Saturday 3 March 2018

Peranan Masyarakat Sempadan Sabah-kalimantan Timur (Kaltim) Mempertahankan Kedaulatan Malaysia Di Zaman Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966

PERSIDANGAN SEJARAH MALAYSIA DAN BORNEO 2016

“ Memelihara Tradisi & Mempromosi Inovasi”

Kertas Kerja 1

Peranan Masyarakat Sempadan Sabah-kalimantan Timur (Kaltim) Mempertahankan Kedaulatan Malaysia Di Zaman
Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966

Abdul Rahman Mad Ali @ Abang
Bilcher Bala
Baszley Bee Basrah Bee
Program Sejarah
Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan
Universiti Malaysia Sabah

Abstrak

Masyarakat yang tinggal di sempadan Sabah-Kalimantan Timur Sabah (Kaltim) terdiri dari pelbagai etnik. Kepelbagaian etnik ini tidak pernah mengahalang semangat nasionalisme dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia. Hal ini dibuktikan ketika Malaysia berhadapan dengan tindakan agresif tentera pencerobohan tentera gabungan antara Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) dan paramiliter Indonesia khususnya di sempadan Sabah-Kaltim pada zaman Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1963-1966. Situasi genting di kawasan sempadan telah menuntut masyarakat sempadan Sabah untuk menunjukkan nilai kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Malaysia. Namun, Komuniti ini jarang sekali diserlahkan dalam sebarang penulisan sejarah dan politik khususnya dalam membicarakan pembentukkan Malaysia. Hakikat ini menyangkal bahawa pembentukkan Malaysia dicapai melalui perundingan. Jesteru itu, penulisan/makalah ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan peranan dan penglibatan masyarakat Sabah di sempadan secara langsusng dalam konteks masyarakat awam dan paramiliter bagi mempertahankan kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara yang baru dibentuk.

Kata Kunci: Malaysia, Sabah, Konfrontasi, Masyarakat Sempadan.

PENDAHULUAN

Kewujudan Malaysia secara diam dan terang telah mendapat tetangan yang begitu hebat sekali baik sebelum mahu pun selepas pembentukkan Malaysia. Idea penubuhan dan pembentukkan Malaysia telah mendapat penentangan yang hebat khususnya dari negara tertangga.

Apa yang lebih ketara sekali semasa pembentukkan Malaysia apabila Indonesia melancarkan dasar Ganyang Malaysia.2 Situasi genting di kawasan sempadan telah tercetus apabila Indonesia bertindak agresif dengan menghantar tentera dan sukarelawan melakukan pencerobohan ke atas wilayah Malaysia di sempadan Sabah-Kaltim. Hal ini mendedahkan masyarakat sempadan kepada ancaman perang.3 

Namun, masyarakat tidak mudah merelakan pencerobohan Tentera Indonesia. Malah, masyarakat sempadan Sabah-Kalim telah bangkit membantu pasukan pertahanan dan keselamatan Malaysia membendung pencerobohan Tentera Indonesia. Justeru itu, makalah ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan peranan masyarakat sempadan Sabah-kaltim dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia ketika Konfrontasi Indonesia Malaysia.

MASYARAKAT SEMPADAN SABAH-KALTIM

Pada era Konfrontasi, penglibatan masyarakat sempadan dalam pasukan dan keselamatan dalam pasukan pertahanan dan keselamatan bukanlah mudah untuk dilupakan dari lembaran sejarah. Masyarakat sempadan pada masa itu lebih terdedah dengan ancaman perang yang tidak pernah diisytiharkan.

Kemerdekaan yang dinikmati bersama Malaysia telah bertukar menjadi sebaliknya, apabila Indonesia menentang dengan hebat sekali. Hal ini secara tidak langsung tamparan hebat buat masyarakat sempadan Sabah-Kaltim dan menuntut nilai kesetiaan mereka kepada Malaysia. Tindakan pencerobohan Tentera Indonesia telah menimbulkan suasana genting di kalangan masyarakat sempadan Sabah. Walau bagaimanapun, pencerobohan itu ditentang dengan hebat oleh masyarrakat sempadan Sabah. Umumnya, pembabitan masyarakat sempadan dalam usaha mempertahankan kedaulatan dan pertahanan negara dapat dibahagikan kepada dua golongan yang utama iaitu, masyarakat awam dan pasukan paramiliter. Situasi genting Konflik bersenjata ini jelas seperti mana pada peta 1.1.

Peta 1.1: Lokasi Kajian

Sumber: Will Flower,Britain’s Secret War The Indonesian Confrontation
1962-66, Great Britain: Osprey Publishing, 2006, hlm.8.

BENTUK PERANAN DAN PENGLIBATAN

Peranan dan penglibatan masyarakat Sabah di sempadan Sabah-Kaltim secara langsung dapat dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu, masyarakat awam dan pasukan paramiliter. Kedua-dua bentuk ini dipecahkan pula kepada beberapa jenis aktiviti atau perlakukan seperti yang dijelaskan dibawah.

MASYARAKAT AWAM

Golongan awam merupakan sebahagian besar masyarakat sempadan Sabah yang tinggal di kawasan perbatasan Sabah-Kaltim.5 Penglibatan golongan awam ini lebih bersifat berkerjasama dalam membantu pasukan keselamatan. Contohnya, memaklumkan sebarang maklumat mengenai pergerakan Tentera Indonesia di Kawasan petempatan dan hutan sekita kediaman mereka kepada pasukan keselamatan Malaysia.6 Hubungan baik masyarakat sempadan Sabah dengan pasukan keselamatan menjadi kunci utama kejayaan

Malaysia menangkis pencerobohan Tentera Indonesia. Malah, sokongan yang tidak berbelah bagi ini jelas menunjukkan nilai kesetiaan masyarakat sempadan Sabah untuk berdiri di sebelah Malaysia. Sebaliknya menyangkal tanggapan Sukarno yang menyatakan rakyat di Sabah tidak menyokong untuk merdeka bersama Malaysia adalah salah sama sekali. Meskipun masyarakat sempadan Sabah terlibat sebagai pemberi maklumat namun, sebahagian besar mereka dalam pertempuran.

PASUKAN PARAMILITER

Pasukan paramiliter dalam konteks masyarakat sempadan Sabah semasa Konfrontasi telah mewujudkan tiga pasukan keselamatan yang utama iaitu Home Guard, Sabah Border Scout atau SBS dan gabungan suku kaum Bulungan, Tidung dan Kenyah atau lebih dikenali sebagai (Bultiken). Pasukan paramiliter ini turut serta dalam konflik bersenjata dengan Tentera Indonesia di kawasan lingkungan mereka.

(i) Home Guard

Pasukan Home Guar merupakan salah satu pasukan paramiliter yang juga turut terlibat dalam keselamatan negara. Sejak pengisytiharaan Darurat 1948-1960 lagi, pemberontakkan bersenjata komunis 7 pasukan Home Guard sangat releven dalam menjaga keselamatan. Malah, ketika negara berhadapan dengan ancaman Konfrontasi Home Guard turut menjadi sebahagian dari pasukan keselematan negara yang masih releven untuk mengawal keselamatan negara yang masih releven untuk mengawal keselamatan kampung. Namun, peranannya lebih kepada skop yang kecil dan kompleks berbanding dengan pasukan keselamatan yang lain di sempadan Sabah. Home Guard hanya terlibat dalam hal keselamatan di peringkat Kampung dan desa sahaja.

Foto 1.0 : Home Guard & Border Scourt
Sumber : Sabah Times, 31 Oktober 1963.

Foto 2.0 : Home Guard
Sumber: Sabah Times, 7 Oktober 1963.

Pasukan ini turut dianggotai oleh orang kampung yang dipimpin oleh Ketua Kampung.8 Walaupun ia lebih bersifat sementara namun, peranannya dalam menjaga keselamatan di peringkat kampung amat besar sumbangannya. Masyarakat kini perlu sedar akan pengorbanan Home Guard. Ketika Konfrontasi, penglibatan Home Guard dalam membantu pasukan keselamatan Malaysia dalam membendung pencerobohan dan menjejaki Tentera Indonesia tidaklah boleh kita nafikan demi menghargai erti perjuangan mempertahankan kedaulatan negara.9

(ii). Sabah Border Scout (SBS)

SBS pula ditubuhkan oleh British untuk menjadi pasukan keselamatan di sempadan Sabah pada era Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Penubuhannya tidak banyak perbezaan seperti mana penubuhan Borneo British Scout (BBS).10 Namun, penubuhannya mempunyai signifikan dengan suasana kritikal negara semasa ancaman Konfrontasi khususnya di sempadan Sabah-Kaltim. Pasukan SBS pada awal penubuhannya berpusat di Keningau, Sabah. Pasukan ini sebahagian besarnya dianggotai oleh orang kampung.11 dari suku kaum Murut. Ramai dikalangan masyarakat pada hari ini tidak mengetahui mengenai peranan dan sumbangan SBS sebagai salah satu daripada pasukan paramiliter Malaysia yang membantu pasukan keselamatan Malaysia ketika berdepan dengan ancaman Konfrontasi khususnya di Sabah. 12

Walaupun penubuhannya bersifat sementara, namun sumbangan SBS kepada negara perlulah diketengahkan. Peranan SBS ketika membantu pasukan keselamatan Malaysia, tidaklah boleh dipinggirkan. Pembabitan SBS sebagai pasukan paramilitar Malaysia ini hanya menjadi sisipan dalam penulisan sejarah mengenai Konfrontasi Indonesia-Malaysia oleh Sarjana tempatan mahu pun sarjana barat sebelumnya.

Foto 3.0 : Sabah Border Scout (SBS)

Sumber: Sabah Times, 9 Disember 1966

(iii). Bulungan Tidung Tidung (BULTIKEN)

Dalam membicarakan penglibatan pasukan paramiliter Malaysia, kita tidak terlepas dari menyatakan penglibatan Bultiken.13 Penglibatan Bultiken dalam Konfrontasi Indonesia-Malaysia tidak pernah tercatat dalam penulisan sejarah Malaysia. hal ini menyebabkan tidak ramai di kalangan masyarakat mengetahui peranan Bultiken dalam membantu Malaysia mengekalkan kemerdekaannya. Oleh itu, makalah ini cuba untuk menjelaskan peranan Bultiken kepada masyarakat sebagai menghargai akan sumbangan mereka. Bultiken merupakan salah satu pasukan paramilitar yang turut serta dalam pasukan keselamatan Malaysia ketika berhadapan ancaman pencerobohan Tentera Indonesia. Menariknya, pasukan paramiliter ini merupakan pasukan paramiliter bebas yang berasal dari kawasan sempadan Sabah-kaltim, Indonesia tetapi lebih menyebelahi Malaysia berbanding Indonesia.14

Bultiken mempunyai signifikan dengan pergolakan politik di Kaltim, Indonesia khususnya setelah kemangkatan Sultan Bulungan yang terakhir.15 Kewujudan pasukan ini bersangkut-paut dengan rasa tidak puas hati di kalangan kerabat Kesultanan Bulungan akibat pembakaran dan pembunuhan kejam secara beramai-ramai terhadap ahli keluarga kerabat Sultan Bulungan.16 Bultiken turut menerima latihan ketenteraan khusus di Port Dickson pada Jun 1965. Malahan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj telah berucap pada pembukaan latihan Bultiken yang disampaikan oleh General Khalid Gandum.17 

Ketika Konfrontasi, Bultiken telah dihantar ke kawasan Sepulot dengan menaiki helikopter bagi membantu tentera Konmenwel dan tentera Gurkha bagi memperkuatkan pertahanan Malaysia di Residensi pedalaman Sabah. Bultiken yang diketuai oleh Datu Mamun bersama tiga puluh enam orang anggota yang lain. Keseluruhannya, sepanjang Konfrontasi Bultikken telah diaturgerakkan ke kawasan sempadan yang dianggap strategik untuk berlaku pencerobohan. Lingkungan kawasan Bultiken tertumpu di bahagian Sarawak-Kaltim, Residen Pendalaman dan Residen Tawau, Sabah.18

Namun peranan Bultiken dalam konflik bersenjata ketika Konfrontasi khususnya di Sempadan Sabah-Kaltim tidak pernah tercatat dalam sebarang penulisan sarjana tempatan mahu pun sarjana barat. Peranan Bultiken sebagai salah satu pasukan paramiliter dalam usaha mempertahankan Sabah dari ancaman Tentera Indonesia tidaklah boleh diketepikan begitu sahaja dari lembaran sejarah Malaysia. Setiap pejuang yang mempertahankan kedaulatan dan maruah negara perlulah dihargai dan dikenang meski pun ianya agak pahit.19 Istimewanya pasukan paramiliter ini ialah kerana kepakaran mereka mengenai selok belok di sempadan Sabah-Kaltim yang menjadi tempat yang dominan bagi mereka di wilayah Kaltim Indonesia.20 Jestru itu, tidak hairanlah mengapa komuniti ini telah direkrut semasa kerahan tenaga untuk menjadi sebahagian pasukan keselamatan usaha menambahkan bilangan tentera.21

KESIMPULAN

Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah menyatakan mengenai pengertian sebuah kemerdekaan bukanlah semata-mata perbatasan dari perintah penjajah tetapi yang lebih utama dan penting ialah semangat, dorongan dan tindakan kita untuk mengisi dan membaca kemuliaan, kesejahteraan dan kebahagian kepada bangsa dan negara. Penyataan beliau nyata jelas dalam melihat reaksi masyarakat sempadan Sabah ketika berhadapan dengan tindakan agresif Tentera Indonesia ketika Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966. Realitinya, kesetiaan masyarakat sempadan Sabah ketika Malaysia itu sendiri telah mengagalkan cubaan Tentera Indoneisa dalam usaha menghancurkan Malaysia. 

Nilai kesetiaan masyarakat sempadan Sabah-Kaltim merupakan tunjang keberhasilan Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan dari pencerobohan Tentera Indonesia. Hal ini merupakan bukti nyata bahawa nilai kesetiaan masyarakat sempadan merupakan tunggak utama kepada sebuah negara yang berdaulat kerana merka merupakan benteng hadapan negara antara etnik yang tinggal dikawasan sempadan Malaysia seharusnya mencontohi ketiga etnik di Sempadan Sabah-kaltim. Perbezaan etnik bukan penghalang untuk mereka bergabung menjadi satu kesatuan sebagai rakyat Malaysia, sedang di kawasan lain di Malaysia masih wujud di barisan hadapan sempadan Sabah-Kaltim. Kepentingan masyarakat sempadan wajar diketengahkan dan bukannya dikritik kerana konsep dalaman negara yang kukuh wujud dari kepelbagaian etnik di sempadan Sabah-Kaltim.22

Nota

1 Ketika penubuhan dan pembentukkan Malaysia, penentangan hebat datang dari dua negara jiran khususnya Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun, penentangan yang lebih serius jelas diperlihatkan oleh Indonesia yang lebih agresif dengan melakukan pencerobohan tentera ke wilayah Malaysia. Manakala Filipina memperlihatkan penentangan lebih menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kemasukan Sabah ke dalam Malaysia dan menentut bahawa Sabah adalah sebahagian wilayah Kesultanan Sulu. Lihat, Kertas Putih, P/PEN The Pattern Off Indonesian Aggression by Dato’ Mohd.Ghazali Bin Shafie, Kuala Lumpur: Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri (t.t); Kertas Putih, P/PEN Indonesian Involvement In Eastern Malaysia (t.t); Kertas Putih, Malaya Philipine Relations, Kuala Lumpur: Jabatan Cetak Kerajaan, 1993; Kerta Putih, Malaya-Indonesia Relations, Kuala Lumpur:Jabatan Cetak Kerajaan,1993; Kertas Putih, Indonesian Aggression Against Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Cetak Kerajaan, 1965; Kertas PUtih, Indonesian Towards Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Cetak Kerajaan,1965.

2 Lihat, Ucapan Dato’ Mohd Ghazali Shafie, Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri pada 4 September 1964 di Kuala Lumpur: Ucapan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Tun Abdul Razak Bin Hussien berkenaan dengan Peristiwa yang berlaku di Daerah Kalabakan, Sabah di Dewan Rakyat pada 3 Januari 1964. Dalam ucapan-ucapan Tun Abdul Razak Bin Hussien 1964, Arkib Negara Malayasia,1999 hllm 1-7; Peter Lyon, War And Peace In South-East Asia, New York, London: Oxford University Press, 1969, hlm 183-189; Greg Poulgrain, The Genesis of Konfrontasi:Malaysia, Brunei and Indonesia 1945-1965, Bathurst: Crawford House,1998, hlm 231-248; Ramlah Adam, Biografi Tun Abdul Rahman Putra, Pandang Balik, Kuala Lumpur: Heinemann Asia, 1980, hlm 135; Micheal Leifer, The Philipine Claim To Sabah, New York: University of Hull, 1968, hlm 88; J.Saravanamutu, Delima of Independence Two Decaddes of Malaysia’s Foregin Policy 1957-1977, Penerbitan: Universiti Sains Malaysia, 1983, hlm 63-91; R.S.Milne & Diane K. Mauzy, Politik dan Kerajaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm 343-344; Geoge Mc.T Kahin, Malaysia and Indonesia, Pasific Affairs, 36(3), 1964, hlm 253-270; Richard Butwell, Malaysia And its Impact On The International Relation Of Southeast Asia, Asian Survey, 4(7), 1964, hlm 940-946; Robert O.Tilman, Malaysia:The Problem of Federation, The Westen Political Quarterly, 16(4), 1963, hlm 897-911; Justus M.van der Kroef, Indonesia, Malaya and the North Borneo Crisis, Asian Survey, 3(4), 1963, hlm 173-181; Richard Butwell, Malaysia and Its Impact On The International relation of Southeastion of Southeast Asia, Asian Survey, 4(7),1964, hlm 904-913; Donald Hindely, Indonesia’s; John O.Sutter, Two Faces of Konfrontasi: Crush Malaysia And The Gestapu, Asian Survey, 6(10), 1966, hlm 523-546; Hyde Douglas, Confrontation A Background Books In East, Penslvania: Dufour Editions Chester Springs, 1965; John O.sutter, Two Faces of Crush Malaysia And The Gestapu, Asian Survey, 6(10), 1966, hlm 523-546; Raffi Gregorian, Claret Operations And Confrontation and Confrontation, 1964-1966, Conflict Quarterly, 11(1), 1991, hlm 46-72; Pamela Sodly, Malaysian-American Relations During Indonesia’s Confrontation Against Malaysia, 1963-66, Journal of Southeast Asian Studies, 19(1), 1988, hlm 111-136; J.A.C, Mackie, Confrontation The Indonesia-Malaysia Disember 1963-1966, London: Oxford University Press, 1974; Harold Crouch, The Army And Politic In Indonesia, New York: London and Ithaca; Greg Poulgrain, The Genius of Konfrontasi: Malaysia, Brunei and Indonesia, 1945-1965, Bathurst: Crawford House, 1998; Peter Howard, Crisis and Commitments: The Politics and Diplomacy of Australia’s Invoolvement in Southeast Asian Conflict 1948-1965, Sydney: Alwin & Unwin, 1992; Thomas M.Carlin, Claret The Nature of War And Diplomacy: Special Operations In Borneo 1963-1966, Carlisle Barracks: Pennsylvania, U.S. Army War Collage, 1994; Zakaria Sallleh, Biografi seorang Jeneral Tan Sri Abdul Hamid Bidin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995; Nik Anuar Nik Mahmud, Konfrontasi Malaysia-Indonesia, Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000; John Subrizky, Confrontation Sukarno British American Australia and New Zealand Diplomacy In The Malaysian-1961-5, New York: St. Martin’s Press, 2000; Mathew Jones, Conflict And Confrontation In South East Asia 1961-66, Great Britain: Osprey Publishing, 2008; N.C. Smith, Nothing short of war With The Australian Army In Borneo 1962-66, Melbourne: Mostly Unsung Military History Research & Publications,1999; Suporduto Citrawijaya, Kompeni X Di Rimba Siglayan: Konfrontasi denga Malaysia, Kompas, Jakarta: Indonesia, 2007.

3 Masyarakat Sempadan yang terdiri dari pelbagai etnik. Kepelbagaian etnik terdiri dari pada suku kaum Lundayeh, Murut, dan Tidung. Ketiga etnik ini merupakan suku kaum yang dominan di kawasan sempadan Sabah-Kaltim, Indonesia.

4 Makalah ini tidak akan membincangkan panjang lebar mengenai Konfrontasi atau perang yang tidak pernah diistytiharkan. Penelitian lanjut mengenai hal ini sila lihat, Frances L. Starner, Malaysia and The North Borneo Territories, Asian Survey, 3(1), 1963, hlm 510-534; Donald Hindely, Indonesia’s Confrontation with Malaysia: A Search For Movies, Asian Survey, Asian Survey, 4(6), 1964, hlm 904-913; James Harold, Denis Sheil-Small, The Undeclared War, London: Leo Cooper, 1971; Peter Dicknes, SAS The Jungle Frontier 22 Special Air Service Regiment In The Borneo Campaign 1963-1966, Kuala Lumpur: S. Abdul Majeed & Co.Publishing Division, 1983; Uif Sundhaussen, Politik Militer Indonesia 1945-1967: Menuju Dwi Fungsi: ABRI, Oxford University Press, 1987; Hidayat Mukmin, TNI Dalam Politik Luar Negeri: Studi Kasus Penyelesaian Konfrontasi Indonesia-Malaysia, Pustaka Sinar Harapan, Jakarta, 1991.

5 Masyarakat yang tinggal dikawasan sempadan Sabah-Kaltim ini merangkumi beberapa buah kawasan pertempuran masyarakat yang terletak di Bahagian Residen Pendalaman dan Tawau, Sabah. Pertempuran di Bahagian di residen Pendalaman di bahagian terdiri daripada Long Pasia, Saliliran, Kabu, Sakikilo dan Bantul. Bagi Pertempatan di Residensi Tawau pula terdiri daripada, Pulau Sebatik(Sungai Melayu, Sungai Liamu, Mentadak, Wallace Bay), Merotai, Kalabakan, Serudong dan Silimpopon.

6 Home Guard pada hari ini sama peranannya dengan “Polis Hutan”. Ketika era Konfrontasi Indonesia-Malaysia di Sabah khususnya pasukan Home Guard umumnya menjadi pengawal keselamatan di setiap kampong. Sejarah penglibatan Home Guard juga pernah umumnya menjadi pengawal keselamatan di setiap kampong ketika negara berdepan dengan ancaman komunis 1948-1960. Lihat juga, Mohd Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993; Rohani Haji. Abdul Ghani, Pencapaian Malaysia dan Vietnam Selatan dalam menentang ancaman komunis, 1948-1975: Satu Perbandingan, Jebat, 22, 1994, hlm 77-109 ; Nick Van der Bijl, op.cit, hlm 95.

7 Ancaman Komunis berlaku pada dua fasa. Fasa berlaku pada tahun 1948-1960 dan fasa kedua berlaku pada tahun 1969-1980. Sila lihat, Mohd Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.

8 Istilah orang kampong di sini merujuk kepada masyarakat atau pun penduduk kampong atau desa yang menjadi penghuni tetap di sesebuah kawasan. Lihat, Abdul Rahman, et al, Reaksi Masyarakat Di Sempadan Sabah-Kalimantan Terhadap Pertempurang Kalabakan 29 Disember 1963: Satu Perspektif Sejarah Sabah, hlm 1-15, Konfrensi Universiti Se-Borneo kali–5, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

9 Nick van der Bijl, op.cit, hlm 94, 66, 70, 72, 85, 91-2, 100, 116-18, 125, 147, 180, 223, 234 ; James Harold, Denis Sheill-Small, op.cit, hlm 98; N.C. Smith, op.cit, hlm 33-52.

10 Roy Davis Linville, Death Waits In The”Dark”, London: Westport, Connecticut, 2001, hlm 133-151; Roy Davis Linville Jumper, Ruslan of Malaysia, Texas: South Padre Island, 2007, hlm 248-249.

11 Pengambilan SBS ini bermula di Kuala Tomani, Tenom Sabah. Orang yang bertanggungjawab mempelawa orang Murut untuk menyertai SBS ketika itu ialah Datuk Yassin. Beliau telah bertanggungjawab mempelawa orang Murut Tenom-Keningau untuk merekrut SBS dan keutamaan diberikan kepada etnik Murut, sahaja. Headrquater SBS telah berpindah untk beberapa kali sesuai dengan keperluan ketika Konfrontasi. Pertama bermula di Kuala Tomani, kemudian berpindah ke Batu 23 Keningau-Tenom dan akhir sekali di Kem Pasukan Polis Hutan di Keningau. Pengalaman veteran SBS Koperal Linggan ketika Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966, pada 2 Mei 2010, Tenom, Sabah.

12 Roy Davis Linville Jumper, op.cit, hlm 133-151.

13 Matlamat utama pembentukkan pasukan ini adalah sebagai risik Malaysia yang memantau, melaporkan dan menyebarkan penerangan sebenar situasi Konfrontasi kepada masyarakat perbatasan Kaltim. Bultiken juga turut membantu kepada RAMD Malaysia dan tentera Komenwel dan Gurka bagi membendung pencerobohan Tentera Indonesia ke wilayah Sabah serta memaklumkan sebarang pergerakan sebarang pergerakan Tentera Indonesia di kawasan yang dirasakan strategik ketika Konfrontasi. Pengalaman veteran konfrontasi Indonesia-Malaysia merangkap mantan Ketua Bultiken Dato Maulana Muhammad Mamun Al Marhum Maulana Muhammad Djalaluddin pada 9 Mac 2010.

14 Keturunan Kesultanan Bulungan di Utara Kalimantan Timur telah dituduh menjalinkan hubungan dengan Malaysia. Akibatnya, semua keturunan Kesultanan tersebut dipenjara atau dibunuh pada tahun 1963. Keterangan lanjut lihat, Kompilasi Yayasan Tun Abdul Razak, Tun Abdul Razak Potret Dalam Kenangan, Kuala Lumpur: Utusan Publication, Sdn.Bhd, 2006, hlm 101.

15 Sultan Bulungan yang terakhir sebelum keruntuhannya ialah Sultan Maulana Muhammad Djalaluddin yang memerintah dari tahun 1930-1958. Pemerintahan Sultan Maulana Muhammad Jalaluddin berkakhir atau setelah wafat (wafat pada 21 Disember 1958). Lihat, Jumat Abang, Pantai Timur Borneo Utara-Pertikaian Antara British Dan Belanda Pada Abad ke-19, Latihan Ilmiah, Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004; Abdul Rahman Bin Mad Ali @ Abang, Pertempuran Kalabakan 29 Disember 1963, Latihan Ilmiah, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, 2008; Abdul Rahman Bin Mad Ali @ Abang, Konflik Bersenjata Di Sempadan Sabah-Kalimantan Timur (Kaltim) Pada Era Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966, Tesis Sarjana, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, 2012.

16 Runtuhnya Kesultanan Bulungan adalah akibat anasir Parti Komunis Indonesia (PKI) di bawah Panglima Kodam Mulawarman, Brigader Jeneral Angkatan Bersenjata Republik Indonesia(ABRI) Soeharyo yang bertindak agesif membakar dan menjarah isi istana Kesultanan Bulungan, di Tanjung Selor, Katim. Tidak cukup dengan itu, terdapat sekitar puluhan kerabat Keraton Kesultanan Bulungan dibunuh dengan tuduhan akan melakukan komplot ingin bergabung dengan Malaysia. Persitiwa Subversif itu tidak pernah dilupakan oleh masyarakat Bulungan. Tindakan itu akhirnya telah mewujukan sebuah pasukan yang ingin menuntut bela atas kekejaman tersebut. Maka wujudlah, satu pasukan yang dikenali’Bultiken” hasil gabungan etnik terbesar wilayah Bulungan yang terdiri dari suku Bulungan, Tidung dan Kenyah. Puluhan kerabat keratin serta rakyat yang tiak berdosa dibantai oleh sekumpula unit khusus ABRI tanpa proses pengadilan dan mayatnnya dibuang ke laut Tarakan. Bukti bahawa tuduhan membakar itu telah diakui oleh Jakarta. Hal ini dijelaskan dengan adanya surat penyataan minta maaf dari pasukan Presiden keua Indonesia Suharto serta pengembalian harta yang dijarah pada era Sukarno, namun sebahagian benda-benda berharga itu hilang. Pengalaman Veteran Konfrontasi Indonesia-Malaysia Mantan Ketua Bultiken, Dato Maulana Muhammad Mamun Al Marhum Maulana Muhammad Djalaluddin pada 9 Mac 2010, Tawau Sabah.

17 Ibid.

18 Bahagian Sarawak-Kaltim terdiri dari Bahagian ke-5 Division, Sarawak. Peter Dicknes, op.ct, hlm 231.

19 Pengalaman Dato Maulana Muhammad Mamun Al Marhum Maulana Muhammad Djalaluddin pada 9 Mac 2010, Tawau Sabah.

20 Selain dari komuniti di sebelah Kaltim, Indonesia terdapat juga sebahagian kecil komuniti di sempadan Sabah khususnya dari kalangan etnik, Bulungan dan Tidung yang terdapat di sekitar Kalabakan-Tawau-Pulau Sebatik. Pengalaman Dato Maulana Muhammad Mamun Al Marhum Maulana Muhammad Djalaluddin.
21 Sabah Times, 30 Oktober 1963, hlm 5.

22 Kepelbagaian etnik perlu bersatu padu dalam sebuah negara bangsa Malaysia yang merdeka. Hal ini sangat penting dalam kita berhadapan dengan konflik dalaman atau konflik antarabangsa di dalam sebuah negara. Sejarah jelas membuktikan seperti mana yang berlaku ke atas Bosnia Herzegovina, Kosovo, Cyprus, Yugoslavia dan Indonesia. Lihat juga, Stefan Wolf, Ethnic Conflict A Global Perspective, London: Oxford University Press, 2006, hlm 25-49.

BIBLIOGRAFI

Rekod Kerajaan Malaysia

Kertas Putih. P/PEN 3.________ The Pattern off Indonesian Aggression by Dato’ Mohd.Ghazali Bin Shafie. Kuala Lumpur: Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri.

Kertas Putih.1963. Malaya-Philippine Relations. Kuala Lumpur:Jabatan Cetak Kerajaan.

Kertas Putih.1963. Malaya-Indonesia Relations. Kuala Lumpur:Jabatan Cetak Kerajaan.

Kertas Putih.1964. Indonesian Intentions Towards Malaysia. Kuala Lumpur:Jabatan Cetak Kerajaan.

Kertas Putih.1965.P/PEN10. Indonesian Involvement In Eastern Malaysia. Kuala Lumpur:Jabatan Cetak Kerajaan

Kertas Putih. 1965. Indonesian Aggression Against Malaysia. Kuala Lumpur:Jabatan Cetak Kerajaan.

Kertas Putih. 1965. Indonesian Intentions Towards Malaysia. Kuala Lumpur:Jabatan Cetak Kerajaan.

Kertas Putih.1965. A Plot Exposed. Kuala Lumpur:Jabatan Cetak Kerajaan.

Kertas Putih.1972.The Threat Of Armed Communism In Sarawak. Kuala Lumpur: Jabatan Cetak Kerajaan.

Perbahasan Parlimen. 1969. Claim To Sabah-Declaration of Philippines Legislation Annexing Sabah as Null and Void (ruang 2369). Kuala Lumpur: Jabatan Cetak Kerajaan.

Ucapan

Amidah Hanim. 2002. Madah Perdana Penggerak Bangsa. Siri Pengetahuan Am. Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia.

Ucapan-ucapan Tun Haji Abdul Razak Bin Hussein 1964. 1985. Kuala Lumpur: 

Arkib Negara Malaysia.

Akhbar

Anak Sabah. 1963.
Berita Harian. 1963.
Berita Minggu. 2008.
Daily Express. 1963.
Sabah Times. 1963.
7 Oktober 1963
30 Oktober 1963
9 Disember 1966

Artikel

Amanda Machin. 2007. Identiti And Boundaries: Moving Beyond The Nation? Draf Paper For PSA Annual Conference. Research Student. Centra For The Study of Democray: University of Westminster.

Brian Bernands. 2009. Ambivalent Boundaries Nanyang Chinese and Ethnic Violence In Borneo. Winter. Stanford Journal of East Asian Affairs.

Donald, Hindley. 1964. ‘Indonesia Confrontation With Malaysia’. Asian Survey. 4(6): 904-913.

Kroef, Justus M. Van Der. 1963. ‘Indonesia, Malaya, And The North Borneo Crisis.’ Asian Survey. 3(4): 173-181.

Richard, Butwell. 1964. ‘Malaysia and Its Impact On The International Relations of Southeast Asia’. Asian Survey. 4(7): 940-946.

Rohani Haji. Abdul Ghani. 1994. Pencapaian Malaysia dan Vietnam Selatan dalam menentang ancaman komunis, 1948-1975: Satu Perbandingan. Jebat. 22: 77-109

Kertas Kerja

Thomas M. Carlin. 1994. Claret The Nature of War And Diplomacy: Special Operations In Borneo 1963-1966. Carlisle Barracks: Pennsylvania U.S Army War College.

Prosiding

Abdul Rahman Bin Mad Ali @ Abang, Baszley Bee Basrah Bee, Wan Shawaluddin Wan Hassan. 2009. Reaksi Masyarakat Di Sempadan Sabah-Kalimantan Timur Terhadap Pertempuran Kalabakan 29 Disember 1963: Satu Perspektif Sejarah Sabah. Konferensi AntaraUniversiti Se-Borneo kali-5. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Mohammad Rodzi Abd.Razak. 2003. Sabah Dalam Pentas Konfrontasi Indonesia-Malaysia: Cabaran Awal ke Arah Nasion. Sabah Dalam Konteks Pembinaan Nasion Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pembinaan Nasion Malaysia. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Buku

Gelora Konfrontasi Mengganyang Malaysia. 1964.Jakarta:Departeman Penerangan Republik Indonesia.

Dahm, Bernhard. 1988. Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dickens, Peter. 1991. SAS The Jungle Frontier 22 Special Air Service Regiment In The Borneo Campaign 1963-1966. Kuala Lumpur: S. Abdul Majeed & Co.Publishing Division.

Efanantino F & Ariffin SN. 2009. Ganyang Malaysia. Jakarta: Bio Pustaka.

Flower, Will. 2008. Britain’s Secret War The Indonesian Confrontation 1962-66. Great Britain: Osprey Publishing.

Greg Poulgrain, Jones. 1998. The Genesis of Konfrontasi : Malaysia Brunei and Indonesia 1945-1965. Bathurst: Crawford House.

Hidayat Mukmin. 1991. TNI Dalam Politik Luar Negeri: Studi Kasus Penyelesaian Konfrontasi Indonesia - Malaysia. Jakarta: Pustaka Sinar Harapan.

Mackie, J.A.C. 1974. “Confrantation”. The Indonesia - Malaysia Disember 1963-1966. London: Oxford University Press.

Saravanamutu. J. 1983. The Dilemma of Independence Two Decades Of Malaysia’s Foreign Policy 1957-1977. Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia.

James Harold & Denis Sheil-Small. 1971.The Underclared War The Story Of Indonesian Confrontation 1962-1966. London: Leo Cooper.

Kunaseelan a/l Muniandy. 1996. Hubungan Malaysia - Indonesia 1957-1970. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nick Van Der Bijl. 2007. Confrontation The War With Indonesia 1962-1966. Great Britain: Pen & Sword Military.

Supoduto Citrawijaya. 2007. Kompeni X Di Rimba Siglayan:Konfrontasi Dengan Malaysia. Jakarta: Kompas. Indonesia.

Syed Othman Syed Omar. (a). 1999. Tentera Malaysia Dalam Era Konfrontasi. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syed Othman Syed Omar. (b). 2005. Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Salleh. 1995. Biografi Seorang Jeneral Tan Sri Abdul Hamid Bidin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Latihan Ilmiah/Tesis

Abdul Rahman Bin Mad Ali @ Abang. 2008. Pertempuran Kalabakan 29 Disember 1963. Latihan Ilmiah. Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

Abdul Rahman Bin Mad Ali @ Abang. 2012. Konflik Bersenjata Di Sempadan Sabah-Kalimantan Timur (Kaltim) Pada Era Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966. Tesis Sarjana. Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

Jumat Abang. 2004. Pantai Timur Borneo Utara-Pertikaian Antara British dan Belanda Pada Abad ke 19. Latihan Ilmiah. Fakulti Kemanusian Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Apsul Bin Pual. 2005. Penglibatan Tentera Diraja Australia Di Sabah Dalam Perang Dunia Kedua Dan Konfrontasi. Latihan Ilmiah. Sekolah Sains Sosial. Universiti Malaysia Sabah.

Rohani Binti Abdul Ghani. 1989. Hubungan Malaysia-Indonesia 1966-1989. Latihan Ilmiah. Fakulti Kemanusian Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Temubual

Antalai Anak Bangai. 80 Tahun. 23 Julai 2014. Kg. Kalabakan Tawau, Sabah.

Datu’ Mamun Ibni Almarhum Datu’ Maulana Mohammad Djalaluddin. 28 Julai 2010. Tawau,Sabah.

Dewan Bin Hussein. 23 Julai 2014. 69 Tahun. Kg. Kalabakan Kalabakan Tawau, Sabah. 

Lefternan Kolonel (B) Malakan Bin Kamarudin. 3 Mac 2010. Veteran Konfrontasi Malaysia –Indonesia Di Kalabakan Dan Pulau Sebatik Kg. Bongek, Negeri Sembilan.

Mejar Kamal Helmi Bin Majid. 1 Mei 2007. Pegawai Risik RAMD ke 3 di Markas RAMD Ke-7. Semporna, Sabah.

Staf Sarjan. 1 Mei 2007. Burhan Bin Mugayat. Ketua Pos Tentera Darat Kalabakan. Kalabakan, Tawau, Sabah.


Suping Bin Ajak. 1 Mei 2007. Ketua Kampung Kalabakan, Kalabakan Tawau, Sabah.

Sumber : Oneman

No comments:

Post a Comment