 2012). Hal ini secara langsung telah menyebabkan banyak peninggalan sejarah orang Iranun masih lagi belum diselongkar dan ditonjolkan kepada umum.

Berdasarkan kepada pelbagai catatan sejarah menunjukan bahawa orang Iranun, yang pernah digelar sebagai Lord of the Eastern Sea oleh Barat, merupakan pelaut yang cukup disegani di rantau kepulauan Melayu pada abad ke-16 hingga abad ke-19 (Warren, 2002; dan Ali, 2007); dan dikatakan mahir membuat dan membudayakan sejenis meriam yangdikenali dengan pelbagai sebutan dan ejaan, seperti “Meriam Setebuk”, “Meriam Sultan Setebuk”, “Meriam Si-Tabuk”, dan “Meriam Sa-Tebuk” (Omar,1983; Pili, 1993; dan McKaughan,1999). Meriam ini, yang juga dipanggil sebagai Lela, biasanya diletakkan dibahagian hadapan perahu lanong dan digunakan dalam pelbagai aktiviti perompakan kapal-kapal dagang, memburu hamba, dan peperangan (Ali, 2013a).

Walaupun meriam ini telah menempah nama dalam sejarah keunggulan kaum Iranun, namun sehingga kini artifak peninggalansejarah yang melebihi 200 tahun usianya itu, nampaknya, tidak pernah diketengahkan oleh mana-mana sarjana yang mengkaji komuniti Iranun (Alang,1992; Warren, 2002; Conklin, 2005; danChin & Smith, 2012). Atas kesedaran tersebut, makalah ini ditulis dengan tujuan untuk mendokumentasikan semula sejarah asal-usul “MeriamSultan Setebuk”, sebagai salah satu warisan dan kebudayaan komuniti Iranun, agar tidak hilang mengikut peredaran zaman.

Dari segi sejarahnya, komuniti Iranun yang terdapat di Sabah pada hari ini adalah berasal dari Selatan kepulauan Mindanao, Filipina. Mereka bermigrasi dan menetap di kawasan perairan pantai Barat dan Timur Sabah, semasa era kesultanan Brunei dan pemerintahan kesultanan Sulu, iaitu sekitar abad ke-17 dan 18 (Alang,1992; Warren, 2002; Conklin, 2005;dan Chin & Smith, 2012).

Dalam banci penduduk yang dijalankan oleh British, pada tahun 1960, menganggarkan bahawa terdapat 4,000 orang Iranun atau Illanun di Sabah (Borneo Utara); dan banci penduduk pada tahun 1970, pula menganggarkan bahawa terdapat seramai 4,948 orang Iranun di Sabah (Marriappan & Porodong, 2012). (1) Manakala pada tahun 2000-an,terdapat 15,000 orang Iranun hingga 20,000 orang Iranun atau lebih di Malaysia (Chin & Smith, 2012:1).

Berdasarkan kepada data banci penduduk yang dikeluarkan oleh JPS (Jabatan Perangkaan Sabah), pada tahun 2006, menganggarkan bahawa bilangan penduduk Iranun di Sabah seramai 25,000 hingga 30,000 orang (JPM, 2007; dan Marriappan & Porodong, 2012). Manakala Howard P. Mc Kaughan (1999) menganggarkan bahawa terdapat lebih-kurang 6,000orang penutur Iranun di Sabah,Malaysia (McKaughan, 1999).

Dari segi petempatan pula, majoriti orang Iranun di Sabah pada hari ini menetap, terutamanya di daerah Kota Belud, sebuah kampung di daerah Kudat, iaitu Kampung Indarasen Laut dan tiga buah kampung di daerah Lahad Datu, iaitu Kampung Nala, Kampung Bakolod, dan Kampung Barigas. Menurut Sean D. Conklin (2005), dalam karyanya yang berjudul Preliminary Observations about the Iranun of Sabah, menjelaskan mengenai penempatan orang Iranun, seperti berikut:

They reside in twenty-five or more villages, along the northwest coast of Sabah, mostly in the district of Kota Belud (Tempasuk), with one village in the Kota Marudu District. Two more villages can be found in the southeast corner of the State, near Lahad Datu. There is also a community located in Likas, a suburb of  Kota Kinabalu, the capital of Sabah(Conklin, 2005:1).

Sejarah dan pembudayaan meriam dalam kalangan orang Iranun, sebenarnya, bermula apabila pihak kompeni Belanda atau VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie) mengutuskan Laksamana Matilief ke Mindanao, pada tahun 1607, untuk mengekang pengaruh Sepanyol di Filipina. Semasa kedatangan Laksamana Matilief ke Mindanao, terdapat dua kuasa yang berpengaruh di selatan Filipina, iaitu Maguindanao dan Buayan, yang diletakkan di bawah pemerintahan Sultan Kudrat (Forrest, 1972; dan George, 1980).

Menurut Tarsila (Salasilah) Iranun, Sultan Kudrat – atau dikenali sebagai Corralat oleh pemerintah Sepanyol dan Guserat oleh pemerintah Belanda– adalah anak lelaki kepada Kapten Laut Buisan. Pada tahun 1619 hingga1621, berlaku peperangan di antara pemerintah Buayan dan Maguindanao, yang disebabkan oleh perebutan kuasa di Pulangi. Pada tahun 1623, Sultan Kudrat telah menyerang Sarangani dengan mengunakan kapal perang Joangga dan meriam. Dalam Tarsila Iranun juga dikatakan bahawa Sultan Barahman (1671-1699), iaitu ayah kepada Sultan Kudrat, memiliki banyak menyimpan meriam besi dan meriam tembaga di Zamboanga, Mindanao (dipetik dalam Alang, 1992).

Ruurdje Laarhoven (2014), yangtelah mentelaah isi kandungan sepucuk surat yang berjudul “Surat dari Sultan Maguindanao Kuda (1699-1702) Perihal Kegiatan Perdagangan para Nakhoda Cina serta Kebutuhan Mendapat Dukungan Militer, 16 November 1699”, telah menemukan pembudayaan meriam besi dan meriam tembaga di Mindanao, seperti berikut:

Sultan Kuda adalah seorang yang pandai serta berpengetahuan dan fasih berbahasa Cina dan Spanyol, dan juga menguasai sedikit bahasa Belanda dan Inggris. Sebagai seorang Kapitan Laut, beliau menangani semua persoalan yang berkaitan dengan laut selama masa hidup Sultan Barahaman; dan dalam jabatan tersebut beliau dapat memperkaya diri sendiri. Kapten de Roy dari VOC telah memastikan kebenaran dari apa yang dibangga-banggakan Sultan, terkait kepemilikan banyak meriam tembaga yang disembunyikan di Zamboanga. Pesuruh yang diutus Kapten de Roy menemukan tujuh meriam besi dan sebuah meriam logam di sepanjang dermaga dan di parit-parit di tepi sungai,semuanya berjumlah hampir 100 meriam dari kuningan (Laarhoven, 2014:4).

Sementara itu, surat yang ditulisoleh Sultan Maguindanao, dalambahasa Sepanyol dan ditujukan kepada Yang Mulia Tuan Gubernur Jenderal Willem van Outhoorn,telah memperlihatkan usaha Sultan Maguindanao untuk mendapatkan meriam dari pihak Sepanyol bagi mengukuhkan ketuanannya di selatanFilipina, yang diterjemahkan oleh Ruurdje Laarhoven (2014), seperti berikut:

Nog versoek soo’t U Ed. mogt gelieven mijte verkopen twee stuckjes metael canonvan vijf â 600 ponden yder eguael en watlang, opdat van goet effect mogen sijn ensoo’t met U Ed. goetheyd waer, mij desevrundschap te bewijsen, connen aan den Gouverneur der stad Maluco gesonden om [383] verder aan mijn geaddresseert tewerden, sullende de waerde aanstaande jaer mede promptelijk overgemaekt warden (Laarhoven, 2014:10).

Terjemahan:

Begitu pula saya memohon semoga Yang Mulia berkenan menjual kepada saya dua buah meriam logam masing-masing berkapasitas lima hingga 600 pon serta berlaras panjang sehingga berfungsi dengan baik dan didasari kebaikan hati Yang Mulia serta untuk membuktikan persahabatan kita, semoga Yang Mulia berkenan mengirimkan meriam-meriam tersebut kepada Gubernur kota Maluco untuk kemudian [383] diteruskan kepada saya, dan harga yang bersangkutan akan saya kirim tahun depan secara tepat waktu.

Pada tahun 1698, Sultan Alimuddindari Sulu telah menyerang Brunei dengan bantuan orang-orang Iranun,dibawah pemerintahan Sultan Barahman dan Raja Muda Kudadari Maguindanao. Dalam serangan tersebut dikatakan bahawa angkatan perang Sultan Alimuddin dari Sulu telah menggunakan meriam dan kapalperang Joangga. Menurut Rita Tuban(1994), dalam karyanya yang berjudul“A Genealogy of the Sulu Sultunate”,menjelaskan sebagai berikut:

[...] in 1698, according to the Sulu Salsila, Datu Alimuddin and his twin brother Datu Salikala conquered North Borneo(Tuban, 1994:23).

Sekitar tahun 1769, Sultan Israel dari Sulu, dengan bantuan Datu datu Iranun, menggunakan meriam dan telah melancarkan perang keatas orang-orang Tidong (Tiruns) diwilayah Kuran dan Berow (Buru) dipantai Timur Borneo Utara. Dikatakan bahawa serangan ini bertujuan untuk memaksa Kuran dan Berow membayar ufti dan seterusnya menerima ketuanan Sulu. Dalam konteks ini,Cesar A. Majul (1973) menjelaskan sebagai berikut:

[…] 1718 to 1732 had to pacify the Tiruns in the north-east coast of Borneo during the earlier part of his reign and even before that. Again, around 1769, the Sulus under the leadership of royal Datus had to wage war on the Orang Tedong (Tiruns) of Kuran and Berow (Buru) and force them to pay tribute. The point here is that after the cession, it was necessary for the Sulus to demonstrate that they had the effective power to keep the territory tributary to them (Majul, 1973:182).

Serangan pada tahun 1769 ini turut dijelaskan pula oleh Rita Tuban (1994),yang mana dikatakan bahawa Sultan Alimuddin I menghantar anaknya,Rajamuda Mohamad Israil, memimpin serangan ke atas Borneo Utara. Rita Tuban menjelaskan lebih lanjut,sebagai berikut:

In 1769, North Borneo was reoccupied by the Tiruns of Buru and Kulan […] Sultan Alimuddin I was already old, so he senth is son, Rajamuda Mohammad Israil I and many Sulu warriors to North Borneo,to drive out the Tiruns who were […] defeated from there on the people of North Borneo paid tribute to the Sultan of Sulu(Tuban, 1994:25).

Seterusnya, antara tahun 1774 hingga 1798, orang Iranun bersama orang Balangingi telah melakukan beberapa siri serangan dengan menggunakan meriam ke atas kapal kapal dagang Belanda dan Sepanyol di perairan Sulu, Luzon, Sulawesi,Laut China Selatan, dan Selat Melaka. Dalam ekspedisi tersebut dikatakan bahawa orang Iranun,yang dibantu oleh orang Balangingi,telah menggunakan puluhan meriam dan 100 hingga 200 buah joanga dangaray. Dalam ekspedisi ini juga orang Iranun telah membuka beberapa buah pangkalan di Teluk Malludo (Marudu),Tempasuk (Tampasook), dan Pandasan(Pandassaan), yang akhirnya menjadi pusat petempatan utama mereka dan menjalinkan hubungan dengan para pembesar Sulu di Borneo Utara. Contohnya, seorang pembesar Sulu bernama Sarif Usman, yang mentadbir wilayah Marudu, telah menjalinkan hubungan dengan Iranun dari Tempasuk untuk menentang British dan memperkukuhkan kedudukannya di wilayah Marudu (van Eysinga, 1841;dan Ali, 2013a).

Menurut Ismail Ali (2007), dalam karyanya yang berjudul “The Hegemony of the Vikings of the Eastern Seas in Borneo during the 18th and 19th Century”, menjelaskan ketuanan Iranun dan Balangingi tersebut, seperti berikut:

In 1820s, the Iranun and Balangingi, who were based in Marudu Bay, succeeded to defeat Brunei. Brunei at that timewas regarded as a competitor by Sulu Sultanate. In 1775, with the help from the Iranun and Balangingi and Spain, Sultan Israel from Sulu attacked and destroyed the Alexander Darlymple’s trading basein Balambangan. Besides serving SultanSulu and Tausog’s local leaders in Sulu Sultanate’s district, the Iranun and Balangingi had contributed a lot and had helped the Sultans and other loca leaders in Malay Archipelago to fight the Westerners (Ali, 2007:10).

Kemahiran orang-orang Iranun dan Balangingi di Tempasuk dalam menggunakan meriam dan bersengkongkol dengan kesultanan Sulu telah menimbulkan kebimbangan pihak British dan kesultanan Brunei.Contohnya, Sultan Mohammad Israel dari Sulu, dengan bantuan orang Iranun dan Balangingi di Marudu dan Tempasuk, pernah mengetuai armada yang mengandungi sekitar 130 buah lanong dan dilengkapi dengan meriam untuk menyerang Brunei, kerana dianggap sebagai pesaing kepada kesultanan Sulu (Ali, 2007:10).Pada tahun 1775, Datu Tating dan Datu Dakula, dengan bantuan sekitar 300 orang Iranun dan Suluk atas arahan Sultan Israel dari Sulu, telah memusnahkan petempatan perdagangan British di pulau Balambangan dan berjaya merampas puluhan meriam (lela) milik British. Selain British dan Brunei, pihak Sepanyol juga turut berhadapan dengan serangan kesultanan Sulu di Port Dell Pillar di Zamboanga.Untuk tujuan ini, Sepanyol terpaksa menempatkan meriam di setiap penjuru kota Port Dell Pillar bagi menghalang serangan Sulu. Contohnya, pada tahun 1720, Sepanyol telah berjaya mematahkan gabungan serangan Raja Delasi, Sultan Maguindanao atau selalu dipanggil Lord of Bulig (Majul, 1973; dan George, 1980).

KETUANAN IRANUN DI TEMPASUK

Kemunculan Tempasuk sebagai sebuah pusat petempatan dan pangkalan bagi orang-orang Iranun,nampaknya, telah memperkukuhkanlagi ketuanan kesultanan Sulu keatas Borneo Utara; dan sekaligus menggugat ketuanan Brunei dan British. Tempasuk, dari segi sejarahnya, merupakan antara penempatan awal orang-orang Iranun di Borneo Utara. Penganugerahan kawasan pantai timur Borneo Utara oleh Sultan Brunei, iaitu Sultan Abdul Mubin, kepada kesultanan Sulu, pada tahun 1704, telah menyediakan lebih banyak peluang dan ruang kepada orang-orang Iranun untuk menjadikanTempasuk sebagai pusat petempatan mereka di pantai barat Borneo Utara. Dalam konteks ini, Leigh R. Wright(1979/1980) menjelaskan seperti berikut:

[...] the Lanun (Iranun) people, of the north-west coast of Borneo particularly,were sometimes lumped together by early European seafarers, who came in contact with them. The home land of both is in the southern Philippines. But, careful observers noted the distinction. The Lanun (Iranun) were a most active andanegertic people; and relatively recent immigrant from Mindanao, where they had the reputation of being the most unruly of the subjects of the Sultan ofMagindanao. Their derived variously from their homeland lake Lanao and the share sof Illana bay (Wright, 1979/1980:211).

Kewujudan orang-orang Iranun,yang kemudiannya dilabelkan sebagai “lanun” atau pirates di Tempasuk dan Pandasan ini, telah dijelaskan oleh Leigh R. Wright (1979/1980), dalam karyanya yang berjudul “The Lanun Pirate States of Borneo: Their Relevance to South East Asian History”, sebagai berikut:

[…] it seems probably that the Lanun(Iranun) established themselves in Borneoas early the latter part of eighteeth century at Tempasuk and Pandasan on the northwest coast

[…]. AlexanderDarymple in the 1760s, and Thomas Forrest in the following decade, noted the presence of Lanun (Iranun) cruiser were active along coast during the last half of eighteenth century. But, the emissary of Stamford Raffles descrived in some detail the pirate harbours of Tempasuk and Pandasan in 1812 (Wright,1979/1980:210).

Begitu juga James Francis Warren(1981) turut menjelaskan tentang kehadiran orang-orang Iranun ke Tempasuk. Dalam bukunya yang berjudul The Sulu Zone, 1768-1898: TheDynamics of External Trade, Slavery,and Ethnicity in the Transformationof a Southeast Asian Maritime State, James Francis Warren, dengan memetik kenyataan Forrest, telah menulis tentang migrasi orang Iranun di Tampassook (Tempasuk) danTawarran (Tuaran), yang disebabkan oleh bencana alam yang berpunca daripada letusan gunung berapiMakatering sekitar tahun 1765, iaitu selepas kehadiran Alexander Dampier ke Catobato pada tahun 1686 (Warren, 1981). James Francis Warren, kemudiannya, menyatakan seperti berikut:

About ten year ago, one of mountains, six or seven miles inland from their part ofthe coast, broke out into fire and smoke, […]. It ejected such quantity of stone and black sand, as covered a great part of the circumjacent country, for several feet perpendicular […]. During the eruptionof the volcano, the black sand driven to Mindanao, the ashes as far as Sooloo,which is about forty leagues Sooloo, evento Tampassook and Tawarran, on the West Coast of Borneo, in search of better country, where many of them live at this day (Warren, 1981:150).

Datu Bandira Datu Alang (1992),dalam karyanya yang berjudul Iranun: Sejarah dan Adat Tradisi ,pula menegaskan bahawa terdapat tiga petempatan utama orang-orang Iranun di Kota Belud, iaitu di Kuala Tempasuk atau Minanga a-Tampasuk, Marampayan atau Rampayan, dan Tungku (Alang, 1992:47-48). Sementara itu, menurut Asmah HajiOmar (1983) pula, orang-orang Iranun telah menetap di Tuaran hingga Kudat, seperti di Inderasan, Kaniung, Marimbao, dan Tigaman (Omar,1983:273). Gabenor British North Borneo yang pertama dari 1881 hingga 1887, iaituW.H. Treacher (1891), dalam karyanya yang bertajuk British Borneo: Sketchesof Brunai, Sarawak, Labuan, and NorthBorneo, pula menjelaskan orangorangIranun banyak berada di pantai barat Borneo Utara, dan memiliki ketua-ketua yang bergelar Sultan dan Maharajah. W.H. Treacher, selanjutnya menjelaskan sebagai berikut:

[…] the Illanuns from […] the island ofMindanao […] they are found scattered in small numbers throughout the Sulu Islands and on the seaboard of Northern Borneo, on the West Coast of which they founded little independent settlements, arrogating to their petty chiefs, such high sounding titles as Sultan, Maharajah, andso forth (Treacher, 1891:145).

Temubual bersama Datu Adik Datu Dani, yang menetap di Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, pada 28 Julai 2015, dan merupakan cicit kepada Raja Muda Sasawir dari keturunan Sultan Selembak,yang menurutnya pernah menjadi pemerintah di hulu Rampayan semasa era kesultanan Sulu pula,mengatakan bahawa orang-orang Iranun selalu singgah di kuala sungai Tempasuk, samada untuk berehat,mengambil bekalan, atau membaiki kerosakan kapal; dan lama-kelamaan telah menjadikannya sebagai pusat petempatan mereka (temubual dengan Datu Adik Datu Dani, 28/7/2015).

Akhir abad ke-18 telah meyaksikan kemunculan beberapa orang pemimpin Iranun di Tempasuk, Marudu, seperti Pengeran Mohammet (Warren, 1981;dan Chin & Smith, 2012); Sultan Setebuk (Wright, 1979/1980; dan Warren, 2002); Sultan Samalabang (Omar, 1983; Alang, 1992; dan Ali,2007); Raja Muda Sasawir, Pengeran Paduka, Raja Moda Malaig, Sultan Adil, dan Datu Pidtailan (Alang, 1992); serta Datu Mirajah Dinda, Pengiran Raja Muda, Sultan Sekayan, Datu Mamuda,dan Raja Muda Inderajaya. (2)

Selain di Tempasuk, terdapat juga beberapa orang pemimpin Iranun di Borneo Utara, seperti Datu Laut di Tungku dan Si-Mirantau atau Datu Marantao di Tawarran (Omar, 1983). Menurut Asma Haji Omar (1983),dalam karyanya yang berjudul The Malay People of Malaysia and Their Language, ada menjelaskan tentang kedatangan Sultan Sa-Malabang dari Malabang di Mindanao ke Tempasuk, seperti berikut:

According to my chief Illanun (Iranun) informant, Datu Masangkai Datu Alang,who was the Illanun (Iranun) tribal chief of Kota Belud (1976), his great grandfather was among the Illanun (Iranun) first settlers of Sabah, who arrived in this Iowgan (Sabah) […] with this great grand father, was his 18-years old son,who was later to become the leader of the Illanun (Iranun) of Kota Belud, bearing the Sultan Sa-Malabang. They came from Mindanao in their big boats known as“garay” and first landed in Tuaran. From Tuaran, they moved down the Tempasuk river to Kota Belud (Omar, 1983:273).

Datu Bandira Datu Alang (1992) juga ada menyatakan bahawa satu keluargayang diketuai oleh Sultan Samalabang (Di Lanao Del Sur) dipercayai telah sampai ke Sabah pada tahun 1807 (Alang, 1992:46). Menurut Tarsilah Iranun pula, Sultan Samalabang,atau dikenali sebagai Datu Pidat yang berasal dari Malabang di Mindanao,merupakan anak kepada Radia Moda Samalabang. Ibunya bernama Patao ,  iaitu anak kepada Datu Dakula. Sultan Samalabang dikatakan pernah memerintah Malabang pada penghujung abad ke-18. Sultan Samalabang dikatakan mempunyai ramai pengikut dan memiliki kapal perang lanong dan joangga, yang dilengkapi dengan meriam. Dalam perang Balambangan pada tahun 1775, Datu Tating telah meminta bantuan daripada Datu Dakula untuk menyerang pangkalan dagang British di Pulau Balambangan (dipetik dalamAbas & Bali, 1985:5).

Dalam Tarsilah tersebut jugadinyatakan bahawa Sultan Samalabang telah berhijrah ke Tempasuk (BorneoUtara) pada tahun 1807, berikutan perpecahan dalaman di kalangan golongan bangsawan Iranun, akibat tindakan Sultan Maguindanao, iaitu Sultan Kibad Sahriyal, yang dikenali dengan gelaran Muhammad Azim ud-Din Amir ul-Umara, anak kepada Pakir Maulana Kamsa, yang menyatakan sokongan kepada Sepanyol pada tahun1794. Ini telah menyebabkan Datu Camsa (anak menantu Sultan Sharafud-Din), Anti Datu Tabuddin (anak Camsa), dan seorang Visaya bernama Impa, mengalihkan taat setia kepada Sultan Sulu dan Datu-datu Taosug di Jolo dan Basilan (dipetik dalam Abas &Bali, 1985).

Dalam konteks ini pula, James Francis Warren (1981) menyatakan semula, seperti berikut:

[…] when Sultan Kibad Sahrijal of Maguindanao pledged his support to Spain in 1794. His action had caused the whole villages of Iranun, who were ledby Datu Camsa (the son-in-law of Sultan Sharafud-Din), Anti Datu Tabuddin(a son of Camsa), and another Visayan named Impa, shifted their allegiance to the Sultan of Sulu and Dato Taosung in Jolo and Basilan (Warren, 1981:152).

Sultan Samalabang (Datu Pidat) mula mengembangkan ketuanan Iranun di Tempasuk dengan mewujudkan sebuah penempatan berhampiran Kuala Tempasuk, yang dikenali sebagai Minanga a-Tampasuk , berdekatan dengan Batu Gadung dan Kampung Tamau atau Tamoi. Di mana berhampiran petempatan ini telah terdapatnya petempatan awal dan tapak kubur orang Balangingi, yang digelar oleh orang Iranun di Kampung Tamau atau Tamoi sebagai “Kuburan Tau-Samar” (Moro, 2008; dan Chin &Smith, 2012).Walau bagaimanapun, kedatangan pemimpin dan orang-orang Iranun secara berterusan ke Tempasuk telah menyebabkan orang Balangingi terpinggir dan berpindah ke Pulau Palawan, Pulau Banggi (Balanggingi) di utara Kudat, dan Tawi-Tawi. Ini secara langsung telah memberi laluan kepada orang Iranun untuk menduduki dan menguasai Tempasuk sepenuhnya (Alang, 1992; dan Chin & Smith, 2012).

Untuk menguatkan lagi ketuanan Iranun di Tempasuk, Sultan Samalabang dan Sultan Setebuk telah bergabung dan menjadikan penempatan di Matampai, iaitu berdekatan dengan Sungai Peladuk,sebagai pusat pentadbiran mereka. Walau bagaimanapun, nama Matampai ini telah bertukar kepada Kampung Kota Peladuk, apabila Borneo Utara diperintah oleh BNBCC (British NorthBorneo Charted Company) pada tahun 1881 (Rutter, 1922; dan Tarling, 1978).

Dari segi sejarahnya, Matampaiialah sebuah perkampungan Iranun diKota Belud, yang dahulunya dikenali sebagai Kota Matampai, yang menjadi pusat pentadbiran kepada Jemaah Kedatuan Iranun di era kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu; dan mengamalkan konsep perkongsian kuasa yang turut dianggotai oleh Pat-a-Pengampongan dan diletakkan dibawah satu institusi yang dikenali sebagai Rumah Bicara (Alang, 1992).

Menurut Datu Bandira Datu Alang(1992), Rumah Bicara merupakan dewan sidang segala tempat hal ehwal pentadbiran dibincangkan dan diputuskan (Alang, 1992:14). Secara amnya, Jemaah Kedatuanadalah merujuk kepada jawatankuasayang terdiri daripada Datu-datu yang memerintah dalam Pat-a-Pengampongan, iaitu Ketua Iranunyang mentadbir kampong-kampong Iranun berasaskan kepada sistem pentadbiran the tradisional system valuge adminitrasion, yang diamalkan di Mindanao dalam pentadbiran kesultanan Maguindanao (Alang,1992:43). Petempatan orang-orang Iranun di Kota Matampai juga turut dilengkapi dengan kubu, kerana sentiasa terdedah kepada serangan British di bawah kepimpinan JamesBrooke, dalam usahanya untuk menghapuskan orang Iranun yang dilabelkan sebagai lanun (Ali, 2007;Moro, 2008; dan Marriappan &Porodong, 2012).

Terdapat beberapa orang sarjana tempatan dan luar negara yang telah banyak membicarakan ketuanan seorang pembesar Iranun bernama Sultan Setebuk bin Sultan Amatudingdi Tampasuk dan Pandassan dalam sejarah Iranun di Borneo Utara, antaranya termasuklah Leigh R.Wright (1966 dan 1979/1980); JamesFrancis Warren (1981, 2000 dan2002); dan Ismail Ali (2007, 2013a dan2013b). Ismail Ali (2007), contohnya, menyatakan bahawa pada tahun1790-an, Tempasuk dan Pandassan pernah diketuai oleh seorang pemimpin Iranun, yang dikenali sebagai Sultan Setebuk (Ali, 2007:9).

Manakala Leigh R. Wright (1979/1980) turut menjelaskan bahawa kekuasaan dan ketuanan Sultan Setebuk bukan sahaja di Tempasuk, tetapi juga meliputi:

[…] Ambong on the coast between Tempasuk and Tuaran was probably tributary to Si-Tabuk (Sa-Tabuk), for a punitive expedition by Tempasuk againt Ambong Lanun (Iranun) is on record.There is good reason to believe that the coast as far as Kimanis was controlled from Tempasuk (Wright, 1979/1980:214).

James Francis Warren (2002) pula, dalam bukunya yang bertajuk Iranun and Balangingi: Globalization, Maritime Raiding, and the Birth of Ethnicity, menyatakan seperti berikut:

In the 1830, an Iranun Lord who called himself Sultan Si Tabuk (Sa-Tebuk) led the settelements of Tempasuk and Pandasan. The Iranun Chief was allied with one Si Marantao of Tuaran, whose name signified their roving way of life. […]Beyond that, on the tounge of land formed by the river dividing was the village of Sultan Si Tabuk (Sa-Tebuk). About 25miles to the North of Pandasan are the small rivers of Kanio-Kanio and Layer-Layer (Warren, 2002).

Dalam The Sarawak Museum Journal pula mencatatkan, seperti berikut:

There are Iranun Datus in North Borneo and there were even Sultan in the 19th century. Sultan Si Tabuk (Sa-Tebuk), for example, ruled at Tempasuk in 1846 (dipetik dalam Heyward, 1969).

Menurut Salasilah Iranun, Sultan Setebuk merupakan anak kepadaDatu Amatuding (Lord of Butiq) dari Mindanao. Datu Amatuding telah berkahwin dengan adik Sultan Kudrat,iaitu pemerintah Maguindanao (1619-1671). Sultan Kudrat pula adalah anak kepada Datu Laut Boisan dan isterinya bernama Dayang Labi, iaitu adik kepada Batara Tengah dari kesultananSulu (dalam Alang, 1992).

Dalam karya Datu Bandira Datu Alang (1992) menyatakan bahawa terdapat juga beberapa tempat di Tempasuk yang dikuasai oleh kaum Iranun, seperti di Marampayan (Rampayan) oleh Sultan Pengeran Paduka dan Sultan Sa-Marantao; di Kaguraan oleh Radia Moda Malaig; dandi Batu Ingad dan Lamau oleh SultanAdil (Alang, 1992:44-48).

Menurut sebuah cerita lisan, yang diperolehi dari penduduk Kampong Rampayan, menyatakan adanya satu perjanjian antara Datu-datu Iranun dengan British berhubung soal kawasan dan perakuan ketuanan ketuanan Datu-datu Iranun di Borneo Utara (dipetik oleh Mahali,2012). Namun malangnya, tarikh sebenar perjanjian tersebut tidak dapat diagak dengan tepat. Adalah menjadi kebiasaan dalam kalangan orang Iranun apabila menduduki satu-satu kawasan, mereka akan melantik seorang ketua yang terdiri daripada Datu-datu yang membawa gelaran Sultan berasaskan kepada sistem pentadbiran tradisi pat-apengampongan,yang diamalkan oleh kesultanan Maguindanao. Gelaran Datu yang wujud pada pangkal nama para pemimpin merupakan satugelaran khusus bagi suku kaum Iranundan Suluk (Mahali, 2012:30).

Dalam konteks ini, Datu Bandira Datu Alang (1992) menjelaskan lebih lanjut, seperti berikut:

Kumpulan masyarakat Iranun yang datang ke Borneo ini bukan sahaja terdiri daripada golongan biasa, malah ada diantara mereka yang terdiri dari anak anak bangsawan (datu-datu) […], mereka ini anak-anak Sultan atau Datu-datu yang suka mengayau, dengan tujuan mencari satu kawasan petempatan baru (Alang,1992:43)

Di bawah sistem ini, rakyat Iranun kebanyakan yang tinggal dikawasan-kawasan yang terletak dalam kekuasaan seseorang Datu atau Sultan akan dikehendaki membayar ufti yang disebut sebagai “buis” dalam bahasa Iranun (dalam Alang, 1992:44).Sehingga tahun 1830-an, Tempasuk, Pandassan, Marudu, Tungku,Mamburia, dan Reteh terus menjadi pangkalan utama orang-orang Iranun di Borneo Utara dalam menjalankan aktiviti pemburuan hamba dan rompakan kapal-kapal dagang diperairan sekitar kepulauan Borneo dan Asia Tenggara (Forrest, 1972; danAli, 2013a).Untuk memantapkan lagi ketuanannya di Borneo Utara, Sultan Setebuk dan para pembesar Iranun di Tempasuk juga telah menjalin kerjasama dengan seorang pembesar Sulu bernama Sherif Usman di Marudu. Melalui kerjasama ini,Tempasuk-Marudu telah menjadi pangkalan dan satelit kepada orang Iranun dan Suluk dalam menjalankan pelbagai aktiviti kelautan mereka diSelat Melaka, Laut China Selatan,Laut Sulu, dan Laut Sulawesi (Warren,2002:130). Sherif Usman, yang memerintah Marudu, telah menaja dan membekalkan kapal, perahu,meriam, senjata, makanan, garam, dan sebagainya kepada orang-orang di Tempasuk, untuk memburu hamba dan menyerang kapal-kapal dagang Eropah (Marriappan & Porodong, 2012;dan Ali, 2013a).

Menurut Datu Bandira Datu Alang(1992), seorang Iranun bernama Datu Pila yang berasal dari Pantao Ragat Marawi, Mindanao, telah berkahwin dengan wanita tempatan dan terlibat dalam aktiviti perdagangan. Beliau juga suka berdagang dan belayar ke Sulu dan Tempasuk melalui Teluk Ilana. Beliau berdagang barang tembaga,meriam, dan gong. Di kalangan penduduk Iranun di Tempasuk, Datu Pila juga dikenali dengan nama Amai Sembilan (Alang, 1992:47).

Temubual bersama Jualis Haji Omar dari Kampong Kota Peladuk (Matampai) ada menyatakan bahawa pada zaman penguasaan Sultan Samalabang dan Sultan Setebuk terdapat banyak meriam (lela) yang diletakkan ditepi sungai Kota Peladuk (temubual dengan Jualis Haji Omar, 28/5/2015). Manakala menurut Datu Jafrin Datu Anggol pula, kebanyakkan meriam meriam yang terdapat di kampung Kota Peladuk adalah meriam yang diperolehi dari rampasan perang kapal dagang Eropah, hingga pada satu ketika Tempasuk juga telah dijadikan tempat penyimpanan pelbagai senjata,terutamanya meriam dan rantaka (temubual dengan Datu Jafrin Datu Anggol, 31/7/2015).

Untuk menyerang dan merampas kapal-kapal dagang Eropah, orang orang Iranun dari Tempasuk telah menggunakan perahu besar, yang dikenali sebagai lanong, dengan meriam (lela) yang diletakkan dihadapannya. Dalam konteks ini, Nigel Heyward (1969) menyatakan lebih lanjut, seperti berikut:

Their boats commonly exceeded 90 feetin length, and were rowed by double tiers of oars […], while 30 or 40 fightingmen, arrayed in scarlet and coats of mail, and armed with keris, spears, and long swords, went into action from the upper deck. The boats carried a six to twenty-four-powder gun in the bows,with numerous small brass swivel guns mounted along the sides and upperworks. They cruised in squadrons of twenty to two hundred sail, which did not hesitate to attack stray Europeans ships(Heyward, 1969:69).

Penggunaan lanong yang lebih laju dan bergerak pantas pula, turut dilaporan oleh Kapten Kolff dan Kapten Keppel dalam tahun 1831, sebagai berikut:

These prahus were smaller and lighter,and suitable to be used along the curvyand shallow coast of Borneo that was rich with reef, as reported by Captain Kolff and Captain Keppel in 1831 (dalamWarren,2002:253). 

Pada tahun 1846, Kapten Rodney Mundy (Tentera Laut Diraja British)bersama dua buah kapal perangbernama Royalist dan Ringdove telahmelaporkan terserempak dengan tigabuah lanong milik Sherif Usman diTempasuk dan Pandasan, seperti yang ditulis oleh James Francis Warren(2002) sebagai berikut:

This was also reported by Captain Rodney Mundy of the British Royal Navy. As he was sailing on ships named Royalist and Ring dove, he encountered three lanong sowned by Sherif Usman in Tempasuk and Pandasan in 1846. The lanong raised a “black flag” to signify “sinister and threatening, symbolizing death and evil”(Warren, 2002:253).

Pada tahun 1848, Kapten Edward Belcher telah mengetuai armada tentera laut British untuk menyerang pusat-pusat petempatan Iranundi Tempasuk dan Pandassan; dan menyebabkan ramai pengikut Sultan Setebuk melarikan diri ke Tungku dan Pulau Tambisan di pantai timur Borneo Utara. Sebagaimana dilaporkan olehLeigh R. Wright (1966), seperti berikut:

[…] after the destruction of the Ilanun fortified town of Tempasuk in 1869 by British gun boats. Chief of this coast looked to Brunei in a vague way as overloard  (Wright, 1966:472).

Serangan pada tahun 1869, ke atas Tempasuk oleh tentera laut British,telah berjaya melemahkan ketuanan Iranun di Tempasuk. Namun demikian, beberapa petempatan Iranun di bawah kekuasaan Sultan Setebuk dan Sultan Samalabang, contohnya di Matampai (Kota Peladuk) di Tempasuk, gagaldimusnahkan oleh kapal perang British, kerana menghadapi kesukaran untuk memasuki sungai Minanga di Tempasuk yang berliku-liku dan cetek;serta mendapat tentangan hebat dari Iranun yang mengunakan meriam rentaka dan lela melalui serangan hendap di sepanjang sungai (Wright, 1966).

WARISAN MERIAM SULTAN SETEBUK

Apabila Sabah ditadbir oleh BNBCC (British NorthBorneo Chartered Company), pada tahun 1881, tradisi pembinaan lanong dan joangga, yang suatu masa dahulu ditaja pembinaannya oleh pemerintah (Datu-datu Taosug) Sulu, tidak lagi dipraktekkan oleh komuniti Iranun. Ini kerana perahu jenis lanong dan joangga telah dikaitkan dengan aktiviti perlanunan dan pemburuan hamba oleh BNBCC; dan telah dimusnahkan oleh tentera laut British dalam seranganke atas penempatan orangIranun di Marudu, Tempasuk,dan Pandassan di pantai barat Borneo Utara; dan juga di Tontoli dan Tobungku di di Sulawesi oleh Belanda pada pertengahan tahun 1850-an (van Eysinga, 1841; Forrest, 1972; dan Ali, 2013b)

Gambar 1: Makam Sultan Setebuk(Sumber: Kerja Lapangan di Tanah Perkuburan Kota Peladuk, Kota Belud, Sabah, Malaysia, 17/7/2015)

Gambar 2: Ilustrasi Lanong Iranun(Sumber: James F. Warren, 2002:178).

Gambar 3: Rekabentuk dan Teknikal Meriam Sultan Setebuk Sulawesi oleh Belanda pada pertengahan tahun 1850-an(van Eysinga, 1841; Forrest,1972; dan Ali, 2013b).

Selain itu, usaha untuk melenyapkan pembuatan dan pembudayaan lanong dan joangga oleh BNBCC, dalam kalangan orang Iranun, telah dilakukan melalui penggubalan satu ordinan, yang dikenali sebagai The Boats and Fishery Ordinance, No.10 of 1914; dan Undang-Undang Perahu danPerikanan, Penggal 16, yang mewajibkan semua perahu didaftar dan dilesenkan (SNB,1914 dan 1959). Apabila BNBCC menduduki secara rasminya Borneo Utara, pada tahun 1881, sehingga Sabah mencapai kemerdekaan padatahun 1963, budaya dan tradisi pembuatan lanong tidak pernah wujud lagi dalam kalangan orang Iranun.

Walaupun perahu lanong ini telah hilang ditelan zaman, namun peninggalan meriam lela dan rentaka, sabagai lambang ketuanan orang Iranun, yang dikenali sebagai Meriam Sultan Setebuk, masih lagi boleh dijejaki pada hari ini di tanah perkuburan Kota Peladuk (Matampai) dalam daerah Kota Belud di Sabah,Malaysia. Menurut Datu Sabri Ahmad, pada awalnya terdapat dua buah meriam di tanah perkuburan Kota Peladuk, namun kini hanya tinggal sebuah sahaja. Menurutnya lagi, terdapat meriam yang telah tenggelam di dasar laut, kerana banyak lanong milik Iranun telah dimusnahkan oleh tentera laut British di muara sungai Tempasuk, termasuk di dasar laut Pulau Berhala, Sandakan, apabila Datu Baginda Putih dikalahkan oleh British pada tahun 1879 (temubual dengan Datu Sabri Ahmad, 8/2/2015).

Menurut Junaidi Payne et al. (1994), dalam hubung kait dengan pemusnahan meriam milik bangsa Iranun di Sabahdan Sarawak, menyatakan lebih lanjut seperti berikut:

From 1840s to 1870s, the British navy succesfully destroyed the major band and forts of Saribas, Batang Lupur (Sarawak), Membakut, Tempasuk, Marudu, and Tunku (Payne et al., 1994:31).

Ilustrasi mengenai lanong, yang dibina oleh bangsa Iranun ini, dapat dilihat dalam gambar 2.

Gambar 4: Pandangan Kedudukan Sisi Meriam Sultan Setebuk (Sumber: Kerja lapangan di Tanah Perkuburan Kota Peladuk,Kota Belud, Sabah, Malaysia, 17/7/2015)

Gambar 5: Pandangan Kedudukan Atas Meriam Sultan Setebuk(Sumber: Kerja lapangan di Tanah Perkuburan Kota Peladuk,Kota Belud, Sabah, Malaysia, 17/7/2015)

Gambar 6:Pandangan Kedudukan Meriam dari Sisi Lanong (Sumber: Gambar Ikhsan daripada Muzium Filipina,15/7/2015)

Dari segi rekabentuknya, meriam Sultan Setebuk adalah hampir menyamai meriam besi, yang dipamerkan di Muzium Sabah dan dikenali sebagai “meriam Belanda”, yang digunakan dalam perang Marudu pada tahun 1845.Meriam Sultan Setebuk yang terdapat di Kampung Peladuk (Kota Matampai), juga diperbuat daripada besi tulin. Panjang meriam ini ialah 242 centimeter atau 2.42 meter, ukurlilit dibahagian ngari (mulut) meriam ialah 67 centimeter, dan ukurlilit di bahagian belakang meriam ialah 119 centimeter. Terdapat dua katig di bahagian tengah meriam, yang bertindak sebagai pengimbang meriam.

Pada prinsipnya, pembuatan meriam ini bukan mudah dan bukan semua orang mampu membuatnya. Berdasarkan kepada kajian mendapati bahawa meriam ini hanya dibuat oleh segelintir tukang yang mahir besi. Pembuatan meriam ini pula dimulakan dengan membuat acuan meriam. Biasanya, panjang sebuah meriam dalam acuan melebih 2 meter dan lebarnya melebih 30 centimeter.Setelah acuan meriam siap, besi cair yang telah dimasak akan dimasukkan kedalam acuan dan disejukkan untuk membentuk badan meriam.

Berdasarkan kepada pemerhatian yang dijalankan di beberapa pusat petempatan penduduk Iranun di pantai barat dan pantai timur Sabah, seperti Kota Belud, Kudat, Kota Kinabalu, Lahad Datu, dan lain-lain lagi mendapati bahawa masih ada orang Iranun yang memiliki meriam seperti ini, yang diletakkan di tempat-tempat tertentu sahaja. Lihat gambar 3.Pada abad ke-19, perahu perang lanong umumnya dilengkapkan dengan meriam seberat 1,500 kilogram. 

Gambar 7:Pandangan Kedudukan Meriam dari Sisi Lanong(Sumber: Oak3 Film Ptd Ltd. daripada Singapore,5/4/2008)

Gambar 8:Pandangan Kedudukan Meriam dari Depan Lanong(Sumber: Oak3 Film Ptd Ltd. daripada Singapore,5/4/2008)

Meriam itu boleh menembak peluru padat seberat 15 hingga 19 kilogram.Tembakan peluru logam ini dapat menembus kayu setebal satu meter dari jarak 90 meter (300 kaki) dan boleh menghancurkan tiang layar kapal. Pada tahun 1810-an dan 1820-an, kekuatan dan jarak jangkau tembakan peluru meriam telah dipertingkatkan dengan menggunakan serbuk peledak (bubuk mesiu), yang dicipta oleh ahli kimia China padaabad ke-9, yang dibuat dari campuran belerang, arang, dan nitrat. Pada awal abad ke-14 pula, kandungan serbuk peledak yang kuat dikesan mengandungi jenis campuran, iaitu potasium nitrat, sulfur, dan karbon.Serbuk peledak yang mempunyai daya ledakan paling kuat adalah mengandungi kandungan 74% potasium nitrat, 11% sulfur, dan 15% karbon (Temple & Needham, 2002).(3) Lihat gambar 4 dan 5.

Selain meriam Sultan Setebuk ,orang Iranun juga turut menggunakan meriam yang lebih kecil dan mudah alih,yang dikenali sebagai “rantaka ekor lotong” dan “meriam Jala Rambang”. Orang Sepanyol telah menggelar meriam jenis ini sebagai arquebuses, portable cannons, atau swivel gun, yang bermaksud meriam mudah-alih. Meriam rantaka dibuat dengan menggunakan tembaga atau besi, dan berukuran diantara 50 centimeter hinggalah satu meter panjang; dan jika berukuran lebih daripada satu meter, maka akan dikenali sebagai lela.

William Cowie iaitu seorang penyelundup meriam rantaka dari German, yang berpangkalan di Singapura dan Pulau Timbang,Sandakan, tempat membekalkan senjata ini kepada orang Iranun untuk menentang Sepanyol di Filipina.Manakala Datu Pila menggunakan laluan Teluk Ilana dari Sulu untuk membawa masuk meriam atau lela ke Tempasuk (dalam Alang 1992:47).Lihat gambar 6, 7, dan 8.

KESIMPULAN

Sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa kajian dan penulisan yang berhubung kait dengan orang-orang Iranun hanya difokuskan kepada kebudayaan, kesenian, bahasa,sejarah pelanunan, dan perhambaan sahaja. Dalam erti kata lain, kajian dan penulisan berhubung dengan peninggalan seni bina meriam, yang terdapat di Tempasuk, Kota Belud, Sabah, Malaysia, tidak diberi perhatian oleh para sejarawan. Berdasarkan kepada sejarah komuniti Iranun di Kota Belud jelas menunjukan bahawa meriam ini pernah menjadi simbol ketuanan orang Iranun di Kota Belud,Sabah, iaitu sejak zaman kesultanan Sulu lagi pada abad ke-18.

Berdasarkan kepada fakta fakta sejarah menunjukan bahawa penggunaan meriam ini telah membolehkan orang Iranun menguasai laut di Asia Tenggara; dan cukup digeruni oleh para pelayar dan pedagang Barat, sehingga mereka digelar sebagai Lord of the Eastern Sea. Berdasarkan kepada kajian ini pula,maka dapatlah disimpulkan bahawa meriam Sultan Setebuk merupakan satu bahan artifak yang cukup bernilai,bukan sahaja dari segi usianya yang telah mencecah ratusan tahun, tetapi menyimpan sejarah peradaban maritim orang-orang Iranun sendiri.

Oleh yang demikian, sudah tiba masanya Kementerian Pelancongan,Kesenian, dan Warisan Sabah dan Lembaga Kebudayaan Sabah diMalaysia untuk memelihara dan memartabatkan semula meriam ini agar tidak hilang ditelan zaman. (4)

Nota :

(1) Lihat pula, contohnya, “Pandikar Amin Quitsas Kota Marudu UMNO Chief” dalam The MalaysianInsider, 15 May 2008. Tersedia pula secara online di:https://en.wikipedia.org/wiki/Pandikar_Amin_Mulia [diakses di Kota Kinabalu, Malaysia: 16hb Mei 2015].

(2) Lihat, contohnya, “Pretyman’s Diary, 1878-1879”dalam CO [Colonial Office], 874/181. Kota Kinabalu: Arkib Negeri Sabah.

(3) Lihat pula artikel bertajuk “Meriam”. Tersedia secara online di: https://id.wikipedia.org/wiki/ Meriam [diakses di Kota Kinabalu, Malaysia: 9hb Oktober 2015].

(4) Kenyataan: Kami, dengan ini, membuat kenyataan bahawa artikel ini adalah dapatan penyelidikan kami berdua. Ianya bukan dapatan daripada plagiarism, sebab semua sumber yang kami rujuk dalam teks, wujud pula dalam senarai Referensi. Kami juga membuat kenyataan bahawa artikel ini belum pernah dihantar, sama ada untuk dinilai mahupun untuk diterbit oleh mana-mana jurnal akademik lainnya.

Referensi

Abas, Ismail & K. Bali. (1985). Peristiwa peristiwa Berdarah di Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alang, Datu Bandira Datu. (1992). Iranun: Sejarah dan Adat Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Albuquerque, Alfonso de. (1557). Comentários do Grande Afonso de Albuquerque. t.b. [tanpa bandar]: t.p. [tanpa penerbit].

Ali, Ismail. (2007). “The Hegemony of the Vikings of the Eastern Seas in Borneo during the 18th and 19th Century” dalam HISTORIA: Journal of Historical Studies, VIII(2), Disember, ms.1-24. Ali, Ismail. (2013a). “Perburuan Hamba, Lanun, dan Kempen Penghapusan Lanun di Sarawak: Perspektif Sejarah Maritim” dalam SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 1(1) Maret, ms.27-40.

Ali, Ismail. (2013b). “Menghidupkan Semula Semangat Nusantara Melalui Pengajian Sejarah Maritim di Alam Melayu”

Bird, Isabella L. (1883). The Golden Chersonese and the Way Thither: Albemarble Street: John Murray Press. Chin, James & Karla Smith. (2012). The Iranun of Sabah: Language and Culture of an Endangered Minority in Malaysia. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications.

Conklin, Sean D. (2005). Preliminary Observations about the Iranun of Sabah. Kota Kinabalu: International Graduate Institute of Applied Linguistics, Penerbit SIL.

Crawfurd, John. (1856). A Descriptive Dictionary of Indian Islands and Adjacent Countries.
London: Bradbury & Evans. 

Forrest, Thomas. (1972). A Voyage to New Guinea and the Moluccas, 1774-1776. Singapore: Oxford University Press.

George, T.J.S. (1980). Revolt in Mindanao: The Rise of Islam in Philippine Politics. Oxford: Oxford University Press.

Ghazali, Abdullah Zakaria. (1982). “Sultan Keturunan Kesultanan Melaka di Pahang dan Johor” dalam Jurnal Sejarah Melaka. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah UM [Universiti Malaya], ms.54-64.

Heyward, Nigel. (1969). Sarawak, Brunei & North Borneo. Singapore: Eastern Universities Press Ltd.

JPM [Jabatan Perangkaan Malaysia]. (2007). Laporan Penduduk Negeri Sabah: Jabatan Perangkaan Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kerja Lapangan di Tanah Perkuburan Kota Peladuk, Kota Belud, Sabah, Malaysia, pada tarikh 17hb Julai 2015.

Laarhoven, Ruurdje. (2014). “Surat dari Sultan Maguindanao Kuda (1699-1702) Perihal Kegiatan Perdagangan para Nakhoda Cina serta Kebutuhan Mendapat Dukungan Militer, 16 November 1699” ddalam Khazanah Sejarah Indonesia dan Asia- Europa: Dari Arsip VOC, Dokumen 16. Jakarta: ANRI [Arsip Nasional Republik Indonesia], ms.1-17.

Linehan, W. (1951). “Traces of a Bronze Age Culture Associated with Iron Age Implement in the Region of Kelang and Tembeling, Malaya” dalam JMBRAS: Journal of Malay Branch Royal Asiatic Society, Vol.24(3), ms.1-59.

Mahali, Saidatul Nornis Haji. (2012). Bajau Pantai Barat: Siri Itnik Sabah. Kuala Lumpur: Pencetakan Nasional Malaysia Berhad.

Majul, Cesar A. (1973). Muslims in the Philippines. Quezon City: University of the Philippines Press.
Marriappan, 

Kntayya & Paul Porodong. (2012). Murut dan Pelbagai Etnik Kecil Lain di Sabah. Kuala Lumpur: Pencetakan Nasional  Malaysia Berhad.

McKaughan, Howard P. (1999). “An Introduction to Iranun Verb Structure” dalam Sabah Museum Journal, 1(4), ms.46-91.

Mitrasing, Ingrid Saroda. (2011). The Age of Acheh and the Evolution of Kingship, 1599- 1641. Leiden: Faculty of the Humanities, Leiden University.

Moro, Asree. (2008). “Kaum Suluk sebagai Peribumi Sabah: Pelanunan sebagai Petahanan dan Keannya”. Tersedia secara online di: http://tausugglobal.blogspot.co.id/2008/11/melayu-sabah.html [diaksesdi Kota Kinabalu, Malaysia: 20hb Mei 2015].

Newbold, Thomas John. (1839). Political and Statistical Account of the British Settlements in the Straits of Malacca, Vol.2. London: Forgotten Books, reprint. “Oak3 Film Ptd Ltd. daripada Singapore”, pada tarikh 5hb April 2008.

Omar, Asmah Haji. (1983). The Malay People of Malaysia and Their Language. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asma Haji Omar (1983:273), dalam karyanya yang berjudul The Malay People Of Malaysia and Their Language,

Payne, Junaidi et al. (1994). This is Borneo Sabah, Sarawak, Brunai, and Kalimantan. London: New Holland Publisher Ltd. Pili, Abdulaziz. (1993).

Paduman Ago Salsila A Apannadum Ko Masa: Tubok-Malabang, Lanao del Sur. Capitol Complex: Marawi City.

“Pretyman’s Diary, 1878-1879” dalam CO [Colonial Offi ce], 874/181. Kota Kinabalu: Arkib Negeri Sabah.

Rutter, Otter. (1922). British North Borneo: An Account of its History, Resources, and Native Tribes. London: Constable & Company Limited.


SNB [State of North Borneo]. (1914). The Boats and Fishery Ordinance, No.10 of 1914. Sandakan: State of North Borneo. SNB [State of North Borneo]. (1959). 

No comments:

Post a Comment